Thursday, June 24, 2010

penangan World Cup 2010

salam.

rasa cam da lama je tak update. no idea at all.

Football World Cup tengah hangat berlangsung sekarang. dah masuk stage persaingan ke separuh akhir. Di mana setiap 2 negara dari setiap kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan layak ke peringkat seterusnya..wah2..ak bukan arif sangat pasal bola ni..sekadar ambil tahu je..

tapi impak world cup memang dasyat la kan. satu dunia fokus dekat sebiji bola atas padang. yang berduit, sanggup ambil cuti dan terbang ke Afrika Selatan semata-mata nak ambik feel melihat secara dekat. ak pun rasa kalu ak ada duit yang ber"lebih-lebih" (yakni duit berkepuk2 yang tak tau nak buat apa dah)..ak pun laju je kot terbang ke Afrika tu.

buat setakat ni, setiap pukul 10 malam pas dinner segala, ak ngn en.suami memang lepak tengok bola depan TV. kenapa ramai sangat orang suka world Cup, Premier league, segala League yang dianjurkan di barat???
mudah sangat nak dapat jawapan nye kan. dari pandangan mata kecik ku ini, ak rasa game dorang best sebab:-
  • keadaan padang yang cantik dan stadium yang sangat memberi kepuasan untuk menonton..takde lecak bagai...
  • sila jangan bandingkan kt malaysia...
    sekiranya pasukan malaysia berjaya menempatkan diri dalam WC ni insyaallah Msia pon dapat stadium2 ini
    (ehsan cik google)
  • dari segi photoshoot..gempak aje ak rasa. gambar jelas dan angle yang diorang amek memang class
  • corak permainan.ini langsung tak dinafikan..rata- rata peminat bola akan akui kot.game dorang sangat best dan laju.masa tengok dorang main 90 minit tu rasa kejap je..melekat je mata tengok dorang main
so, jangan marah atau kucil hati kalu laki korang atau BF korang tak layan sebab tengah tengok bola. kadang2 sampai addicted. cuba korang pon join sekali tengok bola.serius bes tambah2 kalu korang kenal pemain2 tu. ak ngan laki ak takde la fanatik sangat tengok bola. fanatik ni ak kategorikan yang jenis sanggup berjaga atau bangun balik pkul 2-3 pagi untuk tengok bola..atau sanggup balik kerja awal sebab nak tengok bola je. kami berdua tengok bola sebelom kol 12mlm je..nasib baik ada LIVE kt ASTRO setiap pukul 10mlm...

so antara banyak2 negara tu, yang mana korang sokong? ak sokong Portugal dan England..hehe..sebab pemainnye la.itu je yang ak kenal pon. sebab ramai pemain 2 negara ni terlibat dalam premier league..atau lebih tepat diorang ni dari beberapa famous player dalam MU,Chelsea, Liverpool, Arsenal, Real Madrid dan etc. adik dan abang ak sangat la die hard fan bola..nak tak nak terlayan la jugak..mat pizi memang kipas susah mati MU..segala jersey dan buku bola dia akan beli..(kalau ada wet la)
abang ipar ak plak kipas susah mati LIVERPOOL...

pasukan England.. David Beckham pon ade..sebab injured kot die tak main..tp dia ada di tepi padang ber"kot" okes!!hensem bangat..
(ehsan cik google)


pasukan Portugal..i like ronaldo..
(ehsan cik google)


laki ak sokong negara SPAIN..sebab nya???same la cam ak juge..dia cakap banyak star dalam Sepanyol..

so far 2 negara yang ak sokong layak ke peringkat seterusnya.semalam England menang 1-0..Portugal kalu tak menang pon,seri je pon die akan layak..so tak perlu bimbang..

rewind back<<<<<<<

sebelum kisah bola sepak ni, kat malaysia heboh dengan kes isu keselamatan di Gaza. heboh pasal kapal malaysia kena tahan. semangat berkobar2 sukarela malaysia nak selesaikan isu Israel yang kejam tu...

sebelum kisah bola sepak, kat malaysia jugak kasi highlite kes Anwar Ibrahim..kesah dia ngn pembantu peribadinya itu yang bagi ak tak bape nak HOT tu..tak leh nak cakap lebey2..kang kena saman plak.

sebelum kisah bola sepak, kat malaysia pening kes gula tak cukup. kes seludup gula yang membuatkan stok gula untuk rakyat malaysia agak terjejas. satu Kg gula untuk satu family..erk..mana cukup kan?


setelah bola dunia datang?? senyap je isu2 ni..takde orang nak diskus lagi di FB ke, forum ke, di kedai mamak atau di gerai..topik perbualan masih satu..Sape akan menang???haha..sebab tu dalam berita sekarang ni , polis tengah nak banteras kes judi bola sepak..ak rasa tiap2 malam akan ada berita pasal tumpasnya sindiket judi bola sepak ni. tengok???stil sama kan isu nya...BOLA SEPAK.

ini  Piala Dunia yang dikejar!!

2 comments:

k|ree said...

hahaha...saya tak geng ngan hubby...kita sokong argentina because of diorang nye coach...haahah

Fiszah_pjo said...

waaaa. peminat maradona rupanya puan kiree ni..haha. tp argentina hebat kan..tak penah kalah lg..caya la..mr casio sokong mne

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;