Thursday, April 12, 2018

CUTI SEKOLAH: jalan jalan PULAU PANGKOR

assalam,

entry agak basi sebab da lama cuti sekolah penggal pertama selesai..baru sempat nak update pasal percutian ringkas kami sekeluarga ke Pulau Pangkor..untuk bacaan di hari hari mendatang supaya kenangan sentiasa terpahat :)

cuti sekolah bermula kami terus pulang ke kampung halaman..bersama adik kakak yang balik kampung memeriahkan suasana..macam macam aktiviti kami buat, sambutan hari jadi Mariam dan Izzad, makan kenduri sepupu terdekat, Maisarah dan Syauqi...

Percutian di Pulau Pangkor hanya 2 hari 1 malam sahaja bermula 20.03.2018.

bertolak seawal 7 pagi dari Kuala Nerang,Kedah. kami sampai dalam jam 1petang di Jeti Lumut.

Parking bertingkat di Jeti Lumut dengan hargaRM0.60/HOUR.

Bagus parking kat sini, selamat dan kereta tak PANAS!


kami  terus mencari tiket di Jeti Lumut, akan ada beberapa orang ejen yang syorkan aktiviti pantai di Pulau Pangkor. terserah pada kalian untuk beli pakej tu dekat diorang atau boleh terus walkin di pantai Bogak atau Teluk NIPAH. paling happening di Teluk Nipah la.buat yang belum pernah pergi ke Pulau Pangkor ni, untuk makluman korang, Pulau Pangkor ni KECIK je..jalan 1 hari pun dah cukup sebenarnya ..hihi

oleh sebab tak pernah datang ke Pulau Pangkor ni, kami decide amek pakej je kt Jeti Lumut ni. Pakej Snorkeling di Teluk Nipah RM110 .Pakej ni termasuk BOT, alat snorkeling, kasut. kami berempat tak share pun bot dengan orang lain. 

Tiket Feri ke Pulau Pangkor RM14/person/Pergi Balik
untuk kanak kanak separuh harga

perjalanan rasanya 30-45 minit je..tak terlalu jauh pun. oh ya, kami dapat kontek no dari ejen di Jeti lumut tu untuk KERETA SEWA. kami decide amek kereta sewa supaya senang berjalan. ye la bawak anak kecik 7 tahun dan 4 tahun..untuk keselesaan kami sewa kereta.untuk yang pergi berdua tu,sewa moto dah bermadai..atau naik je TEKSI PINK//teksi PINK saya tak pasti rate nya berapa..kalau datang beramai-ramai sesuai la.. tokey kereta sewa tu cakap isi RM10 je..tp kami isi RM15 untuk minyak kereta.

Kami check in di Kejora Garden Resort di Pasir Bogak..Pasir Bogak dekat sangat ngn town Pulau Pangkor.bagi saya  penempatan strategik di Pulau Pangkor adalah Pasir Bogak. sebab nak ke Teluk nipah lebih kurang 5-10 minit je naik kereta..tak jauh pun. Pasir Bogak ada banyak hotel besar dan kemudahan kedai runcit nya bagus. tak Padat macam Teluk nipah, Resort dan hotel di Teluk nipah padat...

...lepas selesai check in kami terus ke Teluk Nipah untuk sesi snorkeling. sempat isi perut di warung warung tepi jalan kat situ.. pakej snorkeling ni termasuk island hoping la. tp tempat dilawati tu kecik je..tengok beberapa batu yang unik, seperti ada Kalimah ALLLAH, bentuk buaya, dan bermacam lagi, lepas tu terus g pulau kecik (PULAU GIAM) untuk sesi snorkeling  kat situ..jarak nya tak jauh pun dari teluk nipah..siap boleh nampak dari tempat snorkeling tu.. pakej snorkeling kt Pulau Pangkor SIMPLE...tak sama macam pakej dekat PULAU LANGKAWI atau pulau REDANG dan seangkatan dengan nya...tp just enjoy de VACATion..setiap tempat ada keunikan tersendiri..so pergi la Cuti Cuti Malaysia...

