Assalam
ok,cerita tentang pengeluaran akaun KWSP untuk pembelian rumah..saya dan suami keluarkan semua akaun 2 masing masing..apa yang perlu bawak???
*dokumen S&P rumah yg disahkan oleh peguam
*Loan agreement yang lengkap bertanda tangan
*Sijil nikah / Kad kahwin/Surat beranak
(kes kitorg saya bawak salinan sijil nikah je..tak diterima.nasib baik kad nikah bawak.so diterima)
*Borang pengeluaran KWSP.boleh direct download dari web diorang
*akaun bank..tak perlu bawak penyata kalau korang ingat no akaun.
*salinan IC
Kami submit all dokumen hari Khamis...
officer Kwsp cakap untuk pengeluaran akaun ke 2 ambik masa 1-2 minggu bekerja..
kalau keluaran pencen selepas 55 thun ambil masa 3 hari bekerja je.
untuk kes kami, hari Rabu cek akaun ada duit masuk..yeeehaaaa..
so kiranya dari Khamis submit dokumen dan Rabu da masuk duit dalam akaun so dalam 3-4 hari proses je..efisien betul KWSP sekarang..
sekarang ni proses rumah kami tinggal duit disburse.ini kerja lawyer bank dan lawyer SNP..hopefully tak meleret lebih 3 bulan..kami tak nk bayar any penalti..so kena rajin follow up dengan lawyer pulak..
kami tak letak target bila nak pindah..harap semuanya berjalan lancar..
mana tau ada rezeki sambut Birthday ke 30 di rumah baru..
amin...
No comments:
Post a Comment