hari ni saja nk share ngn kawan2 pasal kes kaki bengkak dan tangan yg bengkak di hujung kehamilan.
tadi ada jumpa doktor,:
sy: bangun tidor tadi, jari tangan saya sengal giler..rasa nk genggam tangan pun sakit.
doktor: aah, tangan kamu ni bengkak.
sy: kaki saya bengkak tak doktor?
doktor: bengkak sikit je..jgn risau..selalunya hujung kehamilan memang mcm ni..saya kasi kamu pil kalsium ye.. pil kalsium akan bantu kurangkan rasa kebas dan bagus untuk cure bengkak2 ni..
sy: tanda2 nak bersalin ape ye doktor? agak2 boleh tau tak lambat ke cepat saya nk beranak
doktor: 3 tanda paling besar nak beranak, 1- sakit berpanjangan, 2-ada keluar tanda darah, 3-pecah air ketuban..kalu sekarang nk tengok sama ada awak bersalin awal ke tak susah la..sebab anak sulung susah nk agak :)
ini la rupa pil kalsium yg doktor kasiMengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?Apa yang anda alami dikenali sebagai penyakit oedema. Ia adalah akibat cecair berlebihan yang terkumpul semasa kehamilan anda. Rahim anda yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena anda. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk. Malangnya, ianya adalah mudah untuk mengalami penyakit oedema. Ianya juga agak biasa. Namun begitu, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada tangan dan muka anda, panggil doktor anda: Ianya mungkin tanda pra-eklampsia, sejenis penyakit yang serius. |
okes..mari kita tengok cara-cara nak merawat bengkak utk wanita hamil ye:-
- Naikkan kaki anda bila boleh. Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda. Di rumah, cuba baring pada sebelah kiri anda bila berpeluang.
- Pakaikan seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi.
- Minumlah air yang banyak. Yang peliknya, apabila anda kekalkan hidratan ianya dapat membantu badan anda kurangkan penyimpanan air berlebihan.
- Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menunggang basikal bersenam.
- Makan makanan berkhasiat, dan jauhi sodium serta makanan yang bergaram seperti buah zaitun, ikan bilis dan kacang bergaram.
- Serta jangan bimbang. Walaupun rupa buku lali yang bengkak akan menambahkan lagi rasa cemerkap anda, penyakit oedema adalah sesuatu keadaan sementara yang akan hilang sejurus selepas anda bersalin
2 comments:
sama la ubat yg kite dapat selama nih. kalau tgn mcm bgn2 takleh genggam n sakit2 tu, my doc cakap bukan bengkak. sebab bila tgk, tgn mmg takde membesar pon. tapi org panggil, cts (carpal tunnel syndrome). mmg normal masa preggy, sbb ada nerve yg tertekan. like myself, doc bg neurobion utk tgn. obical lak utk elak cramp2. :)
semua simptom2 nak bersalin tu, ros belaja masa antenatal class aritu. sangat berguna :)
salam, pg td bangun tido, jari ibu kanan sy bengkak. tp sy belum kawin dan xhamil XD
kenapa yea
Post a Comment