Monday, July 16, 2012

resepi ayam goreng berempah

as-salam..

jumaat malam haritu terlaksana jugak ayam berempah untuk suami..dua hari mintak ayam berempah..macam mengidam aje..haha..bukan lah!

dapat jugak resepi dari Asna..tq dear,tapi sedikit penderhakaan berlaku..saya tambah itu ini jugak..so ini resepinya

bahan-bahan
10 ketul ayam
*1 paket rempah kari daging
*2 batang serai
*4-5 biji bawang putih
garam dan kunyit
*2inci halia
*1 sudu besar jintan manis
*1 sudu besar ketumbar
*sesudu tepung jagung
daun kari

cara-cara nya
1.basuh ayam sehingga bersih dan gaul sebati bersama garam dan kunyit.
2.kisar semua bahan * dan perapkan bersama ayam selama boleh..saya perap 2 jam..10 minit pun takpe..haha..kalau lagi lama lagi meresap rempahnya
3.jangan lupa cucuk ayam dengan garpu..supaya rempah dan bahan yg dikisar sebati menyerap :)
4-gorengn dalam minyak yang banyak dan api yang sederhana..kalau api besar sangat nanti cepat hangus..

itu cara saya la..hehe..
ayam yang sudah diperap..lagi lama lagi sedap

ada jugak serdak yg hitam..abaikan aje lah

ayam berempah saya!

sambal daging untuk lengkapkan set nasi lemak

set nasi lemak saya :)


malam tu saya buat nasi lemak, ayam goreng berempah dan sambal daging. nasi lemak sengaja masak banyak untuk breakfast esoknya :)

bajet nk heavy breakfast sebab nk g SOGO..tapi lain ceritanya..next entry je lah..

p/s: nk balik kampung beraya ni korang tak nak service kereta free ke??untuk PERODUA je tau..saya pakai proton tak valid..huhu,,nak free klik ni je

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;