Thursday, October 26, 2017

sticker Shaklee Murah murah

assalam,

ramai agen Shaklee yang PM sis untuk sticker murah  untuk dilekatkan pada Shaker diorang,
so sis memang cadangkan sticker transparent kami size 9cm x 5cm. paling murah cetakan HITAM sahaja.. 

harganya RM33 untuk 100pcs. minimum order 100pcs ya..korang boleh nak tambah info info lain seperti emel, wassap no dan lain lain.depend pada kehendak pelanggan.. buat masa sekarang kita hanya ada warna HITAM, putih, gold dan merah. setiap cetakan harga nya berbeza ya..

utk sticker Shaklee ni kita boleh proses cepat.order harini Esok leh pos..yang berdekatan boleh selfcollect within same day.

lokasi kami di Taman Koperasi Cuepacs, KAJANG ya...bukan kt suntex Cheras tu...LANDMARK MRT bukit dukung

so far sejak beroperasi dari 2011, harga sticker kami untuk shaker SHAKLEE ni, ada perubahan sekali je dari RM30 ke RM33 untuk 100pcs...
since 2013  kami maintain harga sticker RM33/100pcs sampai sekarang 2017..
yang masih bertanya, kami tetap dengan harga kami RM33/100pcs. tiada peningkatan harga sticker ya...


nk cepat  klik je link wassap ni  ya..akan terus masuk wassap saya..



jom layan gambar









Saturday, October 14, 2017

new KUTU untuk periuk NOXXA


alhamdulillah

 bulan ni setel payment 13 orang utk team kutu yang bermula 4 bulan lepas,,sebab 13 orang ni amek ansuran 4 bulan sahaja,
tapi ada yang masih berminat nak main kutu noxxa lagi..sis nak open lagi siapa nak main kutu noxxa,
8 orang sahaja sis cari:-

ada lagi 5 tempat kosong sebelum sis tutup dan cabut undi,,
berminat cepat wassap sis ya
(sis buka sampai end OCTOBER 2017) je ye
FREE delivery semua negeri
whatsapp ya 0136323715
selama 8 bulan..
SERIUS sahaja ya 



STICKER perfume size minyak wangi DEXANDRA

assalam

ramai yang wassap sis tanya tentang sticker untuk botol perfume size macam DEXANDRA. ok, meh akak  bagi contoh ya

size botol perfume macam dexandra tu 35ml.. untuk lebih cantik better amek mirrokote sticker full colour.

size sticker 11cm x 7,5cm
material sticker= mirrorkote
cetakan: full colour
tempoh siap 2-4 hari bkerja

macam mana nk order, wssap kami ok, 
0136323715
0196000262

kat sini sis bagi contoh template untuk yang belum ada design ya..lain lain design kita cas ye ..ini contoh template yg kita buat





ini contoh sticker yang kita dah buat ya :)











3rd baby is ondeway!

assalam,

finally its happen..alhamdullillah rezeki untuk preggy kali ke 3..semoga kandungan ini sihat sejahtera untuk ibu dan anak...

belum pun lewat Period, saya nak cuba UPT since saya ada beli UPT banyak last 2 month.heh.beli yang rm1/pcs tu online..nnti sy cari balik link tu ya,

ikut due, lagi 4 hari next period, saya saja je try nak buat ujian.saja saja je..takde sebab apa pun.mungkin breast tenderness je..buat je UPT naik double line..mcm tak percaya je sebab rasanya terlalu awal nak cek..

esok nya saya cuba lagi buat ujian UPT..memang double line appear...

rasanya 4 kali saya test,,ye la UPT test tu ada banyak kan.takle rasa buang duit cuba ari 2..

alhamdulillah.. tunggu 8weeks baru nak jumpa doktor..sekarang ni jaga badan,jaga kandungan supaya sihat sihat ja..saya terus makan asid follic yang di beli dari AMway aritu,..keep consume until jumpa doktor nanti..

kalian yang membaca, doakan supaya kandungan dan saya sihat sejahtera ya..mekasih...


Sunday, October 8, 2017

creampuff krim kastad mudah dan sedap

Entry ni saya up dalam ni untuk senang saya rujuk sukatan yang sama setiap kali anak request creampuff..ini resepi yg menjadi dan mudah sngt.sedap giler




Cream Puff  >>>RESEPI dari blog NINAMIRZA
Bahan-bahan

1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air – 200ml
1/2 cwn butter – 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula

secubit garam


Cara penyediannya
1-  Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2-  Kemudian masukkan gula dan garam
3-  Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 
4-  Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5-  Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6-  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 
7-  Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 
8-  Spray permukaan doh/rosset dengan air
9-  Bakar pada suhu 200’c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)


Cream Custard dr blog Shakina

bahan bahan
6 sudu besar kastad
1/2 cwn susu cair( baru berlemak)
3 cwn susu segar
Esen vanila
3 sudu besar gula


Cara-cara
1) Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
2) Masak atas api kecil & kacau sentiasa. Api jangan besar. Sedang-sedang saja.
3) Sampai bergelegak baru tutup api. Kalau tutup awal nanti kastad rasa tak masak dan rasa ketepungan sangat.
4) Terus masuk piping bag. Sejukkan boleh nak terus piping dalam puff pun bole



Foto Norhafiszah Bt Johari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;