Sunday, October 8, 2017

creampuff krim kastad mudah dan sedap

Entry ni saya up dalam ni untuk senang saya rujuk sukatan yang sama setiap kali anak request creampuff..ini resepi yg menjadi dan mudah sngt.sedap giler




Cream Puff  >>>RESEPI dari blog NINAMIRZA
Bahan-bahan

1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air – 200ml
1/2 cwn butter – 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula

secubit garam


Cara penyediannya
1-  Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2-  Kemudian masukkan gula dan garam
3-  Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 
4-  Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5-  Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6-  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 
7-  Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 
8-  Spray permukaan doh/rosset dengan air
9-  Bakar pada suhu 200’c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)


Cream Custard dr blog Shakina

bahan bahan
6 sudu besar kastad
1/2 cwn susu cair( baru berlemak)
3 cwn susu segar
Esen vanila
3 sudu besar gula


Cara-cara
1) Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
2) Masak atas api kecil & kacau sentiasa. Api jangan besar. Sedang-sedang saja.
3) Sampai bergelegak baru tutup api. Kalau tutup awal nanti kastad rasa tak masak dan rasa ketepungan sangat.
4) Terus masuk piping bag. Sejukkan boleh nak terus piping dalam puff pun bole



Foto Norhafiszah Bt Johari.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;