Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kesayangan..Anak sulung kami : Nur Adriana Atirah Binti Syahnon

Lilypie Fourth Birthday tickers

Permata Hati kesayangan.. puteri ke dua, Nur Eryna Elisa Binti Syahnon

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Sunday, September 1, 2013

raya aidilfitri 2013 versi Palong 6

as-salam..


[ini dah lama terperap dalam draft..buktinya 13 syawal ok~~!!]

raya sudah masuk hari yang ke 13 syawal..alhamdulillah diberi kesempatan menghirup udara di bumi ALlah ni..

raya korang macam mana tahun ni?seronok?sunyi? sedih?? atau kosong?? apa pun kita perlu bersyukur sebab sempat bertemu syawal..

raya kali ni alhamdulillah terisi seadanya..seronok dapat berkumpul bersama saudara mara.. dari jauh dan dekat berkumpul.seronok,.baju raya warna warni, bermacam gaya dan style..meriah rasanya..kami beraya di Palong, rumah mertua..seronok..berlainan negeri berlainan cara sambutan,, berlainan menu dan yang pasti berbeza pengalaman..

kami bertemakan biru pada hari raya pertama..adik beradik suami ramai..da cukup meriah rumah tu..belum keluar beraya lagi kutipan duit raya atirah da banyak..rezeki..pakcik makcik atirah kasi duit raya..pakcik atirah yg form 3 tu pun sediakan duit raya..untung :)

[gambar kurang clear..huuh]


[kami tema biru muda]

[atirah dan pakmat-uncle faveret atirah]


[kebetulan sama biru pulak mamat dan atirah]

dah tengahari sikit baru kami keluar beraya..g Jelai 4.umah Liya dan petangnya kami ke Rumah Ali..tak banyak sangat kami beraya hari raya pertama tu..penat..raya ke dua baru berjalan..pergi Tabung haji dan Keratong,Pahang. sedara sebelah Mak Mertua..

[petang petang main main dengan anak kambing,atuk palong ada kandang kambing, ayam dan itik]

raya ke 3 kami bersiap balik kuala Nerang pulak. sebelum balik kedah singgah jap KL nak amek barang dan tinggalkan baju utk dibasuh..lepas tu terus gerak ke Gopeng. Hantar adik ipar saya yang kembar tu ke Matrikulasi Gopeng. lagipun sehala je..alang2 singgah anta kejap..

kami balik ke Kuala nerang langsung tak jammed.tp trafik menghala ke KL jammed teruk.sebabnya ada kemalangan di laluan laju.langgar bontot je pon,,tapi jammed panjang,sebabnya jumlah kereta banyak di atas highway tu..

okes..cerita di Kuala Nerang kita sambung kemudian ye..ada banyak gambar di Kedah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;