Tuesday, November 29, 2011

atirah dan makanan pejal : bubur nasi+ labu+ikan bilis

assalamualaikum...


semalam pergi HERO beli barang basah untuk bekalan atirah di nurseri..saya beli labu, sawi, dan ikan bilis..sempat jugak pergi belek2 puri HEINZ tu..amek idea nk mix kan sayur+ buah2 utk atirah ( tak payah pikir sangat..sudah confirm2 syarikat HEINZ tu dah buat kajian tentang puri untuk baby tu..harus la banyak kebaikkan nya..so saya hanya perlu tiru dan masakkan menggunakan bahan semulajadi)..hehe..so mudah la lepas ni nak mixkan makanan untuk si kecik tu..no addtional ingredient :)

okey, bekalan untuk atirah hari ni adalah bubur nasi+ labu dan ikan bilis..

penyediaan bubur nasi+labu+ikan bilis
  • masak bubur nasi hingga masak
  • masukkan puri labu,dan ikan bilis hancur
  • masak sebentar..(tak perlu lama lama sebab puri2 itukan da masak)
  • biarkan sejuk dan kisar lagi..tak perlu tambah air utk kisar tau..klu tambah air nnti cair sangat,huhu
  • labu yang sudah empuk



bubur nasi+labu+ikan bilis
 rasanya???sedap..ehhe..manis dari labu dan masin dari ikan bilis..saya baca dalam majalah, labu adalah sangat baik utk otak bayi..:)..kalau nak kasi puri labu sahaja pun okey..

petang nanti maybe atirah makan puri labu sahaja..no bubur  no ikan bilis..manis labu sahaja..utk makanan petang :)..so next entry kita  buat puri labu pulak ye :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;