Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, April 30, 2014

Kehamilan ke 2: 24 minggu dan kenaikan berat badan

assalam

6 bulan dah pregnant anak no 2. aktif dan sangat behave,maybe betol kot perempuan mcam akak die.alahan tak de..sihat sejahtera..penat sikit3 tu biasa la ibu bekerja kan..

bila tengok balik carta tumbesaran badan,
rasanya kali ni  berat badan naik dengan jayanya.even orang kata tak nampak perut.haha.tp hakikatnya berat badan memang naik laju.risau jugak takot ada kencing manis ke apa

rekod rekod ni saya tengok balik entry yang lama.untung mencoret dalam blog ni.memori maybe hilang.tp hasil tulisan akan kekal.so mari banyak menulis

Hamil anak pertama

4minggu=48.5kg
12minggu=
18 minggu= 51.5kg
20 minggu=
23 minggu=54.5kg
26 minggu=58.5kg
30 minggu=61kg
36minggu=63.5kg
40minggu=66kg


update berat sehingga tarikh hari ni 30/04/2015

kehamilan anak kedua
4 minggu = 48kg
12 minggu = 50kg
16 minggu = 52 kg
20 minggu =54 kg
24 minggu =56.5kg

rasa risau plak dengan penambahan yang agak laju ni..ikut graf kenaikan,  maximum kenaikan adalah 18.1kg yakni berat 40minggu max 66.1kg je...huhuhu...

ruang 7kg je lagi yang ada..tapi ada banyak minggu lagi ni...huhuhu.risau kejap.dah boleh start puasa balik.lagipun tak abes lagi puasa ganti...dah Rejab ni..buat lah puasa sunat banyak banyak.

Tuesday, April 29, 2014

Atirah 3rd Birthday: preparation 1: lokasi pilihan


assalam..

hari ni nak bercerita tentang birthday atirah..dulu masa 1st birthday Atirah, saya celebrate di rumah ngn nursery...meriah sebab rumah sempit,haha..makanan sume buat sendiri.penat sungguh..tapi memang agak kelam kabut sebab space rumah yang kecik bonar tu...

Atirah 1st Birthday Party _2012

2nd birthday tak buat majlis pun.. sebab nya time tu mama kena g time building..haha.harus la mama je punya idea dan kesungguhan nk buat majlis untuk Atirah.kalau idea tu keluar dari papa memang ajaib sungguh la.tak nk label kan semua lelaki sama, tapi selalunya majlis2 yang dianggap remeh ni memang idea dari perempuan.haha.orang laki senang just beli kek nyanyi2 dan makan je la.sudah cukup untuk meraikan hari jadi anak..malah hari jadi isteri pun mcm tu jugak style nye

cuma kadang kadang, si mama memang selalu over..nak buat majlis untuk anak.kononnya sebagai kenangan di masa hadapan.suka nak tengok anak gembira...suka tengok hadiah banyak banyak..even kos nak buat party lebih kot dari jumlah hadiah tu.haha.suka nk meraikan keluarga, saudara dan rakan..lebih kepada zakat untuk sanak saudara, rakan rakan terdekat...sekadar berkongsi rezeki..

nak buat majlis memang pening..nak pikir dekorasi, nak pikir kek, nak pikir makanan, nak pikir tetamu yang bakal datang, nak pikir goodies bag. dll...
nak plak bukan dari golongan kaya raya banyak duit, semuanya nak DIY..haha.sedar tak sedar jumlah DIY lagi banyak dari tempah kt event management,bezanya jumlah aliran keluar wang tak sekaligus.hahha

ok,

kali ni 3rd birthday atirah, memang saya nk buat.alasannya last year tak buat.next year belum tentu ada rezeki nak buat.so alang alang, saya setelkan jugak majlisnya

lokasi pilihan adalah Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.. nak tempah dewan pun berbayar uols..so buat kt taman, free..sebab bukan sy amek semua kawasan taman tu.sekangkang kera je..heheh..just nk pasang pasang belon, letak mkanan dan setel.haha,

konsep birthday kali ni breakfast di taman.so ala ala old skool sikit.semua tetamu makan atas tikar yang dihampar atas rumput je..haha(alasan tak nak sewa kerusi meja)
so semua makanan akan berdasarkan makanan sarapan pagi.kemungkinan besar majlis akan berlangsung bermula jam 9.30 pg hinggan 12.00tghari..

so ahad yang lepas, kebetulan minggu papa balik, so kami g melawat tapak lokasi.alhamdulillah cuaca baik..redup.dan dekat sangat dengan tempat mainan kanak kanak..ada bench..ada wakaf berteduh...kami datang time pagi..so sempat bawak makanan breakfast..

bawak roti, sardin, nutella dan kaya.sambil makan sambil bincang2..









