Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kesayangan..Anak sulung kami : Nur Adriana Atirah Binti Syahnon

Lilypie Fourth Birthday tickers

Permata Hati kesayangan.. puteri ke dua, Nur Eryna Elisa Binti Syahnon

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Friday, March 15, 2013

kononnya sangat busy..hakikatnya mmg iye.,i busy

as-salam


semakin lama semakin sunyi blog ni.janji nk update tapi janji tinggal janji,masa selalu mencemburui. walaupun hari hari on laptop kt rumah..on laptop sebab nak setelkan tempahan sticker :).habis printing sticker, terus off dan tidor.nampak tak kepenatan yang dihidapi oleh penulis blog??

nampak tak logik di situ kan.wakakakaka... betul dear. balik kerja paling awal pun 6.30ptg. kerja di opis sentiasa ada. naik tren dan selalu sampai kt rumah rumah jam 7.30 mlm dan adakalanya lebih lambat.terima kasih buat suami yang tolong amekkan atirah,kadang kadang suami pun balik lambat dek kerana urusan opis beliau..so bayar je la kt nursery atirah kan..

balik rumah lepak tengok tv dulu.kekononnya berehat untuk lepaskan lelah penat berkeja.sambil menonton cerita Upin & Ipin yan telah direkodkan dan tengok Episod Sehangat Asmara yang telah direkodkan..solat maghrib dan berehat lagi..

jam 8.30mlm baru nak start memasak..huhu.lambat betul kan..kalau atirah sangat baik main main cepat la proses memasak. kalau tak behave,lewat lagi la hidangan makan malam..selalu 9 lebih baru makan malam..lambat kan.takpe.badan tak mo naik.hahahhaha.(berlagak disitu)hehe.. lepas da siap makan baru mandi mandi..alasannya kalau mandi dulu nanti asap masakan kene baju tidor.so tak enak dibau gitu,wakakak.itu semua poyo punye alasan.hehhehe...

tp bagus apa mandi lepas selesai masak, makan sume, baru fresh nk layan anak dan tidor,sambil sambil sapu losyen utk anak dan diri sendiri kan.

lepas layan anak, sambil sambil tengok tv, sambil2 buat printing sticker, tup tup kul 11.30 da masuk tidor..

crochet???tiada masa crochet dirumah ok..memang tak sempat..tapi saya masih bercrochet setiap hari..bila??waktu dalam tren pulang dari kerja...hehe..dari Masjid jamek ke bandar tun razak memakan masa lebih dari 15 minit. jika saya dapat tempat duduk konfem saya crochet.hehe.tunggu ya hasil crochet dalam tren...lama tau. lebih kurang 2-3 minggu baru siap.saya tengah buat sling beg untuk diri sndiri..hahah

okes, banyak entry yg tak sempat nk publish sebab gambar tak sem[at transfer.semoga entrynya belum basi..hahha

untuk yg nak order sticker boleh tengok blog sy k

http://fissticker.blogpsot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;