Thursday, June 7, 2012

Berjaya Hills( Bukit tinggi, Bentong, Pahang)-part 1:Japanese Village

as-salam

ini entry agak basi..

2 minggu lepas, pada 26 May 2012 kami sekeluarga termasuk adik-adik ipar, Mamat dan Hussen ikut serta ke Bukit Tinggi, Bentong,Pahang..plan asal mahu ke Sunway Lagoon..tapi belum gaji lagi..hihi..entry untuk Sunway Lagoon rm 75 per head untuk dewasa. so makanya kami berjalan jalan ke Bukit Tinggi  yang kurang kos nya..kiki..

perjalanan bermula jam 11.20 pagi rasanya :)

untuk ke Bukit Tinggi, dari Cheras,kami ikut jalan Bulatan Pahang..ikut signboard ke Gombak dan dari situ  ikut  arah Kuantan. untuk ke Bukit Tinggi ada tol di Plaza Tol Gombak sebanyak  RM5. lepas tol ikut arah ke Kuantan.

nanti korang boleh tengok pekan Bentong..macam perkampungan desa..cantik dan nyaman..if dari KL be alert dengan signboard Berjaya Hills..jangan jadi macam kitorang..sebab cari susur keluar Bukit Tinggi tak jumpa2..so terus lagi..sepatutnya keluar ke susur Berjaya Hills..signbooard warna coklat.

sekiranya korang dah terlajak macam kitorang, hanya ada satu  jalan keluar..iaitu di plaza tol Bentong jauh jugak tau nak sampai ke plaza tol Bentong ni,,rasanya dalam 10-15 minit (bawak kereta 100Km/j). kena bayar tol lagi..tapi lepas bayar, rapat ke kanan dan perlahankan kenderaaan..sebab ada laluan ke sebelah..so korang u turn kat laluan sempit tu..if terlajak lagi better balik je la rumah balik..hihih..

sebenarnya ada jugak laluan sempit untuk u-turn sebelum sampai plaza tol Bentong tu..tp korang kena perlahankan kenderaan sebelum sampai tol dan himpit ke kanan..kami tak perasan ada laluan tu T_T..so bayar je la tol 2 kali..huhu..

if dari pahang, akan nampak jelas papan arah ke BUKIT TINGGI (BERJAYA HILLS)..papan tanda dari Pahang jauh lebih membantu dari laluan dari KL.

okes, sudah sampai ke Bukit Tinggi..perlu bayar rm12 untuk orang dewasa dan rm7 untuk kanak kanak..tapi untuk yang mahu bermalam di Bukit tinggi, korang boleh refund di kaunter hotel ya..lepas je guard yg kena bayar tu, ada dua simpang..

simpang ke kanan adalah Colmar Tropical..di mana bangunan yang cantik2 tersergam indah di sana..
simpang ke kiri adalah ke Japanese Village..

kami ke Japanese Village dahulu.

perjalanan ke Japanese Village agak mencabar..selekoh yang tajam dan sempit..ingatkan dekat aje..tp leh tahan juga la jauhnya..rasanya 15 minit jugak mendaki dengan kereta,,if naik Colmar dulu better naik shuttle bas yang disediakan..

bila da sampai parking kereta,kami brunch dulu,saya bawak nasi lemak rendang daging, nugget, kentang, dan air untuk kami sekeluarga makan..macam berkelah pulak..hehe..save money hokey!amek tenaga sebelum  kena mendaki lagi..tapi dengan cara berjalan aje..kereta tak boleh naik..cerun betul bukit yang perlu didaki..kami bawak atirah dengan stroller..bekerja keras la adik2 iparku..hehe..abg dorang berkuasa, so makanya adik2 perlu la buat kerja lebih,,hehe..

sangat mencabar if bawah stroller..tak bawak stroller pun mencabar jugak...huhu..elok la bawak!

selepas memanjat bukit yang curam..dah berpeluh2 dah...muka atirah lepas bangun tdo

permandangan yang cantik  di atas bukit

ini la rupa hero hero...oteh, usen dan mamat..si kecil tu heroin ye


scenary sgt cantik kt sini..tp kamera biasa biasa aje

jgn pandang belakang!..utk orang yg gayat cm saya tak sesuai

selamat datang ke rumah teh jepun pertama di dalam hutan tropika

papa dan pak mat

mama dan atirah

time ni papa dukung atirah..sebab jalan tak rata..

seb baik ada usen dan mamat..tolong angkut stroller atirah

ini pintu gerbang sebelum lagi jauh perlu mendaki

macam masuk hutan yg dicantikkan aje..hehe..

ada air terjun buatan..utk gaya jepun gitu..stop jap ambik nafas

ini japanese tea house..
untuk sewa kimono kena bayar rm20. boleh la masuk dalam rumah ni dan minum japanese tea..tp amoi yang jaga rumah ni bukan japanese pun..orang cina je..bukan amoi la..rasanya auntie da..hihi..if tak bayar tak leh masuk tau..setakat duduk depan pintu je..

papa dan atirah

ini pulak Tatami Spa..sangat mahal..paling murah foot spa pun rm400++



2 gambar kt atas ni adalah jalan keluar..landai je..sesuai untuk bawak stroller..leh tahan jauh jugak.rasanya 10 minit berjalan..ada kawasan yang bercerun jugak..rasa macam jalan kt kampung..itu je..nothing interesting.






ini laluan nak ke Botanical Garden. kena turun tangga pulak

adik adik iparku jadi mat bunga kejap..

ini ada restoran jepun..kami tak masuk pun..hehe..mahal

papa yg letakkan cm ni..hukhuk..
penat berjalan2 kami singgah beli aiskrim..boleh dikatakan semua yang naik ke japanese village ni akan makan aiskrim..sebab nya itu je yg jual..adalah air coke,mineral jugak..tp mostly ramai beli aiskrim..plak tu yang murah sekali RM2 untuk paddlepop dan solero,,cornetto rm4, coke rm4 kot..mineral rm3..ini je yg ada,,so mostly pengunjung akan pulang sambil makan aiskrim..sy tak nampak yg tak makan aiskrim hari tu!..

next entry kita cerita pasal Colmar Tropicale ye


makan aiskrim setelah penat berjalan



p/s: suka tak tudung 3 layers chiffon yang hot seperti Fareeda tu???kalau tak pernah try,cuba la try satu.sure berkenan..stok baru tudung 3 layers chiffon da update. meh tengok stok kt sini :)..cantik cantik 


5 comments:

dialicious said...

chembam nye athirah tu!comellll!lama x g tmpt ni..best kan

Fiszah_pjo said...

hehe..tembam atirah..tambah2 muka booolat..sebab tu lg nampak tembam..hhihi..tmpt ni ok la jugak..hehe..nice viewing:)

keluk beri hitam said...

hi, tumpang tanye, mane entri pasal colmar tropicale? hihi

Unknown said...

keluk beri hitam:hehe.nanti saya update ye. da lupa sebenarnya.jap lg saya pblish tau..

Anonymous said...

Thanks info pasal susur keluar tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;