Tuesday, February 20, 2018

3rd pregnancy: 22 weeks

assalam

sekarang ni makin sunyi blog ni dengan cerita cerita peribadi..tak sama waktu 1st pregnancy dulu..haha..salah kan faktor umur..iya la kan, anak-anak makin besar, kekangan masa tu NORMAL..

alhamdulillah hari ni sudah 22 minggu usia kandungan ke 3.gap 4 tahun selepas kelahiran ke2 haritu, rasa mcm lama pulak..macam takde pengalaman pulak rasanya.hahha..sebelum ni makan ubat ubat yang klinik KKIA bagi takde masalah pun..tp 3rd pregnancy ni, makan iron tablet yang warna merah tu saya loya, dan pening...beberapa kali lepas makan ubat tu mesti muntah..azab rasanya...

sekarang ni perut membesar dengan jayanya, banyak seluar,baju dah tak muat..mana pergi ntah baju baju zaman mengandung dulu dulu.hahha.rasa sempit semuanya...faktor berat badan ibu naik banyak sebelum hamil/..iya la mengandung di usia 30-an...dulu zaman 20-an kurus je lagi..

beza sangat mengandung sebagai seorang pekerja swasta dan mengandung sebagai suri rumah sepenuh masa..tak tertekan dengan masa,haha.penat je tido..hahha.proses sticker dan bisnes sangat flexible..tp kami uruskan postage setiap pagi.so petang mmg relax la..awal pagi sampai tengahari mmg bisi, printing dan postage.dan memasak..ye la kan, suri rumah, kena la masak untuk anak anak makan :)

cerita pasal kandungan, paling mencabar 3rd pregnancy ni adalah HB rendah!!!!!
temujanji pertama = HB 12.4
temujanji kedua= HB11.3
temujanji ktiga= drop ke HB 10.2

uwaaaaaa..sebabnya tak makan pil yang nurse bagi tu, sebb missplace.so dalam tempoh sebulan tu tak makan pil apa apa...HB below 11 akan dipantau oleh nurse kerana  risiko ANEMIA adalah tinggi..

so, temujanji sudah berubah. elok elok sebulan sekali, kena serah diri kt klinik 2 minggu sekali pulak untuk cek HB. jenuh la praktiks segala petua petua..
antaran petua petua yang disajeskan :-

1- buah jambu batu
2-sayur hijau-bayam sawi
3- daging merah
4-buah delima

saya cuba jugak semua yang disyorkan..maybe cara pengambilan dan kuantiti tu sikit tak memberi kesan sangat

selepas 2  minggu,

Temujanji ke 4 : HB 10.3 (HB naik tapi sangat sedikit.time ni makan pil everyday )

kena repeat temujanji 2  minggu sekali selagi Hb tak naik diparas selamat

temujanji ke 5: HB 10.8 (dah naik banyak sikit tp still kena repeat 2 weeks time)


esok adalah temujanji ke 6.so nk makan bayam banyak banyak dan jus jambu batu lebih lebih..semoga HB naik ke 11 dan lebih...


last temujanji ke5 haritu doktor ada scan perut...dengan perasaan ingin tahu membuak buak, terus tanya doktor.boleh nampak jantina dah ke doctor..hanya try luck je sebab doctor scan 2D je..baru masuk 5 bulan je.

Doc cakap, boleh nampak kalau baby nak tunjuk.tp masih terlalu awal..nanti 7 bulan dia akan repeat scan lagi baru jelas nampak katanya...tp hari tu, baby baik, dia nak tunjuk jantinanya...sakit leher mama meneleng tengok skrin scan tu./doktor kata "eh, nampak ni, ini kaki, ini tangan, ini bontot dia,nampak ada sesuatu..mcm bird.." " macam lelaki" tapi saya tak konfemkan lagi, nanti repeat scan untuk lbih jlas ya..
" tapi ikut scan ni, dah nampak boy"...

punya la gembira iols!..tapi masih awal untuk tentukan betul ke tak..belum pun buat 4d scan.suami cakap tak perlu la buat 4d jika doktor dah boleh nampak dalam 2d scan tu...


ok la, nnti cerita lagi.. Elisa dah panggil panggil..sibuk nak tambah bubur sup ayam tu..kena dengan selera dia, dah  3 kali menambah.hahhaha


Foto Norhafiszah Bt Johari.
pic bersama Pn Siti Hasmah di Hosp Serdang..ni la bukti sakit leher sebab xcited sangat meneleng skrin 2d scan tu







Foto Norhafiszah Bt Johari.
masa ni genap 5 bulan baby dalam perut..tak nampak sangat..yang nampak mama dia kembang semangkuk je,,hahha





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;