Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, March 20, 2014

Ramadan 1435 masihi lg 100hari

Assalam


100 hari lagi countdown menjelang ramadan bagi 1435 masihi..

korang da selamat ganti semua puasa yang tertinggal?saya pun belum abes lagi.baru ganti 6 hari..huhuhu..ada lagi 8 hari untuk digantikan..

da pregnant ni macam susah pulak nak ganti puasa sendiri.hehe.takot baby lapar..haha.tak ingat pulak masa pregnantkan atirah time bulan puasa ke tak..haha.

tapi dalam ase 100 hari lagi ni kena sungguh sungguh habeskan ganti puasa ..8 hari je kot...hanya 8 percent dari baki yang ada..so perlu cepat cepat abes supaya tak terkejar kejar kemudian hari

tahun ni ramadan bermula 29 Jun 2014. ikut jadual kehamilan, time tu saya dah 8 bulan ++ da..kategori da sarat jugak..semoga saya dapat puasa penuh tahun ni..bukan senang nak dapat puasa penuh ni.untung tak perlu ganti next year..

masa raya pulak saya da 9 bulan.kalau rezeki anak nak keluar cepat leh terus proced cuti bersalin 3 bulan.hehe..kalau belum rezeki nak keluar awal, kena balik kl dan kerja dulu la..hehe..

tahun ni agak pening nak cari baru raya...hahha
TENGOK!!! 100 hari lagi nk p

Tuesday, March 18, 2014

Nak jadi ahli tupperware ???

Korang suka tak barang Tupperware???

depend pada orang kan..ada yang suka..ada yang tak suka..membazir dengan harga yang mahal katanya..its depend pada kesukaan, keperluan dan minat masing masing..

tapi saya totally in love! dari kecik saya suka sebenarnya..mak saya tak mengumpul tupperware..tapi makndak saya suka sangat. banyak koleksi dia.. saya bila datang rumah dia tengok je koleksi dia..nak beli time tu ofcos la takde duit..memang mahal.hahha..dan tak pernah pun meminta minta kt mak supaya beli tupperware.sebab time tak rasa pun nak ada satu...

haha..sejak dah kerja dan berumah tangga ni minat tu boleh mula dicambahkan..hehe.dengan ada pendapatan sendiri, lagi laju minat tu bercambah.saya tak beli dan simpan kat rak je..saya guna hari hari bekas tu.so tak terasa mahal bila long lasting.tp kalau letak kt api still rosak ye.da ada 2 tupperware yg rosak bibir die..sakit je hati.tapi nak buat camne benda dah jadi..

setiap bulan je rasa nak menambah.lagi lagi set level tupperware sale tu.sebab itu limited untuk dealer yang buat sales pada jumlah tertentu dapatbeli dengan harga super berbaloi.konfem korang pun tak sangka..tapi harus buat sale dan achieve target k

kebetulan di opis ni permintaan tupperware tinggi. saya lagi semangat nk buat sale..tak payah nak beria2 pujuk dorang beli.sbb perempuan arif bab bab ni..dorang yang bulan bulan mintak nk tengok katalog..tak semestinya dorang kan beli.tapi perempuan ni sifat die tak leh tengok sale.hahha.lama lama tengok akhirnya sangkut jugak 2-3 barang..

saya jual harga dealer je..sebab seronok sebenarnya kongsi minat yang sama..

alhamdulillah dealer bawah saya dah bertambah.anak anak buah saya mula menjual ditempat masing2..diorang pun bermula dengan membeli untuk koleksi sendiri je..lama2 kawan kawan pun turut order..selain dpt sideincome, dapat jugak kepuasan ...kepuasan dimana bila ada sale, kita dpt beli barang yg kita suka hasil komisen je...so secara tak langsung kita dapat barang barang tu percuma je..


hari ni takde gambar nak share ngn korang..tak sempat nk snap cantik2..

nanti bila ada masa saya snap koleksi tupperware yg saya ada kt rumah..tak banyak mana pun...boleh la sikit...setakat freezer mate, bekas minuman, bla bla bla bla

korang nak tak diskaun 25%????

daftar jadi ahli dah layak nikmati diskaun ni...boleh walkin kt stokis berhampiran or nk order direct kat saya pun boleh.macam mana nak jadi ahli?

ada 2 cara..

