bertemu lagi dalam ruangan renungan dan pedoman...dah baca entry pengenalan dan soalan 1?
if belum korang klik kt sidebar ye.
SOALAN KE 2;-
soalan nabi yang ke (2);
" hai iblis! betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?"
maka sembahnya;
" Ya nabi Allah! iaitu suatu kemajuan bagi perempuan perempuan yang mrenggangkan kedua pehanya kepada lelaki bukan suaminya dan setengahnya hingga mengeluarkan benih yang bersalah-salahan sifat dan hamba goda segala manusi supaya meniggalakn sembahyang dan supaya leka dengan makan dan minum dan berbuat derhaka, sesetengahnya hamba lalaikan dengan harta bendanya daripada emas, perak dan rumahnya serta kebun ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan di atas jalan yang haram'
" telah banyak lelaki dan perempuan terpesong imannya lalu hamba kerahkan segala bala tentera hamba dariapda jin,syaitan dan iblis menarik mereka itu kejalan derhaka, demikian juga m=pada masa bermain temasya yang bercampur lelaki perempuan, maka di situlah hamba lepaskan sebesar besr goda supaya hilang maruah mereka itu higga meminum arak lagi menraik kawannya dipaksa menyuruh minum maka apabila terminum arak itu, maka hilanglah akal dan fikirannya serta hilang malunya lalu hamba hulurkan tali cinta asyik jadi terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar maka datang dengki hasad hinga membawa pekerjaan zina"
"maka apabila telah jadi kasih antara keduanya, maka terpaksalah mereka mencari wang dengan jalan tipudaya dan mencuri dan apabila mereka teringat kesalahannya itu lalu hendak bertaubat atau hendak berbuat amal ibadat maka hamba galang supaya mereka itu bertangguh dan bertempoh pada segalapekerjaan kebajikan serta hamba goda bertambah-tambah keras supaya melazimkan maksiat itu dan mengambil isteri orang"" maka beberapa banyak umat-umat tuan hamba telah hamba sesatkan dengan jalan ini serta beberapa jin,syaitan dan iblis hamba suruhkan menghasut anggotanya hingga kedalam badannya. apabila kena hota hatinya, maka sentiasalah mereka itu riya' dan takabbur, hairan akan dirinya dan melengah-lengahkan amalnya dan sombong. apabila kena goda pada lidahnya maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela, mengumpat-umpat antara satu sama lain. demikian lah hamba menghasut mereka situ siang, malam ,pagi, petang"
~tamat untuk soalan ke2~
kita sambung next entry..selamat membaca dan beramal :)
No comments:
Post a Comment