Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kesayangan..Anak sulung kami : Nur Adriana Atirah Binti Syahnon

Lilypie Fourth Birthday tickers

Permata Hati kesayangan.. puteri ke dua, Nur Eryna Elisa Binti Syahnon

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Thursday, November 24, 2011

atirah dan makanan pejal : penyediaan stok bubur-1

assalamualaikum..

semalam saya MC dek kerana selesema dan sakit kepala..then rasa tak sihat aje..huhu..pergi klinik mintak mc dan ubat..mintak jugak vitamin2..

doktor: awak baru bersalin ye
saya: sudah 6 bulan lepas doktor
doktor: awak menyusu badan lagi tak
saya:  aah doktor masih susu badan sepenuhnya
doktor: itu sebabla awak kurang bertenaga..kena ambik suplemen sikit
            lagipun awak kasi susu, kalsium disalurkan kepada anak.so awak kena amek lebih kalsium
saya: owh..ye ke
doktor: saya kasi awak pil kalsium ye..

balik je rumah rilex2 kejap..atirah tak pergi teratak manja..malas nk antar la..lgpun saya mc kan..buat ape hantar..baik main2 je ngn atirah kt rumah..sementara papa atirah ada kat rumah saya cepat2 masak dan setelkan stok utk atirah

saya sediakan puri lobak merah, puri kentang, ikan bilis dan puri brokoli..

kentang, brokoli,lobak merah dan ikan bilis


 cara cara penyediaan ikan bilis hansur
  • basuh ikan bilis hingga bersih
  • goreng ikan bilis dengan sedikit minyak hingga garing
  • bila sudah sejuk, kisar hancur ikan bilis,harus hancur tau,,

 cara penyediaan puri kentang
  • kupas kulit kentang, dan basuh bersih
  • potong kecil kecil utk memudahkan proses memasak
  • masak kentang dalam periuk sehingga empuk.jangan letak air banyak2..
  • bila sudah sejuk, kisar lumat kentang.(takperlu tambah air)
  • kentang ni makin lama kita putar, makin kenyal..

 cara penyediaan puri lobak merah
  • kupas kulit lobak merah dan basuh bersih
  • potong kecil2 lobak merah untuk memudahkan proses memasak
  • masak lobak merah sehingga empuk(jangan letak air banyak2)
  • bila sejuk, kisar lumat lobak merah (kisar tak perlu letak air)

cara penyediaan puri brokoli
  • basuh bersih brokoli 
  • potong kecil2 untuk memudahkan proses memasak
  • masak brokoli sehingga lembut,(jangan letak air banyak2)
  • bila sudah sejuk, kisar hingga lumat.(tak perlu letak air)

cara penyediaan bubur nasi
  • basuh beras hingga bersih
  • toskan air hingga kering
  • kisar hancur beras untuk memudahkan proses memasak
bila nak masak pagi2, saya ambil 2 sudu beras hancur, dan tambah air ..agak2 la ye..jangan banyak sangat,,kejap aje masak bubur nasi ni sebab beras da hancur..jangan tinggal lama2 nanti hangit pulak..

    ikan bilis hancur
    puri brokoli
    puri kentang
    puri lobak merah
    stok makanan pejal_1: siap untuk digunakan dlam tempoh semnggu..
penyimpanan stok  pulak..

beras hancur saya simpan dekat rak biasa..tak perlu simpan dalam peti ais. saya sediakan 2 bekas setiap satu puri. bekas yang pertama saya simpan dalam tempat beku untuk lebih lama..bekas yang kedua dalam peti sejuk bawah aje..untuk memudahkan proses memasak.

p/s: ini sahaja dahulu..bagaimana saya sediakan bubur nasi utk atirah, sambung next entry ye

4 comments:

ELLY said...

Salam...thanks atas resipi baby...
terus bersemangat nak mask untuk baby saya petang ni..

nice to read ur blog..!

fiszah_pjo said...

elly : wassalam..thanks ye sudi jengah blog ni..nanti share la resepi jugak ye :)

~YUN~ said...

thnx fiszah!yun siap bookmark ni..nk tengok recipe!hehehe

Anonymous said...

Saya nak tanya yang puri brokoli tu satu stok letak dalam peti ais biasa kan? esoknya pakai habis atau guna sedikit2..lpas tu nak guna camne? dimasak atau panaskan dgn air panas jer then blend dgn bubur? bukan apa sy ada dgr puri tidak boleh dimask semula. Tp sy tgk puri awak tak terlalu cair n nmpk ok jer bila dimasak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;