RM70 untuk travelkit bag plus tupperware plus brochure2...


atau RM280 korang akan dapat set tupperware yang mana harga sebenar rm400++ korang untung beli yang ni..tapi tak kesah...


nak jadi ahli just drop me your salinan ic je..lepas tu pilih nak daftar ikut rm70 or RM280...bayar jadi ahli pun berbaloi sebab korang dapat tupperware tau.bukan dapat angin je..ehhe



EMAIL: norhafiszah@gmail.com
Whataspp: 0136323715

--
Terima Kasih kerana berurusan dengan kami.
Kami mengalu-alukan segala cadangan anda untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami. Terima Kasih

CIMB BANK (NORHAFISZAH JOHARI)
02070035443529

MAYBANK (NORHAFISZAH JOHARI)
112399135122

Monday, March 17, 2014

FISSTICKER




saya ada menerima tempahan sticker yang kalis air..ini bukan kertas ye,.dia macam plastik. so memang kalis air. printing black n white je.dan printing nya jugak kalis air :)

sebelum kita tunjuk hasil sticker yang kosong, meh kita tengok  sticker kartun yang comel comel..sesuai untuk labelkan barangan  anak kita seperti toys, botol susu atau apa sahaja yang kita mahu, hatta nak labelkan setiap pensel warna anak pun takpe.hehehe.

INI KATALOG TERBARU



MINIMUM ORDER UNTUK STICKER CARTOON ADALAH 50PCS





saiz: 3cm x 1.3cm
pilihan: barbie princess, upin dan ipin , boys, MINION,
harga: rm 8 utk 50pcs






saiz: 4.6cm x 1.8cm
pilihan:-
*FROZEN
*SOFIA THE FIRST
*upin dan ipin,
*ANGRY BIRD
*HELLO KITTY,
*Thomas & friend
harga: rm 10 utk 50 pcs





selain dari sticker kartun, kami banyak ada yang kosong punya..sesuai untuk perniagaan kecil kecilan dan apa sahaja,

paling hangat dan banyak permintaaan adalah size 2.2cm x 0.9cm. ini saiz paling kecik yang kami ada. hanya rm5 utk 100pcs..





saiz: 2.2 cm x 0.9cm
warna:-
* transparent,
*pink rainbow, 
*white, 
*laser chrome 
* 4 warna
*SILVER
*Gold
harga: rm5 untuk 100pcs







   
saiz: 3cm x 1cm
warna:-
* gold, 
*silver
* laser 
*PINK RAINBOW
harga: rm10 untuk 100pcs


Saiz: 3cm x 1.5cm
warna:-
* laser chrome , 
*tranparent, 
*GOLD 
*PINK RAINBOW
harga: rm 12 untuk 100pcs









saiz : 3cm x 2cm
warna: putih
harga: rm 13 untuk 100pcs







saiz : 4.7 cm x 1.5cm
warna:-
* silver, 
*SILVER
*putih
*transparent
*laser
harga: rm 15 untuk 100 pcs








saiz: bulat diameter 3cm
warna:-
*pink rainbow,
*TRANSPARENT
*gold
harga: rm 19 untuk 100pcs








saiz : 4.5 cm x 2.5cm
warna:-
* gold 
*SILVER
* TRANSPARENT
*LASER
*PUTIH
harga: rm18 untuk 100pcs








saiz: 5cm x 3 cm
warna:-
* pink rainbow
*WHITE
*TRANSPARENT
harga: rm 20 untuk 100 pcs







saiz : 7.5cm x 2.5cm
warna: silver
harga: rm22 untuk 100keping




 saiz: 9cm x 4 cm
warna:-
*pink rainbow
harga rm 28 untuk 100pcs








saiz: 9cm x 5 cm
 warna:-
*GOLD
*TRANSPARENT
* PINK RAINBOW
harga: rm 33 untuk 100pcs






COD: AREA BANDAR SRI PERMAISURI,CHERAS,KL
pos express: rm4

pos laju rm6
setiap tempahan melebihi 1000 pcs akan ada FREE POSTAGE dan Diskaun istimewa..

boleh request letak ikon ikon yang korang suka..saya cuba cari.

hubungi saya ye.saya suka diemel atau whatsapp je. 


0136323715

mohon tak kol saya waktu opis hour 8.45-5.45ptg yr..saya memang tak angkat.



