as-salam
semalam balik kerja, lepak lepak tengok Dejavu Di Kinabalu( lakonan mantap dr Aqasha, Tiz Zaqyah, Nazli Othman dan ramai lagi ) ..saya suka Bazli.sangat macho..bos muda yang kacak dan kaya..ai like..haha..suami ajak kuar jap.nak release tensen kerja katanya..huhu..so lepas solat magrib kami pun kuar la..tak lama..sejam ++ je..
balik je rumah dalam jam 10 malam..TV3 tengah tayang cerita seram Waris(lakonan mantap Fizz Fairus dan Emelda)..memang seram uols..untuk yang penakut cam saya ni..huhu..banyak sangat hantu dalam cerita tu. terlepas cerita Ameera(ala yg Rita RUdaini dan Syamsul Yusof berlakon tu..) yg best itu..biasa hari Khamis memang cerita Ameera diawalkan.
balik je rumah kelam kabut saya siapkan makan malam.papa layan atirah main dan tengok video Nursery Rhyme dalam bilik.kalau tak buat camtu dia sibuk nk tolong mama masak. saya masak lauk simple as always. ikan kembong goreng, sayur sawi+carrot(khusus utk atirah), dan sambal daging je.
siap dalam setengah jam..so makan makan sambil tengok tengok cerita Waris tu..i like arsyad tu..lakonan Fizz Fairuz..he was so cool!..okes..lepas makan, papa bersihkan atirah yg comot2 tu..then macam biasa biar si kecik tu main2 kejap sementara mama kemas tmpt makan dan dapur.
pukul 11 malam atirah da mengantuk..susukan atirah sampai dia tertdor dan pukul 11.30mlm episod membuat kek pun bermula..si suami tengok tv sampai tertdo..
saya buat kek ni sebab nak bawak balik rumah mertua..kak ipar request nak redvelvet dan carrot cake..saja buat lebih sebab nak kasi kt akak-akan saya jugak.mula mula buat adunan kek red velvet.kali ni saya ikut betul2 resepi..memang merah betul adunan red velvet tu..tapi bila da masak sume memang baldu betul kek merah saya tu..sedap..hehe..
gambar kt atas ni red velvet belum masak..satu adunan saya dapat 6 biji red velvet mini..senang nk kasi kt akak-akak saya...sekali jalan je ni.jimat masa..6 biji terus masuk dalam oven
ini rupa redvelvet saya lepas masak..warna die merah pekat..tapi sedap uols..topping cream cheese belum letak time ni..nak kasi betul2 sejuk..
lepas siap redvelvet saya nk buat carrot cake..waktu tu jam 12 tengahmalam da..bajet nk buat dua adunan.tup-tup tepung gandum hanya cukup untuk satu adunan je..adoi..tanpa pikir panjang, sarung je tudung, terus turun ke kedai depan yang 24 jam tu..untung kt duduk di tengah2 pekan..pukul 12 tghmalam pun cam pukul 8 mlm..so tak takut nk turun sorang2..time ni anak dan suami dah terlelap :)
tak sampai 10 minit oke!haha..jalan macam robot..lintas jalan pun laju2..amek tepung gandum then chow!.sampai rumah teruskan aktiviti carrot cake..carrot cake buat 2 adunan dapat yg mini 4 biji dan yang bulat mini 6 biji..carrotcake makan masa sikit sebab pan bulat tu besar sikitkan..3 kali kuar masuk oven jugak.
kali ni projek kek saya saya guna alluminium foil je..mudah..takperlu basuh loyang banyak2..dan bawak balik kg pun senang.rupa carrot cake sebelum masak da tak snap..malas da time ni..da masak je saya snap
waktu ni ada lagi dua biji kek carrot yang bulat dalam oven..hhih..banyak tak kek saya malam semalam????sebab dalam bekas mini kan..so nampak banyak kek saya..saiz kek bulat tu dalam 6inci je :)
biarkan sejuk semua kek kek ni..saya kemas dan mopkan dapur..dalam masa yang sama saya siapkn creamcheese untuk frosting..kek redvelvet dan carrot cake ni guna frosting/topping yang sama..
da settle sapu frosting sume, saya bersihkan diri, solat isyak dan zzzzzzzzzzzzzzzzz..time ni jam 3 pagi..sebelum zzzzzzzzzzzzzzz tu saya simpan semua kek kek saya yang sudah lengkap bertopping dalam peti ais.so gambar finishing tak larat nak snap da..
nanti saya tunjuk sebahagian kek yg da siap..untuk teratak manja/sekolah atirah saya kasi carrot cake mini je..