Wednesday, December 5, 2012

percutian indah ke Langkawi 3H2M_Day 2_ part 1: island hopping(pulau Beras basah, eagle feeding dan Tasik Dayang Bunting

as-salam..
{schedule entry}

percutian indah ke Langkawi 3H2M_Day 1: cable car

selesai entry hari pertama dekat langkawi. panjang bukan entry tu. tapi jangan risau, entry hari kedua taknak kalah. malah lebih panjang dari entry hari pertama. selesai bersarapan pagi yang disediakan di Bella Vista Hotel, kami keluar dengan pakaian santai untuk agenda seterusnya...

kepada sesiapa yang ingin melakukan aktiviti Island hopping, boleh lah pergi ke Pantai Chenang. banyak kedai menyediakn perkhidmatan Island Hopping,KILIM Geopark dan pelbagai lagi aktiviti pantai dan lasak. korang boleh servey ikut keinginan dan bajet yang korang ada. kami booking Island Hopping Pakej ni trak bergerak yang terletak di Pantai Chenang. untuk korang yang nak sama pakej macam saya boleh pergi ke Pantai Cenang, dan cari hotel De baron, Langgura Baron. ada simpang keci ke kanan kat situ dan masuk je. ada nampak banyak aktiviti pantai dan ada lori kecik yg tulis senarai aktiviti pantai dan korang  boleh tanya diorang.

selain dari lori kecil ni, kat tepi2 kedai sepanjang Pantai cenang ni banyak sediakan pakej tu. kebanyakkan nya RM25. so tak perlu booking awal2 dari Kl ke ape.sebab kebanyakkannya RM35. better korang walk in je kt area pantai chenang dan booking!

seeloknya pilih waktu pagi tau!kalau petang lagi panas!!!!




Khamis 29/11/2012
(HARI Kedua): 
ISLAND HOPPING ( pulau dayang bunting, pulau beras basah, eagle feeding)

hari kedua bermula dengan aktiviti Island Hoping. walaupun mak ayah saya kerap ke Langkawi, mereka tak pernah cuba aktiviti island Hoping. makanya aktiviti di pagi hari ini merupakan pengalaman pertama buat kami semua. atirah lagi la kan.naik bot!macam takut pun ada.excited pun ada..hehe. kami naik bot di Pantai Chenang. harga untuk Islang Hoping kebanyakkannya dalam rate rm25-35 per person.tengok pada ejen yang korang jumpa..saya mencari yang murah je la kan..hehe..kami dapat rm25 per person so untuk kami 4 orang dewasa kosnya RM100..lagi ramai korang pergi akan dapat lagi murah.













kami berkongsi dengan  pelancong lain yang turut serta dalam aktiviti Island Hopping.kenapa pilih pagi?alasannya pagi tak panas. cahaya matahari di waktu pagi membekalkan vitamin d yang bagus untuk kesihatan,tapi jangan lupa pakai sunscreen ya..nanti burn jangan nak bising.tapi saya tak pakai pun.tak beli.nak beli rasa cam mahal sangat pulak.yg terjual sume SPF50 je.cm biasa  sangat.so kami semua takde protection!biar kulit dipanah matahari pagi :). kami mula naik bot dalam jam 9.30pg







seronok sangat pergi island hoping ni.dapat tengok kecantikan semulajadi bentuk muka bumi di Langkawi.dapat tambah pengalaman.. kagum dengan ciptaan yg Maha Esa. tempat pertama kami serbu adalah Pulau Beras Basah. kat sini boleh snorkeling dan mandi manda. mak ayah saya tak mandi pun, kami 3 beranak je yang mandi.memang like sangat lah.saya sewa alat snorkeling dari abg Bot tu.RM10 je.if sewa kt Pulau Beras Basah Rm15..sampai je jeti Beras basah tu banyak sangat ikan kecil2.rasa nak terjun dan snorkeling je kt situ.tapi tak ramai buat camtu, so saya tak le buat. kami terus g mandi pantai..























terima kasih kt ayah saya yang sudi snap banyak pic kami 3 beranak masa mandi.like sangat..mak rehat di tepi pantai sambil borak borak dengan kenalan baru :).atirah pulak memang jenis tak takut air. terkekek-kekek gelak masa mandi air masin tu..seronok lah!

