Tuesday, March 31, 2015

Menjelang GST 1/4/15

assalam

GST di mana mana.sedihnya orang ramai yang menanggung beban akibat kenaikan harga berleluasa..tiada pilihan. sama ada mahu terima atau keluar negara.. kejam kenyataan yang perlu ditelan. sedih dengan pihak pihak yang sewenangnya menaikkan harga walaupun tak terlibat dalam GST....

benci nak ulas pasal GST.langsung takde diambil perhatian.macam semut dalan hutan tebal.takde orang endah langsung malah tak nampak..

penghujung Mac ramai menggila beli stok kononnya..banyak barang dah habis?? pembelian panik??
tak lah sangat.sebenarnya peniaga simpan stok..maka memang licin dan kosong la rak tu.diorang tak top up pun.maka dapatlah peniaga jual dengan harga GST yang mahal tu..

mahu tak mahu anda perlu hadap..itu realiti Malaysia

Friday, March 27, 2015

Babywearing _ BOBA4g bersama Elisa

assalam

sesekali muncul bila ada sedikit masa menulis...lebih kepada jarang muncul.walaupun hari hari teringat nak update blog

kali ni nak berceerita tentang babywearing. banyak jugak servey jenis jenis yang ada di pasaran.tapi alkisah nya tak try n error pun semua jenama yang ada.. walk in ke butik One Baby World di Bandar Sri Permaisuri,  terus bayar dan pakai..

lama da beli,.masa tu Elisa baru lepas pantang. balik dari Kedah kami terus beli.masa tu adik baru je nak masuk 4-5kg je.ajar Elisa pakai dari awal.alhamdulillah takde masalah..shopping 2-3 jam angkut adik dalam Boba4G tu pun tak rasa sakit langsung. Elisa siap tido nyenyak dalam tu

harga saya beli dulu RM385 selepas diskaun 10% kot.

sampai sekarang adik Elisa genap 7 bulan...berat adik Elisa masa 6 bulan hari tu 8.3kg.sekaarng mungkin ada penambahan lagi..dan setiap hari keluar rumah akan angkut Elisa dengan Boba4G tu.

Review Boba4g
1)Selesa buat ibu dan baby
2)kusyen lembut sangat membantu baby selesa
3)kain tak panas
4) padding pada bahu tebal so tak menyakitkan ibu
5)padding pada perut utk tampung berat bayi jugak firm.so tak rasa berat dukung baby
6)boleh laras pada penngikat belakang badan.so boleh renggang or rapatkan baby pada badan ikut keselesaan
7)senang mak  nak berjalan dan bershopping
8) STYLE :)


sebenarnya banyak sangat pic bersama Boba4g ni..tpi ntah mana simpan.tak ingat.ini je yang ada






Monday, March 2, 2015

Elisa sudah 6 bulan

assalam

pagi yang ceria..adik Elisa sudah genap 6 bulan sabtu lalu dan mula makan solid food. mama da belikan BabyBullet untuk buat puree untuk adik..cerita makanan adik kita buat next next entry sebab gambar belum upload lagi dari kamera.hahah.takde gambar malas nk cerita..

Elisa mula mula lahir cengkung cikit dari akak dia..keluar pada usia kandungan 41 minggu ++ hanya dengan berat 3.04kg.memang kurus sikit dari akak atirah dia dulu.dan warna kulit sedikit gelap berbanding akaknya..semuanya nak compare kan..adat lah..hahhaa.

tapi bila dah dekat luar kemain laju adik membesar..chubby dan kulit makin cerah..hehe..Elisa membolat lagi cepat dari akak nya dan progress dari segi meniarap dan merangkak menang kat adik..haha..

satu lagi beza antara Elisa dan Atirah adalah MATA..mata adik ikut papa..mata akak ikut mama..hehe..






Elisa di nursery :)


ok, masa suntuk.next time update lg..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;