Thursday, December 22, 2011

domino cheese burst+D24~panas

as-salam..

*mood sekarang terbatuk2 dan badan masih kepanasan..

petang semalam masa nak balik dari kerja,si suami yang datang amek sebab motor NBR dia ada di workshop untuk proses membaikpulih apa yang patut dibaikpulih. lagipun bengkel motor tu satu deret je dengan Teratak Manja..so sekali jalan je la..

dalam perjalanan ke Teratak Manja, si isteri ada request lagi.."abg,sedap kalau makan durian kan..makan dengan pulut..lagi sedap" " abg tolong belikan durian, pulut dan kelapa ye"
untuk tidak menghampakan si isteri, si suami hanya membalas " baiklah"..

perjalanan pulang ke rumah  secara berasingan sebab si suami menaiki motor yang sudah siap dibaiki..si isteri bersama anak kecil pulang ke rumah seperti selalu-selalu..

sampai je rumah, si suami cakap " abg beli d24..sebab tengok durian kampung macam tak bape elok je, merekah aje bawahnye..",tidak banyak songeh, si isteri terus kopek dan makan..entah berapa ulas sebelum surrender panas...si suami hanya telan beberapa ulas..sebab belum teringin katanya..

belum habis pun lagi cerita Tentang Dhia, ada iklan DOMINO cheese burst lagi..iklan yang sering menggamit tekak untuk merasa kelazatan cheese itu..maka si isteri terus menelefon 1-300-888-333 untuk buat tempahan..

40 minit berlalu, si penghantar domino pizza pun sampai bersama Aloha Chicken +cheese burst (regular) dan kupon extra sebab LEWAT..,maka pasangan suami isteri tersebut layak dapat FREE 1 regular pizza untuk next order kerana servis mereka lambat.

10 minit je masa diambil untuk habiskan 6 slice domino  pizza itu..ooooo..lapar benar kah????


 tengah malamnya si suami masakkan maggi kuah untuk santapan tengah malam..si isteri tetap makan walaupun dah kenyang dan akhirnya tidur dalam keadaan kepanasan..huhu..sampai ke pagi masih terasa kepanasan jugak..sebabnya si isteri bangun mengepam susu jam 4.30 pg (dek kerana telinga terasa bingit oleh deringan jam loceng si suami..) sempat lagi makan 2 ulas durian..T_T

p/s: si suami kunci jam untuk bangun tengok bola
p/s/s: watak si anak kecil tidak diulas...kerana hanya untuk kali ini biarlah cerita suami isteri pulak

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;