Wednesday, May 29, 2013

resepi sambal sotong sumbat yummy!!!

as-salam,

{SCHEDULE ENTRY}

 hujung minggu yang lalu terasa rajin nak menyumbat sotong.kebetulan sotong yang kami beli kt Chowkit tu gebu dan besar.plus harganya murah compare ngn tempat lain.haha.seronok rasanya.kami beli sekilo je.cukup untuk kami berdua..haha.atirah tak suka sangat sotong.maybe liat bagi dia..

so hubby cakap buat sambal sotong je..selalu g kedai tengok sambal sotong orang gemuk2 je..jeles hookay!hubby cakap masukkan kepala sotong dalam perut sotong tu.so nanti gemuk la die..tapi terasa sedikit rajin tengah hari tu, maka terjadi la sotong sumbat telur.


mari tengok langkah-langkah menyumbat:-

st


bahan untuk telur sumbat
-telur
-bawang merah
-bawang putih
o
-garam
* korang boleh masukkan apa sahaja kesukaan korang.ada yang letak mix vege, carrot dan sesuka hati korang la..

saya tumis bawang merah dan bawang putih sampai harum.masukkan garam sedikit dan masukkan telur.saya guna 2 biji telur.dan korang kacau la ye.supaya berketul2. dan biar sejuk ye sebelum menyumbat.

sotong yang telah dibasuh bersih boleh ready untuk disumbat dengan telur.untuk kelihatan lebih cantik, buang kulit yang hitam keunguan tu.jadi putih bersih je nanti :).if tak nak buang pun takpe :)

-masukkan telur tadi ke dalam sotong.sumbat sampai gemuk k.then if ada lidi(pengcungkil gigi) bagus.boleh guna.saya guna spageti.susah nk kepilkan.guna la pisau untuk buat lubang before masukkan spageti.

sotong da ready, boleh la kita start buat sambal.

bahan bahan untuk sambal sotong:-
-cili kering(ikut suka kepedasan yang korang suka)
-bawang putih
-bawang merah
-air asam jawa
-garam

cara-cara masak sambal:-
1- tumis bawang hingga wangi
2-masukkan cili kering yang dikisar halus
3-masak cili sampai betul betul masak!ini penting.jangan sambil lewa ok.cili yang masak secukupnya akan membuatkan sambal anda enak sekali
4- bila cili da cukup masak(keluar minyak), masukkan gula dan garam secukupnya.dan masukkan air asam jawa.
4- masukkan hirisan bawang besar
5- bila sebati, masukkan sotong sumbat anda tadi.masak sampai sotong masak ye.tp jangan overcook.nanti LIAT!!!masak sotong memamg kena hati2..

sebab tu dalam Mastercef Selebreti dorang pentingkan masakan seafood terutamanya ketam dan sotong.haha..

okes. mari lihat gambar ye.selamat mencuba :)




3 comments:

SaraMijie said...

emmm..sdpnya sambal sotong....:)

Dilla Kim FHKD said...

sedapnya... tapikan sy masak sambal selalu tak jadi kaler merah gitu. apsal ek? hihu

Fiszah_pjo said...

erm...nape ye...sy pun x tau.hehe.if msk sotong,xnk itam kuah sambal tu buang kulit soyong tu..hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;