Foto Norhafiszah Bt Johari.
kakak atirah  7 tahun

Foto Norhafiszah Bt Johari.
set lengkat untuk snorkeling.ada kasut untuk precent dari luka terkena batu batu yg tajam tu

Foto Norhafiszah Bt Johari.
papa dan elisa just enjoy the wave!
Foto Norhafiszah Bt Johari.
tempat snorkeling di Pulau Giam

Foto Norhafiszah Bt Johari.
elisa tak berapa suka sesi snorkeling ni sebab dia tak suka air masin...selesai snorkeling ni kami balik dengan pakaian basah ni. malas nak tukar baju...hahha.sebab anak anak nak mandi Pool kt hotel tu.  bila baju separuh nak kering, kami terus naik kereta pusing pusing pulau pangkor...kereta sewa tu seatnya full leather.so takde masalah sangat la kot :)..kami tak singgah mana pun, just nak round pulau nak cari tempat tempat menarik untuk perjalanan seterusnya..


cuba korang tengok map ni.



kami pusing satu pulau tu naik kereta..serius tak rasa lama sebab kecik je pulau ni...cuma jalan nya agak sempit biasa la tu..tambahan  dekat Pangkor Hill tu..sempit dan cerunnya pun leh tahan scary.tp takde masalah sangat :)

hasil pusing pusing time tu, kami dah tau lokasi kilang  proses makanan laut, kilang satay, kedudukan  kota belanda dll.. oleh sebab ingkar cakap pemilik kereta sewa tu, dia suruh isi RM10, kami isi RM15, so banyak lagi minyak uols!!! pusing dua kali pun tak gerak gerak minyak nya..

balik hotel anak anak teruskan aktiviti dorang kt Pool  hotel plak..sampai penat,then kami rest je tunggu solat magrib di hotel tu..plannya malam nk g makan makan kt luar..lepas solat magrib kami k kawasan kota belanda lagi. terus ke hujung Pulau Pangkor..ada Masjid yang cantik kat situ. Terapung di lautan gitu.masa sampai situ, Azan Isyak da berkumandang, si suami terus join sekali solat kt situ, dan kami bertiga selfie sekeping dua gambar :)







kami makan kt Pasir Bogak je.. kt hotel kami hanya berjalan kaki je/;banyak je kedai makan. toksah risau K. abes makan kami bergambar di signature of Pulau Pangkor. sebelah hotel kami stay ni je :),jalan kaki juge!













keesokkan paginya, kami bersiap siap nak check out dah.   saja check out awal  sebab nk berjalan ke Kota Belanda pulak.selesai breakfast terus check out.

selfie dengan elisa sebelum check out



 sempat suami pusing pusing lagi Pulau Pangkor tu.. kami singgah lagi Teluk Nipah untuk bergambar.:) panas giler time amek gambar ni tau :)




kami singgah kilang satay dan kilang proses makanan laut kt Pulau Pangkor ni...




selesai shopping sikit ikan bilis Mata Biru tu, kami terus ke Kota Belanda.time ni dah hampir jam 11-12 tengahari.ya ampun panas giler..seb baik pakai topi besar ni./anak anak takde mood dah..


















kota belanda ni just amek amek gambar je...sama jugak  dengan batu bersurat..tak jauh pun dari kota belanda tu. nak jalan kaki pun boleh. tp kami naik kereta.tak kuasa mak  buyung nk bejalan lenggang kangkong tengah panas tu







settel jalan jalan pulau Pangkor ni, kami pun terus la balik.siap lunch di Pasir Bogak juge..setel serah kereta terus naik Feri balik ke Lumut...setel percutian ke Pulau Pangkor :)


time balik ke lumut ni suami cakap jom open air plak, seronok juge awal awalnya lepas tu rasa panas.hhaha.baik la stay kt dalam perut feri tu, ada aircond...hahhaha




selamat bercuti kawan kawan ke Pulau Pangkor:)..kecik atau simple mana pun kita kena enjoy our  vacation!!!!!
bersama orang tersayang semuanya Indah indah belaka :)

lepas ni nak beranak dah, ntah bila nak becuti lagi..kena amek kira lebih lagi sebab ada bayi kecik kan..kos pun makin naik....tp  suami cakap tunggu baby kurang kurang 1 year baru berjalan lagi :)



Tuesday, February 20, 2018

3rd pregnancy: 22 weeks

assalam

sekarang ni makin sunyi blog ni dengan cerita cerita peribadi..tak sama waktu 1st pregnancy dulu..haha..salah kan faktor umur..iya la kan, anak-anak makin besar, kekangan masa tu NORMAL..

