Friday, April 29, 2011

last day kerja...yeay..mari bercuti panjang :)

assalamualaikum...

hari ni last day kerja  sebelum bercuti panjang untuk bersalin dan berpantang. sabtu ahad akan digunakan untuk rehat dan kemas2 rumah..sebab Isnin akan berangkat balik kedah..baby jangan kuar lagi tau..tggu mama dan papa sampai dulu :)

untuk semua kenalan, saya nak minta maaf andai terkasar bahasa, terlebih bicara, kelakuan yang menggores dan mengecikkan hati kalian, saya mohon ampun maaf..

saya jugak mohon kalian doakan perjalanan kami ke kampung selamat..dan doakan saya dipermudahkan bersalin dan berpantang ye..

saya doakan semua bakal ibu yang menantikan due date, jugak selamat dan dipermudahkan bersalin..amin..anyway, thanks for the support and information yg sangat berguna..:)
buat bakal ibu , IZYAN, ROS, YUN,ASNA, ATIQAH dll..semoga kalian jugak dipermudahkan bersalin dan selamat berpantang ye ..dan enjoy ur pregnancy moment..

buat yang sudah jadi ibu, jgn segan2 kongsi info dekat kitorang yg junior ni :)..thanks ye korang yg  sudi share pengalaman :)
 RDNA, RYNA,YANIE, KIREE dll...

kemungkinan besar saya tak akan update blog sebab kt kg tiada rangkaian internet..tp insyallah once da selamat berrsalin saya akan update pasal baby kami ye...korang yg da selamat bersalin pun nnti update jugak tau.nak tengok rupa generasi baru :)...

Thursday, April 28, 2011

10th check up :37weeks++ & false alarm contraction

assalamualaikum...

hari ni ada check up untuk minggu ke 37++..hari ni sudah 37 minggu 4 hari..macam biasa pukul 8.30pg sampai dan selesai jam 10.30 pg..awal hari ni:)..tak sempat mengantuk.

detail on 10th check up:-
  • usia kandungan: 37 minggu++
    berat badan: 645kg ( berat naik 1kg dari minggu lepas)
    tekanan darah: 110/70
    gula dalam air kencing : nil
    HB: 12.2
    tinggi rahim: 36
    jantung baby:ok, bengkak kaki: nil

hari ni merupakan last check up dekat Klinik Ibu dan Anak Bandar Tun Razak. mulai minggu depan check up akan berlangsung di KKIA- Tualak, Kuala Nerang Kedah..tu pun if belum bersalin. so harus la melawat klinik kesihatan setiap minggu sampai la selamat bersalin.

cerita pasal false alarm contraction, semalam balik kerja tengah bersantai2 dengan si suami, perut tiba tiba mengeras..sakit betol..lama pulak tu baby mngeras.perut mengeras lama..pastu terpikir2..contraction ni rasa nya macam mana?orang cakap maca sengugut..if senggugut, saya rasa sakit pinggang giler..ini tak..perut yg sakit..keras yg menyakitkan..

so rilex2 kejap..dalam pukul 7 lebih rasa lagi..hubby cakap pergi sembahyang maybe ok pas tu..kejap lepas tu dah ok..tapi masa solat sakit balik..memang keras giler..sakit..tapi kena masak jugak..masing2 malas nk kuar, harus la masak..stok lauk kan ade..tak masak membazir plak..mintak tolong si suami sapu sampah, saya g masak..masa masak tak sakit..tapi masak nak makan perut keras lg..sakit..dan berlarutan sampai kul 12tgh malam..tak terasa nk g spital pon sebab rs ini bukan nk beranak lg.. takde tanda air ke darah ke...

cakap ngn hubby, agaknya betol la kot tak lama dah ni..alarm dah ade..maybe by next week baby kuar kot..saya nak blik kg Isnin ni..bermakna esok last day bekerja. saya amik cuti awal..sebab nak balik beranak dan berpantang kt kg. hope sampai je kg, sok nye beranak..:).

p/s: tadi tanya nurse pasal contraction tu..nurse ckp contraction memang rasa cmtu..if semakin kerap dan sakit harus segera pergi hospital.atau pun if baby kurang gerak..sebab kadang2 tanda air atau darah memang takde tapi takot baby lemas dalam perut..if makin kerap rs contraction tu elok pergi hospital..pasal air selusuh, nurse tak galakkan..dia ckp nk minum, elok dah ada pembukaan sekurang2nya 3cm..if minum awal2 nnti sakit giler..tapi takdepembukaan, then las option operate..huhu..so better minu bila da masuk labour room.

