Tuesday, October 30, 2012

aidiladha 1433H di Pasir Gudang,Johor



assalam

tahun  2012 turn beraya aidilfitri adalah sebelah isteri di Kuala Nerang,Kedah. oleh kerana sistem bergilir sudah menjadi tradisi turun temurun kami sekeluarga, maka sambutan hari raya aidiladha haruslah di sebelah suami. sepatutnya beraya di Palong, Neg 9. tapi keluarga mertua berpakat beramai-ramai untuk beraya di Pasit Gudang. rumah Uda, anak ke 3 dari 14 adik beradik dan merupakan abg sulung.

kami bergerak dari KL jam 7 malam.lambat siap sebab nak kemas rumah sebelum bertolak.oleh kerana jammed giler dan hujan yang sangat sangat lebat, perjalanan adalah sangat perlahan.sepatutnya 30 minit je jadi 2 jam lebih.kami singgah di Terminal One, Seremban sebab nak amek adik-adik ipar. Hasan, Husen dan Mamat sudah siap menunggu kami sampai.

perjalanan diteruskan ke Pasir gudang.perhentian pertama di RNR Ayer Keroh untuk makan.tapi kedai makan banyak tutup.ye la, esokkan nak raya..haruslah banyak tutup.lepas penuhkan perut yang kosong, kami teruskan perjalanan dan  kami berhenti rehat  lagi di RNR Pagoh.sebabnya suami sudah mengantuk dan pening-pening. so lepas dia tidor dan solat, kami terus ke pasir gudang,.kami sampai dalam jam 2.30 pg.sesi BBQ sudah lama tamat.

pagi nya makan macam biasa.oleh kerana takde sedara mara lain di pasir gudang ni, seharian kami stay kt rumah je.bakar otak-otak, udang, ayam..dan makan rendang.itu je la.hehe..atirah yang pendiam tu main je sensorang.main piano kejap..jalan jalan kat luar jap.tak banyak aktiviti kami buat.

petang nya dalam jam 6-7 ptg, kami  bertolak balik ke Batu Pahat.rumah pakngah..kami bermalam di sana.





















.




mari lihat gambar..entry selepas ini adalah mandi manda di Sagil, pusat peranginan di Gunung Ledang.seeejukk..nanti ye :)

1 comment:

rDnA said...

lain dah muka athirah..dah besar dah anak dara tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;