Wednesday, June 24, 2015

Sabar ye perut.....

assalam

semalam lepas berbuka puasa dengan juadah bazar ramadan yang serba tak kena, kami relax relax je..lepas solat magrib ada terlelap..

nasi dagang terlampau manis.laksam masin. popia goreng macam nak basi...yang ok semalam bubur lambuk je..takpe la..da rezeki kami malam tu.nasib baik masih ada makaroni cheese baked yang dibuat 2 malam lepas..boleh reheat dan makan dengan sedapnya

masa tengah reheat makaroni tu, atirah ikut je ke dapur..sambil usap usap perut membulat, dia cakap "Sabar ye  perut..sabar ye perut"


saya terdengar dan tanya apa dia atirah???

atirah ulang lagi "Sabar ye perut, mama tengah masak makaroni"

ceh...sentap dalam kot..pandai die perli mama dia..

haahhahhaha..

lepas tu saya bersin 2 3 kali.semalam memang tak sehat.selesema .sakit tekak ..virus di office mungkin..

"sabar ye perut...mama tak sehat""

haih!!

sampai macam tu sekali dia punya berhemah..hahhaha
cakap dengan perut..

sedangkan dia makan laksam banyak awal tadi...

masih konon kononnya lapar sangat perut tu...

Atirah sudah 4 tahun :)

Tuesday, June 23, 2015

Episod RUMAH SF:VALUER REPORT penting untuk rumah subsale


assalam.

update mengenai perjalanan pembelian rumah
sangkut sekejap bab loan rumah.hari tu memang dah dapat offer loan RHB.tapi 80% without MRTA.
bila congak congak balik kami semput nak bayar.

so kawan opis cakap try je buat staff loan.
so untuk submit application staff loan valuation report adalah wajib.

Maybank dah kasi panel list valuer yang diiktiraf.so harus guna dari list yang diberi sahaja.oleh sebab semuanya atas tanggungan sendiri, maka kena cari sendiri dan bayar sendiri.

saya hubungi W M Malik & Kamaruzzaman.
Fadilla dia punya staff yg assist saya..

hari selasa saya kol minta quatation, cakap nak cepat..Hari selasa dia pergi tengok rumah.
hari hari saya mintak update dari dia.sian dia hari hari saya tanya..alhamdulillah report siap hari Isnin.
tak sampai seminggu..bagus sangat..tp sian dia hari2 saya tanya status..

Isnin saya dapat invoice dan terus buat payment online.
Rider dari W M Malik & Kamaruzzaman datang hantar di ofis..

lega.. satu step da settle.

harga valuer??ikut pada harga rumah ye..
korang kena telefon dan tanya harga...

saya punya kos dalam Rm7XX je.

Thursday, June 18, 2015

PROMOSI BISNES KAD MURAH 2015



PROMOSI BISNES KAD BARU SAHAJA BERLANGSUNG..

Kad nama merupakan satu perkara yang sinonim dengan setiap orang. Baik bekerja mahupun tidak bekerja, ramai antara kita merasakan perlu untuk mempunyai kad nama yang bertulis nama, nombor telefon, email, alamat laman web dan juga alamat rumah.


