assalam
[ini pun dah lama terperam dalam draft..raya nak abes baru nk up cerita T_T]
untuk tahun 2013, giliran beraya adalah dirumah mertua dahulu.kebetulan turn raya kami semua sama..abg sulung beraya di Terengganu, kakjat beraya d Sg Besar,Selangor, Kak ah beraya di Changlun,dan saya beraya di Palong6, Negeri sembilan. yang tinggal bersama ayah dan mak di kampung anak2 bujang je..hasmah dan Hafa. Mat pzi jodohnya orang kuala nerang jugak.so senang la dorang..
kami semua bertolak balik ke Kuala Nerang pada hari raya ke 3. so bermula hari raya ke 3 kami semua berkumpul kt rumah ayah..adat kunjung mengunjung ke rumah saudara mara setiap kali aidilfitri tak pernah gagal.makanya kami pergi melawat saudara mara secara konvoi.seronok...paling seronok adalah kanak2 la.dapat berjumpa dan bermain bersama..
malamnya main bunga api kejap..esoknya kami buat makan makan..rakan-rakan dan saudara ada yang datang rumah..petang hari raya ke empat tu kami jalan2 kt Perlis..oleh sebab petang baru keluar dari rumah, sampai ke destinasi Gua Kelam Perlis pun lambat.da tutup pun.kami bergambar di luar je..lepas tu terus g makan ikan bakar di Kuala Perlis..
takde pic berbaju raya berbaju melayu di kedah.hhuhuh..masing2 da pakai tshirt je,..
gambar ni sume untuk tontonan bersama je.takde suasana raya sangat da kan?
ini gambar raya ke 4 sahaja :)
No comments:
Post a Comment