Tuesday, April 26, 2011

Jari tangan dan kaki bengkak di hujung kehamilan

assalamualaikum..

hari ni saja nk share ngn kawan2 pasal kes kaki bengkak dan tangan yg bengkak di hujung kehamilan.
tadi ada jumpa doktor,:

sy:  bangun tidor tadi, jari tangan saya sengal giler..rasa nk genggam tangan pun sakit.
doktor: aah, tangan kamu ni bengkak.
sy: kaki saya bengkak tak doktor?
doktor: bengkak sikit je..jgn risau..selalunya hujung kehamilan memang mcm ni..saya kasi kamu pil kalsium ye.. pil kalsium akan bantu kurangkan rasa kebas dan bagus untuk cure bengkak2 ni..
sy: tanda2 nak bersalin ape ye doktor? agak2 boleh tau tak lambat ke cepat saya nk beranak
doktor: 3 tanda paling besar nak beranak, 1- sakit berpanjangan, 2-ada keluar tanda darah, 3-pecah air ketuban..kalu sekarang nk tengok sama ada awak bersalin awal ke tak susah la..sebab anak sulung susah nk agak :)


ini la rupa pil kalsium yg doktor kasi


Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak? 

Apa yang anda alami dikenali sebagai penyakit oedema. Ia adalah akibat cecair berlebihan yang terkumpul semasa kehamilan anda. Rahim anda yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena anda. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk. 

Malangnya, ianya adalah mudah untuk mengalami penyakit oedema. Ianya juga agak biasa. Namun begitu, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada tangan dan muka anda, panggil doktor anda: Ianya mungkin tanda pra-eklampsia, sejenis penyakit yang serius. 

okes..mari kita tengok cara-cara nak merawat bengkak utk wanita hamil ye:-

 
  1.  Naikkan kaki anda bila boleh. Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda. Di rumah, cuba baring pada sebelah kiri anda bila berpeluang. 
  2.  Pakaikan seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi. 
  3. Minumlah air yang banyak. Yang peliknya, apabila anda kekalkan hidratan ianya dapat membantu badan anda kurangkan penyimpanan air berlebihan. 
  4.  Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menunggang basikal bersenam. 
  5. Makan makanan berkhasiat, dan jauhi sodium serta makanan yang bergaram seperti buah zaitun, ikan bilis dan kacang bergaram. 
  6. Serta jangan bimbang. Walaupun rupa buku lali yang bengkak akan menambahkan lagi rasa cemerkap anda, penyakit oedema adalah sesuatu keadaan sementara yang akan hilang sejurus selepas anda bersalin



Monday, April 25, 2011

tips mudah bersalin# 4: air kelapa muda

assalamualaikum...
selamat hari isnin:)

biasa kita dengar, hujung2 kehamilan elok minum air kelapa muda banyak..macam- macam khasiat untuk ibu hamil dan baby. Konon katanya bila rajin minum air kelapa muda– terutama di trimester ketiga kehamilan–maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya:-

mari kita baca sedikit fakta mengenai air kelapa muda:-(sumber dari petikan yg sah!)

1. Elektrolit Semulajadi



Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik semula jadi yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu hamil memerlukanlebih banyak air dibandingkan orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang dapat menyebabkan persalinan prematur.






2. Diuretik semulajadi


Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran kencing– yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.






3. Antipenyakit


Air kelapa muda mengandung asam lauric, asam yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur, antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesehatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteri klamidia dan heliokobater.






4. Membantu Pencernaan


Air kelapa juga dipercaya memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta memproduksi hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kecepatan pencernaan.


