Sunday, July 15, 2018

detik kelahiran baby ketiga_Muhammad Izzam Ilyas

assalam..

hari ni baru kesempatan nak update blog. hari ni dah 22 hari usia baby Ilyas dan bermaksud sudah 22 hari mamanya dalam mood berpantang.. biasa la, anak makin bertambah , regim berpantang makin longgar.sendiri makan sendiri tanggung la jawabnya...

okes,  rentetan dari cerita pasal kelahiran bayi ke3 ni..

kesah nya sama jugak dengan anak pertama dan kedua.sama nya part mama dia jenuh menunggu bila la bayi nak keluar.alkesahnya mama dia ni jenis amek cuti awal 2 mggu sebelum due date. kekonon baby akan keluar awal dari due date 40minggu tu..tp tetap non hado!

masa raya aidilfitri 2018 tu, baby da  38w5days dalam perut. bajetnya lepas raya pertama tu, nk beranak beranak lah..sebab da semua benda maknya da makan. tp tetap takde tanda tanda baby nk keluar...mak dia rushing nak baby keluar awal sebab siankan akak sulung, si atirah tu kena masuk sekolah dah/.takot cuti lama sangat....if baby keluar awl boleh la pantang lama sikit kt kampung tu.

kejap, nak selit sikit gambar kami beraya tahun ni,kesah ilyas kita sambung jap lg..janji 1 entry ni je, takkan ada siri 1,2 atau seterusnya,.hahhaha
Foto Norhafiszah Bt Johari.
 gambar bersama anak sulung i..atirah dah 7 tahun..ni je gambar yang nampak baby burmp tu besar sgt.gmbar len tak bape nampak

Foto Syahnon Bin Abdul Rahim.
tahun ni beraya diKedah. memang turn belah family mama... tema kami tahun ni CREAM..
Foto Norhafiszah Bt Johari.
adik adik perempuan ku...
Foto Norhafiszah Bt Johari.
gigirls edition
Foto Norhafiszah Bt Johari.
guys edition..ini barisan abg, suami, abg ipar, adik adik ipar dan anak buah

Foto Norhafiszah Bt Johari.
gambar bersama kakngah elisa.. sudah 4 tahun usianya


okey, berbalik kesah kelahiran,,,.lepas raya pertama until ke3, takde tanda apa2. masih busy beraya ,kunjuung mengunjung,. terima tetamu silih berganti..masih tiada apa apa.. start raya ke 4,da, 5 suami ajak berjalan jalan...kami je berjalan kt aloq staq tu,anak anak tinggal sebab dorang bisy nak main ngn sepupu dorang. so kiranya kami berdating sambil banyakkan berjalan la. nak bagi cepat beranak.hehhe.

tp baby menten berguling dalam perut mak dia... start raya ke 5 tu mak dia dah rajin jalan pusing kampung. ajak la ank ke, anak buah yang rajin nk berjalan sekali...petua suruh squad, makan telur separuh masak dengan kopi pekat sume i buat.hahah.mandi lama lama, dll pun buat jugak..

sampai la raya ke 7.suami dah balik kl sebab  banyak urusan kerja kena buat.tinggalla kami anak beranak kat kampung bersama atok nenek, sabar menunggu detik kelahiran bayi...

skip la raya 8.... sebabnya rutin biasa biasa je..takde yang menarik berlaku..berjalan setiap pagi dan petang je..

ok, masuk raya ke 9.iaitu hari Sabtu..HARI DUE DATE 40 minggu..mula dah rasa contraction..10 minit sekali..rasa mcam nak jadi dah...hehe.tp sabar je sebab boleh tahan. ikut pengalaman terdahulu, kalau masa sakit tu, sy boleh tidor, mean sakit tu belum nk beranak lg...bangun tido je sakit hilang.
tapi pagi sabtu tu dah rasa kuat..10 minit sekali. rasa macam ada bukaan la kot.. time ni apa tanda seperti turun darah atau air takde..hanya sakit contraction je..

so ajak ayah pergi  Hospital Kuala Nerang nk cek bukaan.. Nurse cekkan..dia kata belum ada bukaan. time terbaring kt katil masa nurse cek bukaan tu langsung takde sakit contraction. aduh..main main la..so nurse cakap nk warded tak.sebab katil ada je kosong. sy cakap takpe la, nak balik dulu..lagipun time tu sakit memang takde..


balik rumah buat aktiviti biasa.. petang tu sis jalan jalan keliling kampung.kali ni semua anak buah ikut ..termasuk anak sy ada 6 org budak2 berjalan sekali.. dari umur 4 tahun hingga 11 tahun. so kami berjalan jalan santai petang tu.tp masa berjalan tu sis da rasa kerap dah contraction, masa sakit tu sy berhenti jalan jap.kontrol kesakitan..berjalan samapi 6.30ptg rasanya,..

balik rumah rest tertidor pulak. lepas tu terjaga bila anak kejut,cakap tok ayah ajak makan mee rebus..tq ayah belikan MEE REBUS ISA tu. da lama teringin nak makan. kedai dia tutup sebab  raya kan...aritu tu ayah nampak kedai tu buka, terus ayah blikan..so dapat la makan mee rebus yang teringin sangat tu...