alhamdulillah hari ni sudah 22 minggu usia kandungan ke 3.gap 4 tahun selepas kelahiran ke2 haritu, rasa mcm lama pulak..macam takde pengalaman pulak rasanya.hahha..sebelum ni makan ubat ubat yang klinik KKIA bagi takde masalah pun..tp 3rd pregnancy ni, makan iron tablet yang warna merah tu saya loya, dan pening...beberapa kali lepas makan ubat tu mesti muntah..azab rasanya...

sekarang ni perut membesar dengan jayanya, banyak seluar,baju dah tak muat..mana pergi ntah baju baju zaman mengandung dulu dulu.hahha.rasa sempit semuanya...faktor berat badan ibu naik banyak sebelum hamil/..iya la mengandung di usia 30-an...dulu zaman 20-an kurus je lagi..

beza sangat mengandung sebagai seorang pekerja swasta dan mengandung sebagai suri rumah sepenuh masa..tak tertekan dengan masa,haha.penat je tido..hahha.proses sticker dan bisnes sangat flexible..tp kami uruskan postage setiap pagi.so petang mmg relax la..awal pagi sampai tengahari mmg bisi, printing dan postage.dan memasak..ye la kan, suri rumah, kena la masak untuk anak anak makan :)

cerita pasal kandungan, paling mencabar 3rd pregnancy ni adalah HB rendah!!!!!
temujanji pertama = HB 12.4
temujanji kedua= HB11.3
temujanji ktiga= drop ke HB 10.2

uwaaaaaa..sebabnya tak makan pil yang nurse bagi tu, sebb missplace.so dalam tempoh sebulan tu tak makan pil apa apa...HB below 11 akan dipantau oleh nurse kerana  risiko ANEMIA adalah tinggi..

so, temujanji sudah berubah. elok elok sebulan sekali, kena serah diri kt klinik 2 minggu sekali pulak untuk cek HB. jenuh la praktiks segala petua petua..
antaran petua petua yang disajeskan :-

1- buah jambu batu
2-sayur hijau-bayam sawi
3- daging merah
4-buah delima

saya cuba jugak semua yang disyorkan..maybe cara pengambilan dan kuantiti tu sikit tak memberi kesan sangat

selepas 2  minggu,

Temujanji ke 4 : HB 10.3 (HB naik tapi sangat sedikit.time ni makan pil everyday )

kena repeat temujanji 2  minggu sekali selagi Hb tak naik diparas selamat

temujanji ke 5: HB 10.8 (dah naik banyak sikit tp still kena repeat 2 weeks time)


esok adalah temujanji ke 6.so nk makan bayam banyak banyak dan jus jambu batu lebih lebih..semoga HB naik ke 11 dan lebih...


last temujanji ke5 haritu doktor ada scan perut...dengan perasaan ingin tahu membuak buak, terus tanya doktor.boleh nampak jantina dah ke doctor..hanya try luck je sebab doctor scan 2D je..baru masuk 5 bulan je.

Doc cakap, boleh nampak kalau baby nak tunjuk.tp masih terlalu awal..nanti 7 bulan dia akan repeat scan lagi baru jelas nampak katanya...tp hari tu, baby baik, dia nak tunjuk jantinanya...sakit leher mama meneleng tengok skrin scan tu./doktor kata "eh, nampak ni, ini kaki, ini tangan, ini bontot dia,nampak ada sesuatu..mcm bird.." " macam lelaki" tapi saya tak konfemkan lagi, nanti repeat scan untuk lbih jlas ya..
" tapi ikut scan ni, dah nampak boy"...

punya la gembira iols!..tapi masih awal untuk tentukan betul ke tak..belum pun buat 4d scan.suami cakap tak perlu la buat 4d jika doktor dah boleh nampak dalam 2d scan tu...


ok la, nnti cerita lagi.. Elisa dah panggil panggil..sibuk nak tambah bubur sup ayam tu..kena dengan selera dia, dah  3 kali menambah.hahhaha


Foto Norhafiszah Bt Johari.
pic bersama Pn Siti Hasmah di Hosp Serdang..ni la bukti sakit leher sebab xcited sangat meneleng skrin 2d scan tu