kami diberi masa sejam je di Pulau Beras basah. kat sini memang banyak monyet. dia pantang dengar bunyi plastik.so kalau nak bawak makanan sila hati-hati. seeloknya memang bawak makanan la.sebab 3-4 jam++ kot kt pulau2 ni.sure lapar.dengan mandi sesungguhnya dan panas haruslah lapar!!!
 mari lihat gambar :)




lepas mandi manda air masin di Pulau Beras Basah, kami naik bot yang sama ke tempat Eagle feeding. actually bukan eagle feeding sangat.lebih Eagle Show. burung burung helang tu macam buat pertunjukkan kepada pelancong. memang banyak.suka sangat tengok.kt sini kami relax tengok burung helang buat show dalam 30 minit.




lepas tengok pertunjukan burung helang kami ke Pulau dayang bunting yang menempatkan tasik Dayang Bunting. indah Ciptaan tuhan. walaupun dikelilingin oleh lautan air masin ada tasik air tawar yang cantik dan besar. cukup indah!!! perjalanan dari Eagle feeding ke Pulau dayang bunting memakan masa hampir 25 minit. jauh. atirah sempat tertidor.penat sangat mandi tadi..sampai je kt Pulau ni, saya apa lagi, snap gambar je lah..hehe.harus snap pic!

atirah masih lagi tidor. mula mula saya yang dukung.tp slow sangat, papa atirah yang dukung atirah. untuk ke tasik dayang bunting kita perlu mendaki bukit dan menuruni curam.memang mencabar,huhu..tp rugi kalau tak nak mendaki.sebab itu je satu cara untuk ke tasik Dayang Bunting. kesian kt mak. sakit kaki memanjat tangga. untuk mandi kt Tasik Dayang Bunting ni, perlu pakai jaket keselamatan. so sebelum turun dari bot, sila bawak bersama jaket keselamatan korang,if takde bukan tak leh mandi, cuma takde orang nk tolong korang. 10 meter kot dalamnya tasik dayang bunting ni. dan takde life guard!jadi pape tanggung sendiri. bukan kecik tasik ni..nasib baik kami bawak dan pakai. so boleh la mandi puas puas dalam tasik Dayang Bunting ni..ada tempat untuk kanak-kanak..tp kanak2 tak boleh dibiarkan mandi tanpa ada kawalan dari orang dewasa.


pada mulanya ingat atirah nk sambung tidor. kasi dia tidor ngn atok je, tp sampai je kt tasik dayang bunting tu mata dia segar, macam tau je time untuk mandi. ape lagi. kemain sakan dia mandi. sampai ngamuk tak nak naik..

mari layan gambar


















































kami selesai island hoping kira kira jam 1 petang. memang pengalaman yang sangat menarik..berbaloi bayar rm25 untuk menikmati keindahan Ciptaan Ilahi. syukur dikurniakan keamanan dan kelapangan untuk menjelajah keindahan ciptaan Allah..bersyukur,,,



lepas selesai island hoping..kami balik hotel.untuk mandi dan rehat.sebelum balik hotel kami siap siap lunch walaupun baju basah :)


Khamis 29/11/2012
(HARI Kedua): 

MAKAM MAHSURI

okes..tak larat nak menaip dah.sambung lain kali je la ye..stay tune :)











9 comments:

geeina crochet said...

wow!!!..best ye g holiday ke langkawi....
terasa bangga akak yg bermastautin di langkawi ni...
hehehe.....

geeina crochet said...

wow!!..sronok ye..holiday ke langkawi..
terasa bangga akak yang bermastautin di sini...
hehehe...

Unknown said...

Akak guna camera apa?

Unknown said...

Akak guna camera apa?

Unknown said...

Akak guna camera apa?

Fiszah_pjo said...

Akak guna nikon dslr dear...ayh punye.ihihi

iz said...

seronoknya.life jacket tu dah sewa awal2 or memang die sediakn utk island hopping?so sis tak snorkeling la ye kat sane?

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


yatty said...

Tgk gambar tu terasa macam nk pergi sana esok je..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;