TEMPAHAN STICKER SENTIASA DIBUKA YA,

WHATSAPP SY YE
013 6323715

delivery hanya:-
SELASA DAN  JUMAAT

CEPAT WASSAP YE



ADA MASA SY UPDATE BLOG DENGAN STICKER BARU

Monday, March 10, 2014

Catuan air di KL dan Selangor

Assalam


Kes catuan air di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dek kerana musim kemarau yang empangan Hulu Langat mula kekurangan air..

siapa rumah die terlibat jugak?


kawasan rumah saya pun terlibat.keseluruhan Bandar Sri Permaisuri...Kuala lumpur zone 1
catuan air bermula 1 Mac sehingga 30 Mac 2014. untuk yang kurang tahu, catuan air ini die akan bekalkan air atau salurkan kan air ke kawasan mengikut zone zone tertentu selama 2 hari..selepas 2 hari, mereka akan menghentikan saluran air dan 2 hari tersebut bekalan air terputus..

alhamdulillah jugak ..walaupun dijadualkan 2 hari terputus bekalan air, kami hanya merasakan ketiadaan air hanya sekitar 12 jam sahaja...

berbekalkan pengalaman as Mechanical engineer dekat Zelan dulu, saya tau jugak perihal plumbing& sanitary service dan design untuk setiap bangunan terutamanya bangunan/ apartment yang melibatkan ramai penghuni..

design tangki air untuk bangunan tinggi adalah mencukupi untuk kegunaan 2 hari sahaja...tangki air setiap bangunan/hostel mengikut jumlah penghuni direka boleh bertahan 2 hari sahaja..kenapa 2 hari? cuba bayangkan kalau tangki air di designkan utk 1 minggu.bape besar tu tangki tu???disitu akan ada masalah ruang untuk tapak projek pulak..

contoh;-
khamis 06/03/14 dan Jumaat 07/03/14 bekalan air disalurkan.pada masa ini air akan terisi di tangki air dahulu kerana tekanan rendah.bila penuh, baru air akan naik ke setiap saluran /unit apartmen.

sabtu 8/03/2014 dan Ahad 09/03/14 bekalan air dijangka akan ditutup. dan memang bekalan air terputus..

akan tetapi hari sabtu dan ahad pagi air di pancuran masih sangat laju..masa ni setiap unit apartmen kena beringat untuk menyimpan sebanyak mana air yang boleh untuk tujuan mandi/makan atau sebagainya.jangan biarkan pinggan mangkuk penuh sinki tak berbasuh dan baju menimbun tak berbasuh ye..sementara ada air setelkan cepat2..

ahad malam 09/03/14 pukul 9 malam air mula terputus terus.tiasa setitik pun keluar dari kepala paip.oleh itu bermula la episod menggunakan air dari baldi yang disimpan.saya simpan 2 baldi je..sebab itu je yg ada.bekalan air minum memang cukup..so air tu untuk tujuan mandi/cuci badan atau emergency.time ni kalau mandi tak rasa heaven sangat la..sebab kena catu kan..

so antara benda yang perlu dibuat timing adalah perkara yang mewajibkan korang mandi wajib.hahahha.so set time bila ada air je k.jgn wat hal time takde air.kang tak bermandi wajib plak korang.hahahhaha..

tapi isnin 10/03/14 pukul 9pg bekalan air sudah disalurkan..so boleh mandi dibawah pancuran air yang deras ya..hehe..jangan lupa siapkan air utk hari air takde..hehe..perlu konsisten ya kawan kawan..sebab catuan air akan berlangsung selama sebulan....

bagi kawasan perumahan teres, rumah korang sure ada tangki kan..kalau takde tangki memang sangat terasa teruk bila air takde...

selamat berhemah menggunakan air ya..di negeri lain rasanya takde masalah bekalan air ni..korang leh enjoy mandi puas puas tanpa risau.tp kalau membazir sangat sila la byr bil air banyak2.hehehe..


adios amigos
XOXO

Misteri Kehilangan MH370

assalam

48 jam ni memang misteri betul kehilangan Boeing 777 milik MAS MH370.
banyak spekulasi keluar...

banyak jawapan sahih dah keluar:-
1- da terhempas di perairan vietnam- jika terhempas takde sedikitpun kesan....so masih tak valid
2-kena hijack dengan terrorist- ada kemungkinan sebab 2 passport yang digunakan adalah passport curi
3-flight patah balik..- jika patah balik mana pesawat tu mendarat
4-ada tompokan minyak- tak dapat kenal pasti tompokan itu dari MH 370
5- berbaur politik

tapi masalahnya tak semua itu sahih.hanya andaian pihak pihak yang kononnya mendapat info paling pantas dari keluarga mangsa, atau info dari bantuan penyelamat.

ada yang menggunakan isu MH370 sebagai bahan jenaka..
aduh..tak sensitif langsung

sedih tau..239 nyawa dalam kapal tu,jika mereka tu adalah dari saudara terdekat kita macam mana..

ayuh berdoa agar pesawat MH370 dijumpai...
sekalian warga sudah redha anda yang terjumpa bukan lagi bernyawa..

tapi percaya lah semua warga malaysia dan warga yang terlibat menaruh harapan tinggi yang mana flight MH370 sudah selamat mendarat dan tiada kehilangan nyawa.kami semua mengharapkan berita positif


berdoa supaya semua penumpang ,kabin crew ,co pilot dan kapten selamat...
Hanya dengan Kuasa ALLAH..