KREDIT DARI BLOG 


ad perniagaan atau lebih dikenali sebagai bisnes kad merupakan teknik pemasaran kuno (lama) bagi mempromosikan sesebuah perniagaan. Walaupun ianya kuno, bisnes kad masih lagi kekal popular sehingga ke hari ini kerana anda tidak perlu menjadi seorang super teknologi untuk mendapatkannya dan ia mudah digunakan.
Bisnes kad sering kali menjadi tanggapan pertama yang menggambarkan syarikat, servis atau produk serta pembekal maklumat berkenaan perniagaan dan individu yang memberi kad tersebut. Kehebatan bisnes kad ini lebih berkesan digunakan secara pemasaran bersemuka (face-to-face) dan ia juga merupakan pelengkap maklumat kepada pemasaran moden seperti website, blog, emel dan sebagainya. Terdapat 5 fakta penting yang perlu anda ketahui berkenaan kuasa bisnes kad ini dan mengapa anda perlu memilikinya sebagai alat pemasaran perniagaan anda.
1. PRAKTIKAL
Ianya sangat senang digunakan. Saiz kad yang kecil (3.5 inci x 2 inci) memudahkan ia disimpan di dalam dompet dan beg tangan malah anda boleh menyimpannya di dalam poket seluar. Seorang usahawan professional sentiasa berada di dalam keadaan bersedia untuk memberi maklumat perniagaan dan diri secara pantas jika berhadapan dengan prospek di mana-mana dan pada bila-bila masa. Bisnes kad dapat menjimatkan masa anda berbanding dengan menulis secara manual di atas kertas seperti nama, nombor telefon dan website.
2. MURAH
Harga sekotak (100 keping) bisnes kad lingkungan RM10 sehingga RM30 bergantung  kepada kuantiti dan kualiti kad yang anda tempah. Kehebatan anda dalam mencari syarikat percetakan bisnes kad yang murah dan berkualiti juga akan menentukan harga tempahan kad tersebut. Tiada alasan untuk anda tidak memiliki bisnes kad, ianya murah  dan wajib dijadikan sebagai alat pemasaran terawal perniagaan anda. Nak jimat lagi,  dapatkan design bisnes kad secara percuma dengan menggunakan template sedia ada di  dalam Microsoft Office dan cetakannya menggunakan mesin cetak (printer) kepunyaan  anda. Jangan lupa cetak menggunakan kertas yang sesuai dijadikan bisnes kad seperti  kertas Art card atau Ivory card.

3. KREDEBILITI
Bisnes kad merupakan simbol kepada kepercayaan, kejujuran dan identiti sebuah syarikat serta usahawan tersebut. Dengan kehadiran bisnes kad sebagai alat penyebar maklumat, ianya secara tidak langsung menunjukkan perniagaan anda itu memang wujud dan beroperasi. Nama dan nombor telefon yang dicetak di dalam bisnes kad menambah kuatkan lagi kepercayaan prospek terhadap diri anda kerana ia mengambarkan betapa mudahnya bagi mereka untuk menghubungi anda pada bila-bila masa
4. INFORMATIF
Bisnes kad mampu menyediakan maklumat yang banyak dan penting berkenaan perniagaan walaupun saiznya yang kecil. Berbeza dengan alat pemasaran lain, bisnes kad secara mudah boleh digunakan sebagai panduan maklumat serta merta dan ianya boleh digunakan pada bila-bila masa. Berbanding dengan iklan di tv, prospek hanya mempunyai lebih kurang 30 saat untuk mendapatkan maklumat produk atau servis yang diiklankan. Maklumat yang ingin diterapkan di dalam bisnes kad tidak kira dari segi gambar ataupun tulisan, ia merupakan kunci utama menawan hati prospek anda.
5. PEMASARAN EFEKTIF 
Bisnes kad sangat efektif bagi mempromosikan sesebuah perniagaan. Dengan saiz yang kecil serta rekaan yang unik dan informatif, bisnes kad mampu menjadi satu alat pemasaran bergerak. Ia umpama mini iklan billboard yang bakal menarik prospek ke kancah perniagaan anda. Meskipun kecanggihan teknologi di dalam pemasaran media sosial semakin meningkat, sebahagian besar pengendalian perniagaan masih lagi tetap diteruskan secara bersemuka. Ini kerana prospek akan lebih yakin dan selesa jika pertukaran maklumat dijalankan secara berhadapan dengan manusia berbanding dengan komputer



.CEPAT CEPAT WHATSAPP

013 6323715



Friday, June 12, 2015

Episod RUMAH SF: Sign SNP dan kos setem/pindah milik dan guaman

assalam

rentetan dari perihal mencari rumah..

tarikh tinjau kawasan rumah : April 2015
tarikh apply loan rumah         : 04-06-2015
tarikh sign SNP                      :09-06-2015
Loan lulus                               :11-06-2015 tapi 80% je.

