Wednesday, August 15, 2012

update_1: list to do raya

as-salam

hari ni sudah hari rabu..masih lagi banyak yang pending.tapi ada jugaj yang sudah dalam progres..mari kita tengok tahap perkembangan yang berjaya dilakukan:-

 update dinyatakan dalam tulisan berwarna merah bold!
  1. beg crochet raya- 60% siap - masih tiada progress
  2. beg crochet untuk atirah-0%- 60% siap..tp terpikir mahu buat satu lagi
  3. kuih raya-0%- sudah 40% siap..sudah buat kuih cornflake madu.almond london dan snow almond
  4. aksesori untuk raya-50% siap- tiada progress
  5. kopiah anak buah-80% siap-95% siap..tinggal untuk irsyad je
  6. headband dan aksesori sofiya dan nabila- 50% siap- 100% siap
  7. doily utk 2 meja- 0% - memang tak sempat buat..tukar dengan coaster..utk coaster baru 25% siap
  8. manik baju raya-0%- masih belum sentuh
  9. kemas rumah -0%- 30% sudah kemas rak crochet..makanya macam kemas sikit sudut kreatif ku :)
  10. beli kasut raya atirah, mama dan suami-0%- masih belum beli.bajet nak pergi hari ni.semoga berjaya
  11. baju raya atirah-100% siap
  12. baju raya tambahan untuk papa dan mama- 30% siap- belum tambah apa2
  13. tukar duit raya-0%-100% done..sudah tukar dan sudah siap masuk dalam sampul
  14. kemas beg balik kampung-0%- langsung belum kemas.
  15. kotak tisu utk kereta-0%- macam tak sempat je nak buat...lepas raya je la!
  16. pengikat langsir crochet-0%-macam tak sempat je nak buat...lepas raya je la!
banyak belum siap kan..sedih betul la..ahhaha..petang ni ingat nak pergi beli kasut raya dan sedikit baju.motif ingin ajak si suami berbuka di Kenny Rogers.tengok petang nanti macam mana..plan malam ni nak buat kuih tart nenas dan cornflake rangup..erm..tengok la kudrat sampai macam mana..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;