lepas makan tu terus nk g mandi sebab contraction makin kuat.mandi lama lama sambil tahan contraction.time tu makin kuat dah rasa,tp still boleh tahan so tak gtau ayah lg. tp dah  inform suami  pasal sakit tu.so suami cakap dia balik malam ni jugak. naik bas jam 10mlm dr kajang ke kuala nerang. memang tak bagi dia bawak balik kereta kos byk. then nnti bukan terus bawak kami balik Kajang balik.

akak ajak makan nasi goreng mlm tu, dah rasa tak boleh tahan.so tak rasa nak jamah nasi tu.cakap kt mak sakit dah makin kuat. time tu jam 9.30mlm lebih dah...time ni mak dah gelisah sebab ayah tak balik lagi dari surau. kebetulan malam tu ada  tahlil untuk arwah aisyah( anak kawan sy meninggal)..so lama sikit ayah kt surau. mak dah gelisah tengok saya makin sakit... tak lama lepas tu ayah balik terus start enjin  kereta menuju ke hospital.

time tu ayah tanya, kalau tak tahan dah kita pergi hospital kuala nerang je.saya cakap boleh tahan lg..sebab  perjalanan ke hospital sultahan bahiyah kurang2 40 minit gak.. masa dalam kereta tu kuat sangat contractionnya..huhu/memang betahan je la.


sampai hospital lebih kuang 10.45 mlm kot.mak cakap naik kerusi roda la,sy cakap takperlu la, boleh berjalan lagi ke wad bersalin.tak jauh pun.masuk bahagian wad bersalin tu nurse cakap masuk untuk cek bukaan, jam 11mlm lebih kurang time tu..

sakit kemain kuat lagi bila dalam bilik tu.. doktor cek bukaan dah 4cm.so dia cakap dah aktif labor. so nurse suruh tukar baju dan boleh masuk labor room terus,time ni takyah bercakap la, sebab sakit makin kuat. masuk laborom  doktor lain datang cek. dia kata dia pecahkan ketuban ye. ,lepas tu panas je rasa.air ketuban da pecah...rasa sakit sangat dah time tu.. doktor cakap belum lg ni.baru 7cm.. dia suruh tunggu dulu,..

duduk atas katil tu mana la boleh tahan sakit contraction, sy mintak gas kt nurse utk kurangkan sakit.dia ckap takperlu la gas.nanti cik pening lepas bersalin... tak lama lepas nurse ada 3org nurse masuk.dia cakap sakit sangat ke?nk teran tak? sy cakap mmg sakit nk teran dah ni.. dia kata teran la..boleh dah ni..ntah la bukaan da ckup 10cm ke tak..banyak kali gak la teran.. teran sepenuh hati sangat dah tu.. alhamdullillah jam 12.30 pagi dah beranak.

rasa macam 30minit je masuk dalam labor room tu..alhamdulillah da selamat keluar baby boy...terus nurse letak atas dada.siap tunjuk kemaluan baby. nurse tanya baby apa, walaupun nampak bibird dia, mulut ni laju je cakap girl.adoi la....ini boy ni puan...nurse gtau..hehe.

baby boy terbaru berat die 2.92kg..dilahirkan pada usia kandungan 40minggu 1 hari. kira overdua 1 hari je la..proses keluarkan uri dll berlansung..time tu tak rasa apa dah,anak da keluar sume rasa ok dah..bermacam macam proses yang nurse buat..yang saya tau kami dipindahkan ke wad jam 2.30pagi..


mak ayah saya kt luar tu tak tau apa cerita anak dia.. tunggu tunggu je..takde list keluar kt digital board pun .tahu2 nurse panggil waris  je..alhamdulillah semuanya selamat.lepas ayah saya azan kan bby, dorang balik ke rumah.biarkan saya berehat bersama bby dlm wad..

suami??dia dalam bas dalam perjalanan balik ke kedah. kali ni dia terlepas detik kelahiran...tak macam sebelum sebelum ni. sebab sebelum ni proses kelahiran tu lama sangat . so dia bajet if sakit tu, belum nk beranak awal lg..sempat dia sampai.rupanya tak sempat langsung..suami datang dengan anak anak pagi Ahad tu. tapi tak boleh masuk sebab bukan waktu lawatan lagi,so diorang tunggu jam 12 tgh hari ...time pagi tu doktor ada dtg tanya perkhabaran bayi dan ibu,since takde masalah dia kata boleh balik dah... so tunggu surat doktor siap boleh discharge/.so suami dan anak anak tunggu la sampai kami semua boleh keluar.kami discharge lebih kurg jam 3-4ptg..


Dah bosan baca panjang2? ok la ye..sampai situ je..

Muhammad Izzam Ilyas pada hari  kelahirannya..24/06/2018  AHAD ( 10 SYAWAL 1439)...

First day bukak mata melihat DUNIA...selamat datang sayang.

Izzam Ilyas DAY 1.. dah balik ke rumah tok ayah dah...


next entry entah bila pulak..sekarang Izzam dah 22 hari dah ,rambut pun da dah botak seusia 10 hari...nanti plak ya kita sambung. tajuk apa tak pasti...tunggu je la mood menaip mak dia sampai

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;