Tuesday, January 24, 2012

family vacation: cameron highland#Part 1

as-salam..

lama tak update blog..if ada yang add sy di FB tau la status  terkini saya..alhamdulillah rancangan kami berjaya direalisasikan..kami pilih tarikh 19 dan 20 Januari 2012 untuk pergi bercuti,.,.kami laki bini memang suka merancang lebih awal, senang nak buat kira-kira dan amek kira segala perbelanjaan..supaya tak terlebih belanja :)..tak suka ad-hoc journey..takut frust akhirnya,.,.so percutian ini dirancang lebih kurang sebulan sebelumnya..

day 1 (19/1/2012)

kami memulakan perjalanan selepas sarapan nasi lemak di rumah sahaja..lebih kurang jam 10 pg kami keluar dari rumah..kami keluar dari Tol Jalan Duta.sempena  Chinese New year ni, kt tol Jalan Duta ni, semua kenderaan akan dapat goodie bag dari Maybank..bagus jugak..dapat 7 biji limau mandarin+2 botol air mineral dan dokumen2 Maybank. untuk pergi ke Cameron Highland, kami keluar di Tol Tapah. boleh keluar ikut tol Simpang Pulai..tapi 62KM dari tol Tapah..so kami keluar ikut Tol Tapah..perjalanan agak memeningkan bagi orang yang kurang tahan jalan cam ular ni..huhu..daku pening dan atirah jugak tak bape nak ok..huhu..yang maintain kool encik hubby je la..jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron highland lebih kurang 210KM...lebih kurang 3 jam perjalanan.


kami buat tempahan bilik sebulan sebelum tarikh yang kami inginkan..kami pilih Hotel Country Lodge yang terletak di pekan Brinchang. kalau ikut dari Tapah, kita akan lalui Habu, Tanah Rata dan baru jumpa Brinchang. Pekan Brinchang ni, pekan paling tinggi di Cameron Highland dan pekan paling happening antara banyak2 pekan di sini..dan tempat-tempat menarik di Cameron Highland banyak terdapat di pekan Brinchang dan tak jauh dari sini

sampai je hotel, terus baring..lenguh badan memandu di jalan yang agak mencabar,,huhu
atirah pun penat tau..walaupun bukan driving,,walaupun 3 kali tido dan bangun 
masih tak sampai2 lagi :P


pengembaraan baru nak bermula..atirah tak nak pakai topi..taknak pakai headband,penat mama buatkan..dia tarik dan tak nak pakai..last2 bersih aje la kt kepala die tu


1. BOH  Tea Plantation

tempat pertama kami pergi adalah ladang teh BOH, Habu..mendaki sampai ke puncak bukit..ada cafe dan kilang proses teh atas tu...sebab dari Tapah, akan jumpa Habu sebelum Brinchang..kami nampak BOH garden punya signboard..so kami terjah kesitu dulu..jalannya sempit..muat untuk satu kereta sahaja. untuk lawatan menggunakan bas memang tak dapat la pergi Habu..so better pergi ke Sg Palas...

di puncak bukit ni, ada kilang proses teh.boleh msuk tapi akan diiringi oleh pemandu pelancong(khas untuk guide kita dalam kilang tu)..tapi masa kitorang sampai tourist guide tu ada hal..kena tunggu lagi 15 minit..oleh sebab kami malas nk lepak lama2..so cancelkan melawat kilang teh..kami minum teh dan makan lemon kek je..harga minuman dan kek2 kt atas bukit tu tak mahal pun..sama je ngn kt KL..hehe.


 bergambar kenangan di papan tanda BOH





teh "lychee rose" bersama lemon buttercake..kombinasi yang sangat molek..sedap..atirah pun suka kek ni :)


atirah gigit aje kerja die

3 of us at hilltop

atirah makan kek :)

mama dan atirah..peacev yoo


ladang teh boh.

kalau tak melawat ladang teh kira tak lengkap la percutian
di Cameron Highland kan :)

atirah pun nk tengok bb papa ke?

to be continued...
p/s:saya tak leh lama2 beronline kt rumah ni..atirah sekarang lebiih mintak entra take care..sekarang mood meniti di sofa tak henti2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;