Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kesayangan..Anak sulung kami : Nur Adriana Atirah Binti Syahnon

Lilypie Fourth Birthday tickers

Permata Hati kesayangan.. puteri ke dua, Nur Eryna Elisa Binti Syahnon

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Tuesday, April 29, 2014

Atirah 3rd Birthday: preparation 1: lokasi pilihan


assalam..

hari ni nak bercerita tentang birthday atirah..dulu masa 1st birthday Atirah, saya celebrate di rumah ngn nursery...meriah sebab rumah sempit,haha..makanan sume buat sendiri.penat sungguh..tapi memang agak kelam kabut sebab space rumah yang kecik bonar tu...

Atirah 1st Birthday Party _2012

2nd birthday tak buat majlis pun.. sebab nya time tu mama kena g time building..haha.harus la mama je punya idea dan kesungguhan nk buat majlis untuk Atirah.kalau idea tu keluar dari papa memang ajaib sungguh la.tak nk label kan semua lelaki sama, tapi selalunya majlis2 yang dianggap remeh ni memang idea dari perempuan.haha.orang laki senang just beli kek nyanyi2 dan makan je la.sudah cukup untuk meraikan hari jadi anak..malah hari jadi isteri pun mcm tu jugak style nye

cuma kadang kadang, si mama memang selalu over..nak buat majlis untuk anak.kononnya sebagai kenangan di masa hadapan.suka nak tengok anak gembira...suka tengok hadiah banyak banyak..even kos nak buat party lebih kot dari jumlah hadiah tu.haha.suka nk meraikan keluarga, saudara dan rakan..lebih kepada zakat untuk sanak saudara, rakan rakan terdekat...sekadar berkongsi rezeki..

nak buat majlis memang pening..nak pikir dekorasi, nak pikir kek, nak pikir makanan, nak pikir tetamu yang bakal datang, nak pikir goodies bag. dll...
nak plak bukan dari golongan kaya raya banyak duit, semuanya nak DIY..haha.sedar tak sedar jumlah DIY lagi banyak dari tempah kt event management,bezanya jumlah aliran keluar wang tak sekaligus.hahha

ok,

kali ni 3rd birthday atirah, memang saya nk buat.alasannya last year tak buat.next year belum tentu ada rezeki nak buat.so alang alang, saya setelkan jugak majlisnya

lokasi pilihan adalah Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.. nak tempah dewan pun berbayar uols..so buat kt taman, free..sebab bukan sy amek semua kawasan taman tu.sekangkang kera je..heheh..just nk pasang pasang belon, letak mkanan dan setel.haha,

konsep birthday kali ni breakfast di taman.so ala ala old skool sikit.semua tetamu makan atas tikar yang dihampar atas rumput je..haha(alasan tak nak sewa kerusi meja)
so semua makanan akan berdasarkan makanan sarapan pagi.kemungkinan besar majlis akan berlangsung bermula jam 9.30 pg hinggan 12.00tghari..

so ahad yang lepas, kebetulan minggu papa balik, so kami g melawat tapak lokasi.alhamdulillah cuaca baik..redup.dan dekat sangat dengan tempat mainan kanak kanak..ada bench..ada wakaf berteduh...kami datang time pagi..so sempat bawak makanan breakfast..

bawak roti, sardin, nutella dan kaya.sambil makan sambil bincang2..









Photo: Breakfast di taman pg td.servey kawasan.. #birthdayatirah3y #tamantasikperdana @syahnon  @hafajoe  #mamaatirah  #atirah3y









si suami bermuka seperti boleh ke buat..macam mana nk buat tu..muka tak konfident langsung..haha

alang alang datang, posing sekali...perut mama da besar dan sebenarnya mama naik berat badan banyak jugak.. now da 58.5kg da..besar sebenarnya,.nampak perut tak besar,,badan je yang naik beria..hahhaa.

barang2 goodies dan makanan ringan da banyak beli da.tinggal nk repack dan stickerkan aje..

okes. enjoy pics sikit sebelum kita proceed next preparation

1 comment:

Ibu Najla said...

atirah dah besarnye...hihi. sedap tgk badan dia. najla kurus jer :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;