Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, November 23, 2012

crochet smartphone case: coklat biru

as-salam..
{schedule entry}

rentetan dari tempahan bertemakan coklat dan biru,saya lengkapkan set tempahan kakak saya dengan crochet cover untuk Samsung SIII beliau. crochet tapestry yang dicuba secara try n error hopefully menepati citarasa beliau.


saya buatkan no flower since coraknya sudah berat bagi saya. if tambah bunga takot crochet sangat, takde ekslusif lagi.hehe..cantik tak?






if berminat boleh la email saya ye
norhafiszah@gmail.com   :)

antara hobi..keinginan..dan pendapatan sampingan

as salam..

update menerusi hp ace yg x bape widen screen ni agak slow lah.tp nak jugak update tentang kecelaruan emosi yang saya hadapi sekarang...

ini berkisar tentang hobi dan minat mendalam dalam dunia crochet.syukur ke hadrat ilahi atas kurniaan yg diberikan.tanpa keizinan dari Nya..tak mampu saya menghasilkan produk crochey yg comell ;-).


masalah yang saya hadapi sekarang adalah konflik keinginan dan pendapatan sampingan.saya nk buatkan banyak benda utk atirah.untuk perhiasan untuk rumah saya..dan jugsk blouse untuk diri sendiri.dah banyak pattern yg cantik saya simpan.tapi masa sgt terhad.alhamdulillah tempahan sentiasa ada.nk menolak tak sampai hati.customer semuanya sanggup menunggu lama.langsung x cerewet dari segi warna atau design.terserah pada saya..


jika ikutkan hati yg malas saya mmg nak stop amek tempahan.huhu.tapi bila dapat siapkan tempahan dan dapat bayaran rasa seronok sgt.boleh buat belanja.mkn or beli ape ape yag patut..

kadang kadang rasa mcm kesian pulak kt atirah.mama sibuk buatkan orang punye..untuk dia takde even mmg dia tak pernah mintak.ok tipu x de ye..dulu byk mama buattopi.mama buat ngn headband.tp atirah tarik je...mungkin sebb atirah da makin besar..makin pandai nak bercantik cantik..

ok..takleh nak tulis lagi panjang.sebab kemain byk typo.then susah nk padam.so stop dulu.if typo tu korang paham paham sendiri la ye.malam kang saya betulkan semula

p/s: nak ipad satu! tak pun note!senang le nk update kn.takpe.sbr.tggu next bonus.yg ntah bile dpt ke x.hihihihi

stress:photos out of limit

as-salam

sebenarnya da banyak schedule entry da karang,tapi tak boleh nak publish sebab pending bab nak masukkan gambar.

Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage

macam mana nak buat ye?korang tau tak macam mana nk buat.if ada link tutorial or any tips share boleh?


esok petang ada event ngn baskin robin kt Publika.dapat tshirt dan free flow icecream sepanjang majlis.tak sure lagi nak datang dengan hubby or Hasmah. since hubby tukar department, kemungkinan sentiasa balik lewat adalah tinggi.tak boleh nak plan sangat..

tak sabar nak pergi esok,nk bawak atirah sekali :)

Monday, November 19, 2012

Diana Danielle bunting pelamin..tahniah:)

as-salam




terpanggil untuk berkongsi dengan kawan-kawan mengenai berita yang hot berlangsung di Twitter dan Instagram petang tadi. oleh kerana saya ni peminat Farid Kamil yang kacak itu, harus lah saya antara salah seorang follower beliau di Instagram. (encik suami sudah tahu yang isterinya ini minat pada farid kamil.peminat yang tidaklah fanatik bebenor). nak dijadikan cerita lebih sensasi, Paklang saya yang bernama Ikhwan Hosni adalah kenalan rapat beliau.haha.selalu kalau g umah Toksu, Paklang uni ada cerita jugak pasal Farid Kamil..so saya terasa dekat di situ :P..hehhehe



petang tadi, Farid Kamil uploadkan gambar UPT yang menunjukkan 2 line yang bermakna positif, untuk yang tak tahu apa itu UPT (Urine Pregnancy Test), jika satu line bermakna ujian negatif dan menunjukkan tidak hamil. jika 2 line bermakna hasil positif dan tahniah..anda hamil :)



sebelum tu mari lihat gambar yang sangat cantik dan sepadan ni.Diana Danielle serta suaminya Farid Kamil semasa majlis penikahan mereka 3 November 2012.cantik bukan?sepadan..