Thursday, March 6, 2014

16 weeks dan pergerakan bayi

assalam

hari ni rajin menaip.setelah agak lama hibernasi.setiap kali mengandung harus ada pengalaman baru dan berbeza untuk setiap anak.saya baru merasakan kehamilan buat kali kedua, maka berbezaan hanya boleh dibuat berdasarkan kandungan terdahulu..

kandungan kali ni berbeza bila masuk 2nd trimester. menjadi jadi keletihan dan kepeningan nya.takde morning sickness.yang hadir evening sickness. huhu.asal nak petang je mula pening..sampai boleh kata setiap petang balik kerja pening..memang la penat kt ofis.tapi saya rasa pening tu lain macam.

sampai je rumah terus melepek..atirah as always manja ngn mak dia, nak mak die je basuhkan bontot die kalau dia berak.masalahnya timing atirah buang air besar sekitar jam 6.30 hingga 8 malam.dah macam rutin seharian dia.so memang kena time mama balik kerja jugak.sabar la hai....rutin anak yang pandai cari masa mama ada kat rumah.penat dan pening pun layankan jugak sebab dia tak nak papa buatkan..

selalu balik rumah petang terus g baring baring dulu.mintak hubby picitkan kepala kejap sementara nak teruskan pekerjaan yang lain.selalu hubby soh tido kejap supaya kurang rs pening.masalahnya time magrib kot.time tu atirah aktif dan syaitan pun aktif.tak boleh tido....

bab masak pun datang time tertentu je.hahah...takde rs nak makan masakan sendiri..alasan je kan...hahah..

cerita pasal pergerakan baby..saya mula rasa masa cukup 3 bulan...miracle kan.seawal 3 bulan saya da rasa baby bergerak mcm menendang kot! 2 kali..hebat betul rasanya..sebelum ni hamil anak sulung lambat rasa pergerakkannya..

now da 4 bulan pun rasa pergerakaan baby.tapi bukan menendang atau ape.rasa moving yang susah nak diartikan.hehe..awal rasa..maybe sebab da ada ruang kot...

mengenai buku merah, saya belum buat lagi.tak sempat nak apply cuti.so far check up kt klinik panel takde masalah..berat naik je..

current status:-
usia kandungan : 4 bulan
berat: 52kg ( naik 2 kg)
tekanan darah&HB: normal
gula : belum periksa lagi :)


ok, bertemu di lain siaran..

xoxo,
pn Fiszah

Wednesday, March 5, 2014

ESP Shaklee dengan harga promo termurah

Bulan ni starting 1 Mac up to 29 Mac 2014 Shaklee buat promotion runtuh untuk Produk ESP. sure korang pun sedia maklum apa tu ESP kan..untuk yang kurang tau lagi nanti saya share...cuma nak ditegaskan ESP shaklee bulan MAC harga yang sangat rendah dan menguntungkan pembeli ..


Sebab??

1 canister yang beratnya 850g boleh bertahan berbulan bulan tau., sangat worth buying terutamanya bulan Mac 2014.

apa pentingnya ESP Shaklee ni??
- sebagai pembekal tenaga
-menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
-penting untuk kanak kanak, ibu menyusukan, ibu hamil dan mereka yang sedang ingin pulih dari sakit

mengikut testimoni daripada pengguna tegar ESP ni semasa hamil, nanti kulit bayi yang bakal lahir "cantik".. cantik tu sangat subjektif ya. mengikut testimoni dorang cakap kulit baby putih, tak bermasalah,,

saya sendiri consume ESP semasa sarapan bersama air milo atau susu..dengan harapan lebih bertenaga buat kerja dan yang penting memberi keperluan secukupnya pada bayi dalam perut yang makin membesar ni

tapi diingatkan, kita tak boleh minum ESP lebih dari 3 sudu sehari ya.. pengambilan yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan sebab nanti buah pinggang akan berkerja keras untuk proses penyingkiran. so amalkan minum air masak secukupnya

selain dari minum, saya suka buat masker dengan ESP.. so far baru buat 2 kali. sebab teringat.hehe.selalu je terlupa dan sibuk sampai tertdo.saya buat masa weekend je guna campuran ESP + Yogurt dan vit E.

