Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Sunday, January 16, 2011

masalodeh ke vadei???

salam hujung minggu kawan2..

pagi ahad..rilex dan tenang..boleh bangun lambat..hahah..breakfast pun tak terkejar2..tapi si suami kerja.masuk pukul 12tghari..breakfast pukul 11 pagi..lambat sangat dah ker?hehe

okes, satu problem..vadei ke masalodeh..korang rasa itubenda yang sama ke berbeza?saya pon tak tau..google kt internet ada yg sama ada yg berlainan..tp saya senang sebut vadei lagi..kami laki bini suka makan vadei ni.so pagi ni torai buat sendiri.sebelum tido semalam da siap2 rendam kacang dhal dah..
ini resepi yang sama amek dari internet:-

resepi Vadei:-
500g kacang dhal( rendam lebeh 6 jam)
1 biji bawang besar (potong dadu)
daun kari (diricik halus)
cili kering (diricik halus)
sedikit garam
2 sudu tepung gandum
serbuk jintan manis (saya tak letak pun)

cara -caranya:-
  1. blend kacang dhal tanpa air. tak hancur sangat pun takpe
  2. campurkan semua bahan2 tu..uli sampai sebati..klu korang nk rasa, masa lom goreng ni, agak pahit..lepas goreng sedap je:). lepas tu buat la bulat leper2..hehe
  3. so goreng dalam minyak yang sederhana panas.
adunan vadei

untuk makan berdua saja,6 biji dah cukup :)
baki adunan simpan dalam peti..so bila nak makan goreng sajo :)

  
breakfast di pagi ahad.milo utk dia..susu untuk saya 

isi dalam vadei..bebola udang + kentang goreng ,penambah hidangan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;