pic dari google




saya antara salah seorang dari peminat/ suka benar sibuk hal artis, agak terkejut di awalnya. wow..sangat pantas. bernikah 3 November, dan 19 November sudah positif mengandung. jurang waktu adalah 16 hari yakni 2 minggu ++.

tapi cuba kita fikir secara rasional..

ini namanya Rezeki orang baru berkahwin. tidak ada salahnya beliau(Diana Danielle) positif hamil. okes, mari saya terangkan dari sudut rasionalnya. kemungkinan pada waktu mereka diijabkabulkan,Diana sedang dalam keadaan subur.( untuk lebih lanjut korang google la ye). secara ringkasnya waktu subur adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya. dan sebagai suami isteri, hubungan yang halal itu adalah nikmat yang telah dijanjikan oleh Allah.

maka dengan keizinan Allah, alhamdulillah rezeki Diana bunting pelamin.so logiknya kemungkinan untuk mengesan kehamilan di peringkat paling awal adalah sangat tinggi... dengan bantuan alat UPT yang berkualiti, hasil ujian akan nampak lebih jelas walaupun usia kehamilan terlalu awal..( if guna yang murah murah punya, untuk di peringkat terlalu awal kehamilan, hasil ujian adalah sangat kabur)


oleh hal yang demikian, elok lah kiranya andaian buruk dalam otak korang tu diperbetulkan. untuk lebih afdal, marilah sama-sama mendoakan agar kehamilan beliau dipelihara Allah, sihat tubuh badan hingga selamat melahirkan dan untuk Diana Danielle, enjoy the great moment!!!( tu pun kalau dia terbaca.)

buat Diana Danielle, jaga diri dan pemakanan.. enjoy every moment!!!!!..seronok sangat bila ada "sesuatu" dalam tubuh badan kita. hanya ibu yang dapat merasa. so enjoy! semoga semuanya selamat ya..

buat Farid Kamil, selamat menjadi ayah ye:)hidup sebelum ada anak ngn selepas ada anak sgt berlainan,enjoy the moment..nanti da ada anak lagi best :)





p/s: tetiba rasa macam nk preggy adik atirah la pulak..hahahhaha..





SALE: Medela Freestyle Breastpump (used)

as-salam
(scheduled entry)

blouse baru dijual di butik atirah.cantik dan comel,,mari la jengah
updated: item sold already

seperti yang dijanjikan,hari ni saya uploadkan gambar detail set Medela Freestyle breastpump kepunyaan kakak saya untuk dijual pada sesiapa yang berminat.

alasan kenapa nak jual? sebabnya kakak saya sudah mahu jarakkan penambahan anak beliau,so stop production gitu.hehe. beliau beli masa untuk anak ketiga beliau. Nur Airisya Sofiyya. dek kerana kekangan masa dan production susu yang makin kurang, kakak saya sempat guna pam ni selama 5 bulan je. penggunaan yang super cermat!kondisi pam adalah tip top,no faul, no scratch..9.5/10..takkan 10/10 lak kan..kata pun "used".









retail price akak saya beli hari tu RM1899.
akak saya nak letgo RM1050.

untuk delivery saya ada dua option.
 1 - COD untuk kawasan cheras dan pusat bandaraya Kuala Lumpur sahaja. atau
 2: saya poskan guna pos laju.( kos pos rm25)

pam tersebut ada dengan saya sekarang.if berminat korang boleh kol atau sms saya ye.0136323715 atau email saya ke norhafiszah@gmail.com.saya tinggal di Bandar Sri Permaisuri ,Cheras, KL




crochet: medela freestyle pump cover

as-salam..
(sceduled entry)


alhamdulillah khamis lepas baru sempat siapkan crochet cover untuk pam Medela  Freestyle  yang ditempah oleh puan Zurin.kebetulan akak saya memang menggunakan pam Medela Freestyle untuk anak ketiga beliau, maka senang la saya pinjam untuk dimodelkan bersama sarung crochet ni.