mengenai masker ESP kita sambung next entry k

korang nak try tak ESP ni? beli bulan ni berbaloi sangat sebab paling murah promonya

korang wassap je

Fiszah: 0136323715
SID:1093071


selingan,

weekend hari tu kami bawak atirah main basikal dia di Taman Tasik Permaisuri.selalu atirah main basikal dalam rumah je,.oleh kerana atirah da pandai kayuh, jadi excited nak bawak dia berkayuh jarak jauh..

lepas breakfast roti canai telur di Bandar Tun Razak tu, kami terus ke taman. tak lama..lebih kurang 30 minit je.masing masing da semput. terutamanya mama la..takde stamina langsung..haha.pity me








ape yang dpt??tangkap gambar je lebihnya..haha

Tuesday, March 4, 2014

4 bulan dan resepi agar agar santan

Assalam

Sungguh lama tidak berupdate blog ni..pelbagai alasan tersedia untuk dilampirkan.tapi malas nak menaip panjang panjang.. dak berupdate lama pun kan.ada alasan tertentu dan kemalasan tahap melampau. alhamdulillah hari ni sudah 16 minggu..baru je lagi kan..alhamdulillah genap 4 bulan hamil anak ke dua. semuanya mudah di peringkat 3 bulan pertama yakni 1st trimester..masuk je trimester kedua alahan preggy mula muncul sikit demi sedikit.pening dan mual mudah sekali muncul di lewat lewat petang..



Pencapaian paling seronok adalah atirah nak tdo boleh minum susu botol.kalu tak sebelum ni takleh tdo kalau tak menetek.so perubahan baru ni sgt menggembirakan.tp masa utk terlelap dipanjangkan.kalau sebelum ni kejap je dia terlelap..kali ni bercinta sikit....

korang tau, aritu saya mimpi, g scan ngn hubby..buat 3d je pun tapi nampak jelas sangat anak lelaki..haha.sampai ke mimpi..adoi la hai..orang kata kalau mimpi scan anak lelaki dapat anak perempuan..wallahualam..tak kesah asalkan sihat sempurna fizikal dan mental sudah cukup bersyukur

ok...
sebenarnya entry ni buat rakan rakan di FB dan Instagram yang mahukan resepi agar agar santan..atirah suka sangat makan agar agar..tambah tambah kalau masa agar agar tu sejuk..hehe.lagipun boss saya pun suka..so sekali buat 2 adunan.separuh disimpan untuk Atirah dan separuh lagi buat bos dan teman teman di Ofis.selalu agar agar ni warna hijau..sebab kita buat guna daun pandan.tp oleh sebab di key el ni sume pun nak kena beli..saya pilih untuk buat agaragar santan gula merah je.senang.hehe

mari tengok resepi dan cara membuatnya

(untuk 1 adunan ya)

1 paket agar agar serbuk 3g..( sy beli RM2.30 sepaket)
1 kotak santan 250ml
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir( kurang or lebihkan ikut kemanisan yang korang suka)
1 biji telur
1 sudu kecil garam halus
1200ml air

cara membuat agar agar supaya terhasil 2 layer

1- masak agar agar bersama air sehingga larut sepenuhnya
2-masukkan gula pasir dan gula merah.masak sehingga mendidih
3- semasa masukkan gula, sedia di bekas lain, telur+santan+ garam.kacau sehingga sebati
4-semasa adunan agar agar dan gula tadi mendidih, masukkan adunan santan(santan+telur+garam) . biar seketika lebih kurang 30-60 saat, baru kacau.tapi jangan kacau kerap..just sesekali sahaja..supaya efek lumut tadi cantik..
5. masak sehingga mendidih sekali lagi.then siap..

pesanan penaja: jangan kacau terlalu kerap.jika terlalu kerap, lapisan atas jadi sangat halus dan efek lumut tak nampak..jika tidak dikacau pulak die akan bergumpal..


gambar agar agar dari side tepi tak sempat amek.slalu dah abes baru teringat nk amek.mlm ni kalau ada lg dy snap pic ya


selamat mencuba..


kita akan jumpa lagi di lain siaran..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;