Foto Norhafiszah Bt Johari.
masa ni genap 5 bulan baby dalam perut..tak nampak sangat..yang nampak mama dia kembang semangkuk je,,hahha





Sunday, December 31, 2017

sticker buku murah :)

assalam semua,

dah jadi kebiasaan bila sampai hujung tahun  mesti ibu bapa buat persediaan untuk anak anak masuk sekolah..lagi lagi untuk anak yang nak masuk darjah 1 kan..kebanyakkan dari atas rambut hingga hujung kaki, persedian rapi dibuat untuk anak kesayangan..

buku sekolah adalah benda wajib sekali la..ye la, nak belajar kan..kena la ada buku...untuk anak anak yang belum pandai menulis atau tulisan masih lagi kategori " AWAL", selalu mak atau ayah yang kena tulis nama anak pada stiap buku... nama anak dah la panjang, lpas tu banyak pulak buku nya...mau lenguh tangan tangan...hehhe

alternatif nya, ramai buat COP  je.sekali buat boleh pakai bertahun :)

selain dari COP, Sticker buku adalah OPTION terbaik..selain seragam, KEMAS dan CANTIK, mudah sangat cara gunanya. just TAMPAL je pada buku sekolah tu.anak kecik pun xcited buat,dorang je boleh tampal sendiri..ya la xcited kan nak masuk sekolah baru..


kami ada jual sticker buku sekolah...warna PUTIH dan PANJANGNYA  8 cm x 1 cm
jom tengok contoh contohnya ya















SIAP: 1-2 hari berkerja
HARGA: RM10/50pcs
POS XPRES rm5 @POS LAJU RM8


JOM PILIH JENIS TULISAN

 macam mana nak order ni???

wassap team kami dan pilih FONT dan bagi nama anak anak anda ya :)

just klik je link ni, terus masuk ke wasssap  FISSTICKER








Thursday, November 23, 2017

Lekat STICKER je kt buku sekolah anak, senang!

assalam

Dah makin nak hujung tàhun,ramai ibu bapa dah buat persediaan untuk sesi sekolah tahun depan..bagus buat awal awal supaya tak kelam kabut...selalu mak mak la penat menulis nama anak satu-satu.tambah tambah yang masih di awal persekolahan..dengan nama anak panjang,dan banyak buku buku perlu tulis, cara senang, tampal je dengan sticker...

Buku sekolah jadi SERAGAM, KEMAS, dan paling penting MURAH. jimat poket ayah :)








sticker nama untuk buku sekolah
SIZE: 8cm x 1cm
HARGA:
50pcs =Rm10
100pcs= rm18

**Tidak termasuk postage**

KOS POSTAGE:
poslaju semenanjung= rm8
pos laju sabah sarawak= rm12
POS EXPRESS= RM5


Mcm mana nak order?
Whatsapp team kami ya
013 6323715
019 6000262





Pilihan tulisan diberi.jika nak font lain sila inform kami..
#fontbukusekolahbyfissticker








**Berapa lama siap?**
1 ke 2 hari bekerja...


 
If nak selfcollect boleh sama hari.
LOKASI kami di taman koperasi cuepacs,43000 kajang..
after received payment baru boleh collect 

 CEPAT, MUDAH, CANTIK , MURAH DAN SERAGAM :)

Thursday, October 26, 2017

sticker Shaklee Murah murah

assalam,

ramai agen Shaklee yang PM sis untuk sticker murah  untuk dilekatkan pada Shaker diorang,
so sis memang cadangkan sticker transparent kami size 9cm x 5cm. paling murah cetakan HITAM sahaja.. 

harganya RM33 untuk 100pcs. minimum order 100pcs ya..korang boleh nak tambah info info lain seperti emel, wassap no dan lain lain.depend pada kehendak pelanggan.. buat masa sekarang kita hanya ada warna HITAM, putih, gold dan merah. setiap cetakan harga nya berbeza ya..

utk sticker Shaklee ni kita boleh proses cepat.order harini Esok leh pos..yang berdekatan boleh selfcollect within same day.

