Wednesday, April 4, 2012

berus gigi bayi

as-salam

rasa macam dah lama je tak buat entry..hari ni nak kongsi dengan korang berkenaan berus gigi untuk bayi..

bayi akan tumbuh gigi seawal 4 bulan..ini paling awal la..dan tempoh lambat bagi bayi tumbuh gigi adalah tidak terhad,ada bayi  mula tumbuh gigi seusia 10 bulan..ada yang setahun pun masih belum tumbuh gigi..

bagi bayi yang sudah tumbuh gigi, maka si ibu perlu memberi sedikit perhatian kepada kebersihan gigi bayi.ini kerana bayi yang menyusu dan yang sudah makan makanan pejal akan meninggalkan kotoran pada gigi mereka..sekiranya tidak diendahkan takut nanti warna gigi bayi akan bertukar kekuningan..malah lebih teruk akan terbentuk karies..

pada peringkat permulaan tumbuh gigi, para ibu disyorkan menggunakan kain basah untuk cuci gigi bayi..jangan terlalu kuat. takut nanti luka pulak gusi mereka yang lembut tu..

jika sudah agak kuat gigi tersebut, elokla guna berus gigi silikon tu..yang masukkan di jari ibu..untuk kes Atirah yang sudah ada gigi 2 batang seusia 6 bulan, saya mulanya hanya menggunakan kain basah untuk cuci gigi beliau..

sudah masuk 9 bulan, gigi Atirah masih lagi 2 batang di bawah..saya beli berus gigi silikon..macam gambar gambar di bawah..

pureen baby toothbrush

masukkan jari,letakkan ubat gigi dan gosok aje :)
 saya guna ubat gigi jenama Pureen jugak..letak ubat gigi di berus gigi dalam kuantiti yg sangat minima..Atirah suka giginya digosok..ye la kan..baby kan gatal aje gusi diorang tu..jangan letak ubat gigi banyak2..sebab bayi kan tak pandai nak buang..dorang akan suka telan..huhu..

okes, selamat mencuba!

gambar terdekat mama dan atirah!

hai uols..tengok gigi 2 batang atirah tu..gigi mama abaikan!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;