Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, December 29, 2010

anggar berat bayi anda :)

assalamualaikum kawan2..

tadi masa menggoogle pasal berat badan semasa hamil, saya ada jumpa blog yang menarik ni. so terasa nak kongsi dengan korang semua..detail nya korang refer balik blog ni ye..


peratus ini berkadaran dengan jumlah peningkatan berat badan ye..
bukan total berat badan ye :)

kenaikan berat badan yang ideal yang disyorkan oleh para pakar:-
  • Berat badan normal (BMI antara 20 sehingga 23):  11kg sehingga 16kg,
  • Berat badan tinggi / gemuk (BMI melebihi 23):       7kg sehingga 11kg,
  • Berat badan rendah /kurus (BMI kurang daripada 20): 12kg sehingga 18kg,
  • Sekiranya mengandungkan kembar: 15kg sehingga 20kg.
Secara kasarnya, pertambahan berat badan setiap bulan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama mengikut trimester:
  • Trimester Pertama (Bulan 1 - 3) 1 hingga 2 kg sebulan,
  • Trimester Kedua (Bulan 4 - 6) 0.5kg seminggu,
  • Trimester Ketiga (Bulan 7 - 9) kurang 1kg sebulan.

ikut gambar rajah di atas, kita boleh menganggarkan berat bayi yang dikandung..
okes, mari buat contoh atas berat badan saya

berat badan sebelum hamil = 49kg
tinggi =161cm
BMI= 18.9 (so kategorinya adalah kurang berat badan)
maka= penambahan berat badan yang disyorkan adalah 12-18kg iaitu minimum 61kg dan max 67kg.

mari kita kira anggaran berat bayi pulak..
berat badan saya semasa 20 minggu = 53.5kg
jumlah penambahan berat badan = (53.5-49) =4.5kg
berat bayi semasa 20 minggu = 27% daripada 4.5kg =1.215kg..

tapi kalu kira kasar camni memang tak logik kan? hahha..takkan la baru 20 minggu berat badan bayi adalah 1.215kg..sangat tak logik..heheh..dalam buku ke mana info kesihatan bagitau berat bayi dlam usia 20 minggu sekitar 340g sahaja..heheh..sebab berat ibu yang naik tu bukan kt bahagian perut je..satu badan naik..kat muka la, tangan la,semua la..so percent tu lebih kecik kalu tertumpu kt perut sahaja...

so mari kita  buat kira2 lagi..

berat bayi = 1.215kg- 0.34kg = 0.875kg..haha..ini pergi kemana????

haha..kelirukan?ini pengiraan kasar sahaja..hehe..nk betul dan tepat kena g scan ye kawan2..itu paling tepat..hahhaa...jaga makan minum ye..jangan naik mendadak sangat..nanti kena minum air gula..saya pun nk kontrol jugak ni..

3 comments:

fikaryna said...

matematik lemak..hik2..

Lina Rahim said...

maybe estimation je..takkan la baru 20 weeks da sekilo lebih..

fiszah_pjo said...

rina: haha...matematik kelakar je tu sy buat,.lgsung tak betol..hehe

lina: lgsung tak betol kan?takkan la 20 mggu da 1kg lebih..heheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;