Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kesayangan..Anak sulung kami : Nur Adriana Atirah Binti Syahnon

Lilypie Fourth Birthday tickers

Permata Hati kesayangan.. puteri ke dua, Nur Eryna Elisa Binti Syahnon

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Friday, December 7, 2012

percutian indah ke Langkawi 3H2M_Day 3 :Dataran Lang

as-salam

entry ni adalah part yang terakhir.ye la kan.sudah masuk hari ketiga. percutian hanya tiga hari 2 malam.maka penutup percutian di Langkawi harus lah bergambar bersama Helang..

sebelum tu,check this out!!
percutian indah ke Langkawi 3H2M_Day 1 :Cable Car
percutian indah ke Langkawi 3H2M_Day 2 part 1 :island Hoping( Pulau Beras Basah, Eagle Feeding dan Tasik Dayang Bunting
percutian indah ke Langkawi 3H2M_Day 2 part 2:makam Mahsuri dan Pekan Kuah


malam kedua sejuk je.hujan turun dengan lebatnya.lagipun kami memang takde aktiviti malam tu.lepas dinner balik rest dan tidor sampai pagi.awal paginya macam biasa kami turun breakfast. saya booking bilik menerusi AGODA.com untuk bilik di Bella Vista Hotel include breakfast. so tak perlu risau nk keluar sebab memang ada makanan. tapi kepelbagaian makanan pagi tu tak banyak. 2 hari, menu sarapan paginya sama je.. ada nasi goreng/mee goreng/bihun goreng, ada susu dan cereal, roti bakar, minuman sejuk dan panas, sosej/scramble egg/half boil egg, baked bean, buah-buahan dan rasanya itu je kot.hehe.

alang alang memilih hotel yang ada swimming pool, rugi rasanya kalau tak mandi kt swimming pool tu kan. tp oleh sebab papa atirah tak mo berendam, maka atirah je la yg sakan mandi. mama nk mandi x jadi sebab nk kepung atirah je. masa turun nk breakfast memang siap siap bawakkan swimming suit atirah. mandi kolam takpe pakai swimming suit. kalau g island hopping, pakaikan swimming suit, memang itam terbakar la kulit anak ai...

atirah macam biasa.langsung tak takot air.paras air di kolam kanak kanak tu separas bahu -leher atirah. so atirah boleh berjalan dalam kolam tu.so sangat la suka ok.tak nk dipegang..berjalan keliling swimming pool tu.lagak seperti orang dewasa. macam model Mangga pun ada..hehe..itu pun menangis bila diangkat nak naik.ish ish..sejam gak kot atirah mandi..













Jumaat 30/11/2012
(HARI Ketiga)
DATARAN LANG


aktiviti hari ni sepenuhnya adalah shopping. abg saya dari Terengganu baru tiba di Langkawi jam 9 pagi. mereka sekeluarga datang ke langkawi semata-mata nk shopping pinggan mangkuk. sebabnya nak tumpang tiket kitorang yang sudah 3 hari kt Langkawi untuk elak dari kena cukai. so aktiviti membeli belah dilakukan di Haji Ismail Group, Rams dan kedai kedai yang berdekatan. kami ke Idaman Suri tapi tutup, saya tak pasti samada Idaman Suri tutup setiap hari Jumaat atau pada ketika itu sahaja..

selepas penat membeli belah, kami makan tengah hari ni di Komplek Pekan rabu, mungkin kerana hari Jumaat adalah hari cuti untuk negeri Kedah, maka tak banyak kedai yang bukak..agak sunyi komplek Pekan Rabu itu, setelah makan, abg saya terus ke jeti, tapi kami pergi ke Dataran Lang untuk bergambar

Dataran Lang terletak di sebelah Jeti Kuah sahaja. boleh  berjalan.tapi penat jugak la di tengah panas terik tu.kami tangkap gambar kt Dataran Lang kira kira jam 2 petang.memang sangat panas time tu.terima kasih kt ayah yang sudi tangkap gambar kami walaupun tengah panas.. atirah tak teruja pun tengok helang tu.yang lebih menarik perhatian dia adalah kolam air yang terletak di bawah tugu helang tu.atirah nak berendam lagi.puas diangkat kaki untuk masuk dalam tu.adoi la..mana boleh mandi..ish ish..

mari layan gambar.



































kami naik jeti pulang ke Kuala Perlis jam 4 petang....

percutian tamat..



p/s: korang nak tips ker?????nanti nanti kalau rajin saya pikir dan simpulkan tips terbaik untuk korang if nk g Langkawi ye. now takde idea nk mengarang lagi da

1 comment:

Hasnah said...

mama dan atirah sgt comel okeyyy! suka tgk! lelebih lagi mama atirah. baju semua comel2 + cute sgt! aaa nk slimmmm mcm mama atirah.

akak ada consume pape produk ke akak kurus ek? share sikit product apa hehe =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;