Thursday, January 26, 2012

family vacation: cameron highland#part 2

as-salam

harus banyak part percutian di Cameron Highland ni..bak kata suami, saya ni dah macam setiausaha aje..macam nak siapkan minit report aje..tak kesah la..saya suka, saya buat :)

sambungan dari entry Cameron Highland #part 1

day 1-19 /01/2012

Bharat Cameron Valley

selepas bergambar di ladang teh BOH, kami teruskan perjalanan ke Bharat Tea-cameron valley pulak..Bharat- cameron valley ni salah satu ladang teh yang sangat mudah untuk dilawati..hanya di tepi jalan sahaja..ia berada di Tanah Rata.perjalanan dari Habu ke Brinchang akan melalui Tanah Rata..maka harus la singgah sebentar di Bharat ni..tempat makan dan cafe di Bharat juga menyediakan hidangan yang hampir sama di BOh.ada kek, ada teh dan hanya beberapa hidangan teh yang simple..

masa kami sampai di Bharat ni, atirah da tak leh tahan dari tidor..so atirah tidor dala stroller sementara mama dan papa rileks2 meninjau2 kawasan ladang teh dari atas sahaja..kali ni tak turun dekat ladang teh..iye la kan..susah nk tolak stroller (atirah kan sedang tidor)

p/s: gambar upload kemudian..
Cactus Point

sebenarnya saya nak sangat makan wafle icecream strawberi yang dicadangkan oleh abang saya..puas jugak mencari kat mana tempat makan tu..last2 kol je abg pendi.dia cakap dekat cactus valley...berbekalkan Ace saya tu, kami google map aje..Cactus point adalah bukan Cactus Valley..huhu..

tapi kami dah terlajak..so kami singgah aje di cactus point..iya, memang mudah dilihat dari jalan..besar signboard Cactus Point ni..tak seperti Cactus valley..masuk adalah percuma..dan  banyak cactus di dalamnya..harganya jugak berpatutan..



sangat banyak bunga yang cantik2

saya suka pic ni..nampak ke"lovely"ian si papa


atirah da busan..haha

cantik kan :)


cactus valley & big red strawberry farm

cactus valley & big red strawbery farm adalah satu kawasan..dari satu company yang sama..kira kalau datang cactus valley,leh jugak melawat ladang strawbery ni..cactus valley dan big red strawwbery farm ni terletak di pekan Brinchang..

kekurangan tempat ni adalah papan tanda ke sana..sebab kami 2 kali pusing untuk kesini..gara2 tak nampak signboard,signboard yang luntur dan lusuh warnanya..huhu..tapi ini la ladang strawbery paling kemas, tersusun dan sangat cantik..buahan2 yang menarik..tempat makan yang selesa dan bersih....

tempat ini sangat dekat dengan pekan brinchang..melalui kawasan pasar malam di brinchang..if nak senang cari aje Star Regency Hotel..

untuk hari pertama, kami tak bercadang untuk kutip strawberry lagi..hanya sekadar jalan-jalan dan makan2..esok nya baru kami datang lagi untuk kutip strawberi :)..

banyak lokasi menarik untuk snap pic :)

nampak kurus kan..huk huk


yeee haaa..ini la kedai yang dicari-cari :)..bersih selesa..

kentang goreng+strawberi sundae dan wafle with strwberi+icecream

atirah terkejut tenok gaya papa makan :)

yummy!


tekun giler makan..hehe
to be continue.................

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;