warna tidak ditetapkan oleh Puan Zurin. so saya pilih sendiri.untuk kurangkan potensi untuk kotor, saya pilih warna selamat. merah maroon bersama pink dan hijau.semoga kombinasi warna ini boleh diterima oleh beliau..







sesiapa beminat untuk crochet cover breastpump ni email or sms saya ye
norhafiszah@gmail.com  /0136323715.


kakak saya nak letgo pump medela freestyle beliau. complete set.tak kurang satu pun barangnya,keadaan tip top since beliau sangat cermat menggunakan pam tersebut. entry akan datang saya uploadkan gambar detail ya..stay tune

Saturday, November 17, 2012

jalan jalan ke Muzium Negara_part 2

as-salam

lambat nak update part 2..biasalah..tak sempat nak update dek kerana kekangan masa dan kecemburuan atirah terhadap laptop.hahah.

malam ni update blog masa tengah  tengok AIM 19. atirah hari ni tido awal sebab siangnya dia main je.tak tidor langsung.papa atirah pulak keluar main badminton dengan kawan kawan beliau. so saya pulak sambil sambil online,telinga dengar AIM..tangan menaip dan hati pada benang.hehe

okes, ini gambar part 2 untuk jalan jalan ke Muzium Negara..

terlebih lebih mama senyum kan.mcm menyampah je kan..hehe..kami bergambar dekat meriam.ini peninggalan di Pulau Pinang

 kapal portugis yang cantik :)..atirah asyik nak lari je.tgk muka dia tu.hehe

  atirah penat berjalan..rehat kejap..papa tengok senapang dan pistol tinggalan sejarah.meriam tu comel kan..




kehidupan kampung masyarakat melayu:)

 suka sangat berjalan..papa geram je kejar atirah,,kan da kena gigit,hehehe..kt tepi papa tu adalah je timntera cum kilang untuk korek bijih timah




 cop mohor Diraja. so klasik dan hebat bukan????kagum sekejap 

cop mohor, keris kebanggaan kesultanan melayu.sejarah buat tatapan generasi mendatang :)


 kitab suci Alquran peninggalan sejarah,masih elok

 mama bergambar dengan singggahsana Sultan melayu Melaka..kuning di raja


 papa bergambar bersama  pahlawan Melayu Melaka.Hang Tuah..


zaman melayu melaka. perbincangan antara pedagang arab dan sultan Melaka


okes..sampai kt sini dulu,nak siapkan crochet jap.nanti kita sambung entry baru :)

Friday, November 16, 2012

jalan jalan ke Muzium Negara _part 1

as-salam

hari ahad yang  lepas, kami pergi ke Muzium Negara. sebenarnya tak dirancang pun,sehari sebelum kejadian, maksu afa datang ke rumah,sebab dia cakap ada program pagi ahad di Muzium Negara.so dia minta saya hantarkan.so alang alang menghantar beliau, kami pun bersiap2 sekali untuk berjalan jalan ke Muzium Negara.

selama di KL ni, kami suami isteri belum pernah jejak masuk ke dalam Muzium Negara walaupun selalu je tengok bangunan Muzium Negara tersergam indah di sebelah jalan..

untuk masuk ke perkarangan Muzium Negara, setiap kereta perlu bayar RM3. dan untuk masuk ke dalam Muzium tersebut perlu bayar RM2 seorang. tak mahal pun kan!berbaloi lah untuk menambah sedikit ilmu dan menimba pengalaman..

sampai je kt Muzium kami brunch dulu, ada kafeteria yang menyediakan pelbagai makanan.harga juga berpatutan. atirah dan mama makan bubur sup tulang. papa makan nasi campur.time ni maksu da bersama rakan rakan beliau.

lepas makan baru bertenaga untuk explore muzium.atirah la paling semangat berlari lari dalam muzium tu,,penat mengejar dia je..okes.mari lihat gambar :)

 gambar kt atas ni adalah papa dan atirah bergambar di tangga pintu depan Muzium Negara. ada sedikit kerja naik taraf dijalankan.




 mama dan atirah di pintu masuk belakang Muzium Negara. kawasan parking letak Kereta.


 batu bersurat.ini di bahagian lower ground. ada dua tingkat dalam muzium ni dan terbahagi kepada 4 bahagian.