Photo: Breakfast di taman pg td.servey kawasan.. #birthdayatirah3y #tamantasikperdana @syahnon  @hafajoe  #mamaatirah  #atirah3y









si suami bermuka seperti boleh ke buat..macam mana nk buat tu..muka tak konfident langsung..haha

alang alang datang, posing sekali...perut mama da besar dan sebenarnya mama naik berat badan banyak jugak.. now da 58.5kg da..besar sebenarnya,.nampak perut tak besar,,badan je yang naik beria..hahhaa.

barang2 goodies dan makanan ringan da banyak beli da.tinggal nk repack dan stickerkan aje..

okes. enjoy pics sikit sebelum kita proceed next preparation

Monday, April 7, 2014

Miss blacky..my first coach

Assalam

My first Coach

Ye Ye... my first tau.. korang da banyak koleksi tu diam diam je gelak sinis kt i kan..hehe..memang betul pun uols.. saya tak pernah beli beg coach sebelum ni..teringin tapi sayangnye kat duit tu..duit gaji macam ade je hal hal lain yang perlukan perhatian..so tengok tengok je la..

beg jenama lain jangan cerita la GUCCI ke LV ke..itu langsung takde dalam impian.sebab memang tau mahal dan tak mampu rasanya.hehe.setakat ROXY Carlo Rino kira ok la kan..

alhamdulillah bulan Mac dapat bonus.yeay.dapat merasa bergaji banyak sikit.
da setel hutang dan simpan separuh bonus dalam ASB, baki nya leh la shopping sikit2 dan bantu family..

so reward diri sendiri, saya beli beg COACH ni.warna Hitam..nak beli signature C C tu macam dah banyak sangat kot.so beli leather black je.affordable jugak harganya. rasanya beg ni bukan kategori new arrival..sedang sedang je ...

beg ni besar,leh masukkan pampers anak-anak dan angkut segala macam.jarang bawak g opis.jalan2 or g kenduri je..g opis angkut beg lama jugak.hehe..

bonus tahun depan??ntah..tak pikir lagi.fokus sekarang kerja rajin2 supaya achievement on target or lebih.so dapat nikmati bonus yang best lagi...maybe tak banyak membeli da kot next year..rumah lom beli lagi.

ikut perancangan nak beli rumah end of this year or awal tahun next year.lokasi masih tak tahu..huhu..semoga cepat la terlaksana impian yang satu ni..selagi tak beli rumah sewa je umah sekarng.sebab sewa rumah paling murah utk kawasan Bandar Sri Permaisuri ni..mana nak dpt rm500 lagi dah kan..so sewa sampai betul2 nak move out nanti


ok..itu je..barang adik baby lom start membeli lagi sebab tak tau jantina...

Tuesday, April 1, 2014

PJJ siri 2: KL-Johor dan hamil:20 minggu

assalam
lama tak menulis panjang kat sini. kekangan masa dan tenaga membuatkan blog ni makin lama makin kurang entrinya dapat mainten 10 entry sebulan sudah dikira amat baik..itu pun jika masih ada yang mahu mengikuti.

starting March 2014 kami PJJ lagi.perkahwinan jarak jauh.dulu weekend hubby wifey masa hubby kerja kt Site di sungai Koyan Pahang.kali ni tak boleh weekend hubby wifey sebab jarak dan ekonomi..dulu ke pahang tol hanya rm7 sehala..kali ni ke Gelang Patah tol saja dah rm40++. so lepas dapat persetujuan kami setuju 2 minggu sekali jumpa..

alhamdulillah kandungan membesar dan tidak memberi sebarang masalah.ini hikmahnya kami berjauhan..sebab Allah tahu saya boleh hadapi sesorang diri. oleh sebab saya malas nak naik tren, saya bawak moto sendiri ke opis.so kereta suami guna.pengangkutan khas saya hanya moto.alhamdullilaah semuanya berjalan lancar.

pagi pagi hantar Atirah ke Nursery. langsung ke opis. balik kerja terus amek atirah dan masuk rumah kunci pintu dan tak keluar ke mana mana.hehe.keluarga jauh.memang kena survive,since akak saya yg kt putrajaya tu pindah ke kedah tahun lepas, memang sangat terasa kehilangan.hehe.memang kena kuat dan survive,

sungguh2 saya syukur kandungan kedua tak mempunyai sebarang komplikasi.penat perkara biasa la kan.kalau lah saya teruk alahan harus suami berat hati nk terima kerja jauh tu..

update tentang kehamilan ke dua
usia kehamilan:20 minggu
berat mama: 54kg
urin: nil
HB: belum cek lagi.

dah masuk 20 minggu.masih belum sempat bukak buku merah di KK lagi.plannya nak amek cuti this coming thursday.so semoga semuanya berjalan lancar

gambar terbaru bersama atirah..ofcos la berdua sebab papa tolong snapkan pic.

birthday atirah is coming soon.ada plan nak buat tapi tak sure lagi date dan tempat.korang ada nk datang tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;