Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, June 11, 2012

Ikan bakar Sabak Awor, Muar

as-salam

hujung minggu kali ni kami sekeluarga balik Palong, Negeri Sembilan..alasan terbesar adalah untuk beli TV baru untuk rumah di Palong..TV baru kali ni dibeli hasil perkongsian bersama Mamat, dan Usen. tp abah, angah dan oteh ada top up dapatkan TV baru bersama warranty 5 years. -hasilnya 43" plasma TV brand Samsung.

malamnya my FIL ramai2 pergi ke Merlimau, Melaka..rumah Andak..abang kepada my hubby. 3 biji kereta dari Palong..bertolak jam 5.30petang..dari Merlimau kami ke Sabak Awor, Muar..ini cadangan dari Andak..katanya if pergi Umbai yg Fames tu mahal sgt..so tempat baru yang dia nak belanja ni jauh lg murah dan sedap..

perjalanan agak jauh sebenarnya..rasanya 45 minit atau lebih.

sampai je daerah Muar ni, terus ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor..penuh kereta..memang ramai betul pelanggan..boleh dikatakan semua meja penuh..masa kami sampai tu pukl 9 malam rasanya..

kami seramai 17 orang,beralih meja rasanya 4 kali kot..mula2 da ok, tp tak cukup lg 2 kerusi, then pindah ke tempat lain..bila da duduk je, akak tu mintak tukar,,dia cakap nk hujan..nanti basah kena tempias..so pindah lagi..time tu angin kuat betul..yup tepi persisir muara rasanya..memang kuat..saya takot..sampai MIL cakap muka da nak nangis time tu..

saya tak berani duduk..sampai hubby da naik pening tengok sy yg over ketakutan tu..takut sgt if bumbung melayang..huhuh..sampai dia kena tenangkan macam2 cara..tak kemana la dia..dok je kt sebelah..hehe..kelakar!..tp sy sungguh2 takut..rs nak balik time tu juga..bila angin da tak kuat baru ok..

makan terasa sedap sebab da lapar..angin pun sejuk...atirah cam biasa..berselera aje die..gambar tak byk sgt amek sebb kamera tak bawak dan HP sy dan suami habis bateri..guna HP mamat je..

memang tak mahal pun..makan 17 orang total rm300++..amount byk..dan sedap sangat..(Andak yg belanja..lg la suka kan :))
 antara menu;- ikan pari bakar, ikan cencaru bakar,udang paprik, sotong goreng tepung, kerang bakar,kupang masak sambal,kailan ikan masin, siakap 3 rasa,jus tembikai dan dll.serba 3 hidang :)

enak-enak

adik, kakak dan abg ipar..ramai kan..ini sebahagian je..ramai lg yang tak balik kg :)

sebahagian makanan

ini la ibu dan bapa mertua ku yg super sporting

banyak atirah makan malam tu..segala ikan dan udang die makan

tengok atirah tu...tak sabar nak makan

ini antara tmpt makannya..ini gambar dari google


 malam nye kami sampai rumah Andak di Merlimau tu jam hampir 12tengah malam..punya la lama makan..sampai je masing2 da penat..tapi orang lelaki masih nk tengok bola..pukul 3 pagi semua orang da bangun..sebab kami nk ke pasar borong ikan..

ingatkan dekat aje..rupanya jauh la..hhuhu..kami ke PASAR BORONG MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH..jauh..saya tak turun pun..pangku atirah yg sedang nyeyak tdo..tak lama pun dorang pilih ikan..tak sampai sejam..lepas selesai, kami terus balik Palong..sampai je da azan Subuh..then tak lama je lepas tu memang sambung tdo le..ZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;