lokasi kami di Taman Koperasi Cuepacs, KAJANG ya...bukan kt suntex Cheras tu...LANDMARK MRT bukit dukung

so far sejak beroperasi dari 2011, harga sticker kami untuk shaker SHAKLEE ni, ada perubahan sekali je dari RM30 ke RM33 untuk 100pcs...
since 2013  kami maintain harga sticker RM33/100pcs sampai sekarang 2017..
yang masih bertanya, kami tetap dengan harga kami RM33/100pcs. tiada peningkatan harga sticker ya...


nk cepat  klik je link wassap ni  ya..akan terus masuk wassap saya..



jom layan gambar









Saturday, October 14, 2017

new KUTU untuk periuk NOXXA


alhamdulillah

 bulan ni setel payment 13 orang utk team kutu yang bermula 4 bulan lepas,,sebab 13 orang ni amek ansuran 4 bulan sahaja,
tapi ada yang masih berminat nak main kutu noxxa lagi..sis nak open lagi siapa nak main kutu noxxa,
8 orang sahaja sis cari:-

ada lagi 5 tempat kosong sebelum sis tutup dan cabut undi,,
berminat cepat wassap sis ya
(sis buka sampai end OCTOBER 2017) je ye
FREE delivery semua negeri
whatsapp ya 0136323715
selama 8 bulan..
SERIUS sahaja ya 



STICKER perfume size minyak wangi DEXANDRA

assalam

ramai yang wassap sis tanya tentang sticker untuk botol perfume size macam DEXANDRA. ok, meh akak  bagi contoh ya

size botol perfume macam dexandra tu 35ml.. untuk lebih cantik better amek mirrokote sticker full colour.

size sticker 11cm x 7,5cm
material sticker= mirrorkote
cetakan: full colour
tempoh siap 2-4 hari bkerja

macam mana nk order, wssap kami ok, 
0136323715
0196000262

kat sini sis bagi contoh template untuk yang belum ada design ya..lain lain design kita cas ye ..ini contoh template yg kita buat





ini contoh sticker yang kita dah buat ya :)











3rd baby is ondeway!

assalam,

finally its happen..alhamdullillah rezeki untuk preggy kali ke 3..semoga kandungan ini sihat sejahtera untuk ibu dan anak...

belum pun lewat Period, saya nak cuba UPT since saya ada beli UPT banyak last 2 month.heh.beli yang rm1/pcs tu online..nnti sy cari balik link tu ya,

ikut due, lagi 4 hari next period, saya saja je try nak buat ujian.saja saja je..takde sebab apa pun.mungkin breast tenderness je..buat je UPT naik double line..mcm tak percaya je sebab rasanya terlalu awal nak cek..

esok nya saya cuba lagi buat ujian UPT..memang double line appear...

rasanya 4 kali saya test,,ye la UPT test tu ada banyak kan.takle rasa buang duit cuba ari 2..

alhamdulillah.. tunggu 8weeks baru nak jumpa doktor..sekarang ni jaga badan,jaga kandungan supaya sihat sihat ja..saya terus makan asid follic yang di beli dari AMway aritu,..keep consume until jumpa doktor nanti..

kalian yang membaca, doakan supaya kandungan dan saya sihat sejahtera ya..mekasih...


Sunday, October 8, 2017

creampuff krim kastad mudah dan sedap

Entry ni saya up dalam ni untuk senang saya rujuk sukatan yang sama setiap kali anak request creampuff..ini resepi yg menjadi dan mudah sngt.sedap giler




Cream Puff  >>>RESEPI dari blog NINAMIRZA
Bahan-bahan

1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air – 200ml
1/2 cwn butter – 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula

secubit garam


Cara penyediannya
1-  Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2-  Kemudian masukkan gula dan garam
3-  Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 
4-  Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5-  Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6-  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 
7-  Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 
8-  Spray permukaan doh/rosset dengan air
9-  Bakar pada suhu 200’c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)


Cream Custard dr blog Shakina

bahan bahan
6 sudu besar kastad
1/2 cwn susu cair( baru berlemak)
3 cwn susu segar
Esen vanila
3 sudu besar gula


Cara-cara
1) Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
2) Masak atas api kecil & kacau sentiasa. Api jangan besar. Sedang-sedang saja.
3) Sampai bergelegak baru tutup api. Kalau tutup awal nanti kastad rasa tak masak dan rasa ketepungan sangat.
4) Terus masuk piping bag. Sejukkan boleh nak terus piping dalam puff pun bole



Foto Norhafiszah Bt Johari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;