 bergambar bersama bentuk muka bumi Malaysia..dan sudah masuk bahagian zaman neolitik, paleolitik dan zaman sebelum british menjajah


  cik atirah yang berjalan tanpa rasa penat!

tembikar dan pasu-pasu peninggalan sejarah di zaman purba..



di belakang gambar kami tu adalah patung orang zaman paleolitik,sekali tengok macam  real je.cara hidup mereka  di zaman purbakala..



okes..kat sini dulu entry untuk kali ni..sambung next episod ye :)

Tuesday, November 13, 2012

crochet: bekas air:merah biru dan hijau

as-salam

kali ni update mengenai hasil crochet. untuk menjadikan blog ni sentiasa ada benda baru untuk diceritakan, maka saya terpaksa splitkan cerita dan bercerita secara lebih detail.hehe..

ada 4 bekas air yang berwarna merah, hijau dan biru. 1 bekas air berwarna biru tempahan dari puan Munira yang meminta saiz Botol Tomme Tippee. oleh sebab saya takde botol Tomme Tippe yang bersaiz besar, saya amek bekas mineral biasa je sebagai modelnya..hehe..


lagi 3 bekas air yang berwarna merah biru dan hijau pula tempahan dari Puan Siti hajar(my sis le tu)..akak saya order banyak.so untuk yang sudah siap hanya bekas air sahaja,beg, topi dan pouch hp belum siap..





mari la enjoy gambar gambar crochet..
kalau berminat boleh la email saya ye..norhafiszah@gmail.com atau sms saya ye 0136323715. warna boleh pilih ikut kehendak korang :)

Monday, November 12, 2012

crochet: Medela Swing Pump Cover

as-salam

entry kali ni memaparkan hasil crochet lagi.kali ni tempahan dari puan Zaisnani. beliau request untuk buatkan beliau cover medela Swing. kebetulan memang saya jugak bekas pengepam susu yang menggunakan Medela Swing, so senang lah..saya buat berpandukan ukuran medela swing saya je.

warna pula diserahkan kepada saya.beliau cakap asalkan tak mudah nampak kotor.so saya pilih kelabu gelap dan pink yellow.kononnya untuk naikkan seri medela Swing tu la.hehe..ada tangkai comel untuk memegang dan ada penutup juga.mari lihat gambar..selain nak peliha ketidakcalaran body pump tersebut, pakai sarung juga boleh serap bunyi :)








kalau korang berminat nak jugak, boleh email saya norhafiszah@gmail.com atau sms ye 0136323715.nanti saya update hasil crochet untuk cover pam Medela Freestyle ye

mencari gajet di Lowyat

as-salam

sabtu minggu yang lepas lepas, saya,suami,atirah  dan maksu(adik afa) pergi berjalan jalan ke Lowyat.sebenarnya nak teman Afa mencari barang, sekali gus mencuci mata melihat gajet gajet terkini..

Lowyat yang terletak di area Bukit Bintang, berhadapi dengan Time Square tu tak pernah sunyi dengan manusia..ok, tipu di situ.Lowyat mungkin sunyi tatkala cuti perayaan tahun baru Cina atau Hari raya  aidilfitri.ini saya tak pasti keadaan sebenar sebabnya tatkala cuti sebegini haruslah kami amek peluang berasak2 dikampung dan highway..hehe

adik afa mencari Hardisk dan aksesori untuk gajet beliau.saya mencari digital kamera dan si suami menservey laptop.mencari dan menservey adalah tidak menggunakan wang,hanya penat dan lelah kaki aje!

hasil dari pencarian kami hari tu. segala kehendak maksu berjaya diperoleh.saya juga dapat kamera diigital satu dan si suami berjaya servey je,takde gajet yg berjaya dibeli.hihi.

gambar di Lowyat takde,sebab sesak dengan orang!ye la.rasanya time  kami pergi tu kebanyakkan student IPT baru  :P

enjoy pic kami ye :)

kesukaan terkini atirah adalah bawak/heret payung.jangan la nak cuba cuba amek!sure dia marah...hehe


 ini la kucing jiran yang selalu atirah suka sangat nk menyinggah :)

duduk apartmen kos sederhana /murah je kan.so cam ni la keadaannya.harus berjalan ke parking kereta :)


 ini la maksu afa..:)freshie UPSI


cik atirah yang da serabai..hehe



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;