2% as booking
8% as baki deposit

selebihnya loan akan setelkan

lawyer ni kami guna lawyer yang dicadangkan oleh agent je.sebab first time beli rumah dan takde member terdekat.so kami pergi tgk office dia dan ok so far.lawyer tu pun bagus..

Kos guaman secara kasarnya adalah seperti berikut

RM150k pertama= 1% dari harga  rumah
RM850k seterusnya= 0.7% dari harga rumah

duti setem dan pindah milik
RM100k pertama = 1% dari harga rumah
RM400k kedua     =2% dari harga rumah
(untuk rumah pertama dapat diskaun 50%)

ini adalah minimum ya.
ada tambahan dari segi cas pengangkutan, kos kertas & pecetakan, kos lain lain
ini bergantung pada lawyer.mahal jugak ye..jangan overlook benda ni..


harus diingatkan, kalau nk keluar kan EPF suami dan isteri, perlu ada nama dalam SNP ya.

ok..next ENTRY kita update procedure pengeluaran EPF.






Monday, June 8, 2015

Gempa Bumi di Malaysia

assalam

Image result for gempa bumi sabah 2015

Takziah buat semua mangsa mangsa gempa bumi di Ranau,Sabah
beberapa kali gegaran berlaku selepas gegaran paling besar 6.0 skala ritcher..



selain nyawa, harta benda turut musnah
Image result for gempa bumi sabah 2015
Image result for gempa bumi sabah 2015
sedih dan dukacita..

kebanyakan mangsa yang terlibat adalah malim gunung dan pendaki Gunung Kinabalu.
Rest is peace dan takziah,,


semoga ahli keluarga dan semua penduduk terlibat tabah...

Episod RUMAH SF: pencarian dan Loan rumah

Assalam

Blog ini sekadar diari ringkas untuk tatapan diri sendiri mungkin anak anak mungkin sedara mungkin pedoman buat yang lain.tiada unsur riak langsung.nehi2..

tahun 2015..umur 30 tahun.baru termampu nak beli rumah sendiri..sudah 5 tahun sewa di apartment..
lama kan..ada orang rezeki murah usia 20-an dah ada rumah sendiri..saya lambat..

RUMAH FS (RUMAH PERTAMA FISZAH SYAHNON)
tapi kami baru dapat kunci rumah sendiri di usia 30 tahun..

alhamdulillah

rumah secondhand je...bukan rumah baru..sebabnya rumah baru jauh giler..kami tak nak jauh2..tak larat pergi balik kerja..kami cari landed yang dekat dengan KL.so harga yang kami mampu sekadar rumah teres 2 tingkat medium cost..

yup

rumah teres 2 tingkat medium cost Freehold yakni sudah lama..sebelum masuk kena buat renovation..

cari mana rumah ni????

kawan sekerja suami yang suggest.kami tengok kawasan sangat bagus.tepi highway.so senang keluar senang masuk..ada stesen MRT.

lokasi rumah kami berdekatan MRT Stesen Taman Koperasi Cuepac, Cheras Batu 12.

ok..itu episod pencarian....

kami setuju selepas amek kira;-

* kejiranan Melayu
*dekat public transport
*landed house
*suasana tenang
*susur masuk keluar senang
*FREE HOLD
* yang paling penting adalah BAJET MAMPU..

Loan rumah pada asalnya nk guna nama saya sebagai staff maybank.tapi agak leceh procedure nya.
kami tengok rate loan melalui internet sahaja.so lepas diskus, kami mula dengan proceed loan di RHB.

Alhamdullillah,simple.submit all document required..dan lulus.

Next step will be soon updated

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;