Wednesday, August 1, 2012

susukan dengan betul agar keseimbangan terpelihara :)

as-salam..

tajuk panjang kan..haha..

( ini semua adalah dari pengalaman sendiri-tiada mencedok dari mana-mana rujukan.untuk lebih lanjut sila tanya pada yg lebih pakar ye )

ini berkenaan dengan teknik penyusuan susu ibu kepada bayi. dalam alquran menyuruh kita susukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun..tapi Islam tak pernah membebankan penganutnya..buatla sehabis baik..jika diluar kudrat, minta la pertolongan dari yang boleh membantu.

dulu masa berpantang, 
mak: jangan kasi sebelah je susu..selang seli..nanti takot tak sama besar
pzah: atirah ni nak sebelah kanan je
mak: bagi jugak..rasa dia sama je..cuma mungkin atirah tak selesa..nanti dok bagi sebelah ja nanti  tak sama pulak saiznya
pzah: baiklah

selepas berpantang pun sama..cik B sebelah kanan diberikan lebih..dan atirah pula mahukan keselesaan itu menyebabkan cikB sebelah kiri kurang berkhidmat.namun, mama still usaha seimbangkan balik..

pernah dulu masa nak balik kampung beraya, dalam perjalanan pulang ke Kedah, all the way atirah tak nak langsung sebelah kiri..uwaaa..sampai bengkak uols..dia nk kanan je..huhuhu..sakit giler time tu.nasib ada pam..so saya pam jugak..dengan kelam kabut dalam kereta tu, time tu la susu masuk dalam  tube Swing tu.uwaaaa..itu la permulaan Medela Swing saya dicemari susu ibu dalam tiub..stress!

selalu terjadi kejadian "hanya mahu sebelah" ni  adalah:-
  •  keselesaan semasa menyusu : 
dulu masa berpantang, saya tak pandai nak kasi susu secara berbaring..saya akan angkat atirah dan susukan secara duduk.untuk memastikan tidak lenguh, saya akan sandarkan bantal di dinding supaya lebih selesa..tapi sebenarnya cara ni tidak menyenangkan bayi.malah si ibu turut berasa letih..ye la kan..bayi di awal kelahiran akan kerap bangun malam dan menyusu..selalu akan stresskan si ibu..

bila atirah da masuk 3 bulan , baru saya selesa menyusukan secara berbaring-mengiring. ini sebenarnya postur badan yang selesa untuk ibu dan bayi semasa menyusu.
  • keadaan nipple tenggelam
keadaan nipple jugak memainkan peranan.saya takde masalah bab ni..bagi yang bermasalah bab ni, cuba bertanya pada yang lebih pakar ye.setahu saya nipple yg pendek atau tenggelam menyusahkan bayi mnyusu..oleh itu bayi selalu cranky bila dia tidak puas mnyusu..
  • aliran susu yang terlalu laju/tersekat
aliran susu terlalu laju menyebabkan bayi cepat tersedak..selalu terjadi bila cik B sudah bengkak..aliran susu jadi laju.bila laju anak tak dapat nk minum secara selesa. dan selalu terjadi, kita akan tukar kepada cik B yang tak bengkak..oleh itu lama kelamaan cik B yang bengkak akan mengalami penyusutan hasil susu


buat bakal ibu, teknik penyusuan memang penting!jangan amek ringan..kalau tak diberi secara seimbang cik B anda akan berlari kseimbangan jugak..think it seriously ok!bila tak seimbang jangan harap nak berkebaya sangat ye..nampak pelik ok!
cik B yang jarang disusui oleh bayi akan bengkak, dan lama kelamaan susu akan berkurang.dan saiz cik B akan mengecil dari sebelahnya yang sering disusui bayi.

mengepam dan direct feeding kesannya adalah berbeza,,baby sucking akan memberi tekanan yang lebih berbanding pumping by machine..

kadang-kadang kita tuan punya tubuh tak perasan pun tentang saiz cik B yang berbeza..sampai la satu masa akan ditegur oleh pasangan..ye la..orang lain mana boleh tengok selain pasangan kita yg sah itu..so jangan sampai dikomplen ye..hahaha..ditegur pun malu inikan dikomplen..memang la kita buat benda baik..tapi jika boleh diusahakan agar seimbang, belajar la :)

untuk yang sudah tidak seimbang, (terjadi juge pada diri sendiri) jangan putus asa untuk kembalikan..even tak 100% seimbang, biarlah percent itu meningkat.,mak saya cakap boleh nk seimbangkan balik bila ada anak kedua/ketiga atau seterusnya..kasi yang kecil lebih dari yang besar.

oleh itu, marilah belajar keseimbangan :)

p/s: panggilan terakhir ni! SERVICE KERETA PERODUA ANDA SECARA PERCUMA!..cepat..nanti balik kampung senang hati :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;