Monday, April 18, 2011

chilis crab with egg...:)

assalamualaikum..

iye2 je tajuk kan..omputih habes..ditranslate kan jadi ketam sambal bertelur..telur ayam daaaa..hari ni gatal sket nk masukkan entry masakan plak..time masak telur dadar tak nak plak ambil  gambar publish kt blog..hahah..(maafkan lah si penulis ye)

semalam shopping barang dapur dekat pasaraya Hero..so beli la stok lauk pauk dan sayur2..menu malam ni ialah Ketam sambal..takleh simpan dalam freezer lama2..dikhuatiri kemanisan ketam akan hilang :(..


resepi sambal ketam simple :)
bahan-bahan
  • 2 ekor ketam yang di belah dua
  • cili kering secukupnya ( saya buat stok banyak..(cili kering dimasak, then di blender, then di masak lagi) so bila nak masak amek je dalam peti..so tak tau bape biji cili kering)*
  • seulas bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 biji telur
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit air
  • garam dan gula
  • minyak utk menumis
  • saya letak daun limau purut-(ini je yg ada kt umah--tp bagus sebab sambal saya jadi wangi )

Cara-cara:
  1. Blend bhn yg bertanda *.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan blend tadi hingga cili masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa. Gaulkan.
  4. Masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. sesekali balik2kan yer.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.masukkan daun limau purut
  6. Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kocok2kan.
  7. Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas ketam. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap sahaja. dan tutup api.

3 comments:

Lina Rahim said...

baru tau fakta yang ketam tak boleh simpan lama2 dalam freezer sbb takut hilang kemanisannya..

Hasnah said...

xsabar nak habis exam lepas tue bru boleh memasak semula hehe =D

Fiszah_pjo said...

lina: bukan fakta yang..petua orang tua2..heheh

asna: goodluck..jawab exam elok2..nanti baru leh berperang di dapur,msk byk2..pggil kitorang datang habiskan..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;