Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, April 15, 2011

tip untuk merawat tumit merekah/kematu.

assalamualaikum..

harini saya nak kongsi dengan korang semua pasal tumit kaki..tak perlu tengok pada orang lain, saya referkan kepada tumit saya sendiri..tumit tak la merekah..tapi rasa kesat je..cam tak best je..so selepas googl tengok petua, mari kita lihat.

Punca punca tumit kematu/keras/merekah:-
  • berdiri terlalu lama di permukaan yang kasar
  • berat badan yang berlebihan
  • mengabaikan kebersihan kaki
  • aktiviti lasak
  • memakai kasut yang terlalu ketat
Cara merawat tumit yang bermasalah ini:-

*Merendamkan kaki dalam air suam selama 10 - 15 minit. Selepas itu , gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan.Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci.


* Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.

* Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.

* Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.

* Boleh juga menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya menanpakkan hasilnya.

 
so untuk hari ni saya nk mulakan dengan petua  seperti dibawah:-
ini petua dari Mak Dara
 
  1. masak air panas atau masak air agak-agak suam kuku. Abil air suam kuku tu masukkan kedalam besen sepenuh agak-agak lepas paras buku lali kaki. Campurkan segengam atau dua gengam garam. Ambil saja garam kat dapur tu. Kacau biar rata dan rendam kaki ke dalam besen yang berisi air bercampur garam tu selama 20 minit.. Semasa merendam kaki tu gosok-gosoklah mana-mana bahagian kakui yang kita nampak kurang menyenangkan hati.
  2.  Untuk menghilangkan rekahan tumit kaki ambil asam jawa campur air sedikit dan gosok keseluruhan tumit kaki. Lakukan seminggu sekali kalau tak berkesempatan. Kalau lagi kerap lagi baik, tumit akan menjadi merah.
  3. Jika rajin ambil sireh tumbuk lumat-lumat kemudian sapukan pada tumit kaki. lakukan seminggu sekali. Bertujuan melembutkan dan memerahkan semula tumit kaki. ( tak de pulak sireh kt rumah. :( )

ehsan dari google..
p/s: kalu malas jugak, sediakan duit dan pergi je ke Spa..hulur kaki, dan diorang akan tolong sentalkan untuk korang...

3 comments:

Cery said...

nice tips..thans for sharng
salam eknal.. jemput ke blog tukar2 info ..ada give away dan ni tiips utk supermom http://www.mamafaiz.com/2011/04/tipspanduan-utk-isteri-bekerja-atau.html

fiszah_pjo said...

cery: welcome..thanks jugak sudi jenguk2 blog saya ye..nnti sy follow blog awak ye//selamat berkenalan

june mohd said...

terima kasih untuk info di atas...rekahan pada tumit adakalanya sangat merimaskan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;