5. Meningkatkan HDL


Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan menurut riset dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.


semalam kami suami isteri balik Palong, Neg 9..suami cuti sehari saja..so tak la lama sangat stay kt kg.kira last call la sebab minggu depan suami mahu hantar saya balik kedah pulak utk menunggu kelahiran dan berpantang..

everything was so fine..takkan nak cerita detail2 sangat..cuma terasa sangat touching petang nya..lepas balik dari Gemas( kami kuar jln2 kejap,hubby nk  amek wet, then sempat minum cendol :)).. takde buat apa, saya nak tidor aje..tengok hubby main game kt netbook die ngn adik2 diaa..so malas nak kaco..dalam panas2 tu saya baring je kt katil dan memang tertdo..tdo berpeluh2..memg tak de kipas dalam bilik tu..

bangun rasanya dah jam 6.30 petang kot..kuar mencari2 si suami..tanya adik ipar, mana "oteh"?.."oteh tengah kait kelapa kt belakang"..oo....terus la g cari beliau..dengan susah payahnya suami dan mamat(adik ipar) kait kelapa..pokoknya tinggi..guna galah je.waa..touching sket..sebelum tu ada cte2 ngn suami, minum air kelapa muda ni bagus..tu yg die kaitkan..banyak diorang amek..terkena yg tua la..taklalu muda  la..

hubby siap potong2 kelapa muda tu utk mudah disimpan dalam freezer..dia buatkan 7 biji kelapa muda..yakni cukup untuk seminggu- sehari sebiji :)..penat gak mengangkut bawak naik rumah..even bukan sy yg angkat..tp mmg terasa berat jugak si suami kendong..

ini la hasilkanya selepas sumbat dalam freezer..5 biji je muat..itu pon lepas adjust2..2 lagi simpan kt luar je..



sebahagian kelapa muda dalam peti sejuk
sayur2 terpaksa dialihkn ke compartmen lain :)

berjaya muat 5 biji aje..space lain dah tak muat :)
p/s: terasa terharu pulak bila die sungguh siapkan kelapa muda ni..maybe org laiin rasa biasa je..tp utk sy, terharu giler..sambil usap2 perut, saya cakap ngn  baby  " baby,cuba tengok papa, berpeluh2 untuk kamu"

balik kg kali ni, berkali2 si suami tanya atuk dan mak die..

suami: atuk cuba tengok perut pzah, lambat ke cepat die beranak??
atuk : ish ko ni..tak kre lambat ke cepat, klu nk beranak tak kira masa..
suami: mak dulu beranak cepat ke lambat???
mak: mak tak kira..ada yang lambat, ada yg awl..banyaknya lambat dari due
atuk: tengok perut pzah belum turun lagi..agaknya lambat lagi kot...

suami: seeee...kan abg dah cakp, ayg ni beranak lambat....
isteri: iyoooo lah tu...

Friday, April 22, 2011

gambar ibu mengandung lagi :)

assalamualaikum...

untuk menghilangkan sedikit stress pasal tak layak menduduki ujian Medsi, dgn rajin nya saya mengupload pic kami suami isteri :).. (baru je amek dari FB my sis)..kurang la sikit rs keciwa tu..hehe..alasan je lebih..

pics at 35weeks preggy, Pullman-Putrajaya






aiman dan oon penyeri..





pics by NASSKA photografi



masih belum rezeki kami :(

assalamualaikum..

pagi jumaat yang hening..hari ni sampai awal ke opis..sampai bos ngn kawan opis pun hairan..hehe..awal hari ni sampa opis..selalu nye lambat atau ontime aje..

hari ni siap awal..dengan harapan mungkin ada rezeki dpli thun ni.maybe rezeki anak pulak kan.lepas breakfast ngn kak hawa, laju je cek kt web ni.http://www.mpm.edu.my/.lepas je masukkan IC, result yang keluar menghampakan..huhu..

harap maaf, anda tidak dipilih untuk menduduki ujian MEDsi 2011..

kejam betol ayat tu untuk insan yang mengharap cam saya ni..huhu.rasa membazir je beli no pin kt BSN rm20.60. isi borang dan hantar ke UPSI. aleh2 tidak dipilih untuk exam.belum apa apa dah fail..waaa..tragis betol rasanya..memang takde peluang nak jd pendidik macam akak dan abang saya...rezeki saya masih di sektor swasta :(

banyak hikmah nya barangkali..if saya dapat pergi exam ni, 30.4.2011 akan diadakan ujian Medsi serentak seluruh negara.. yakni saya pada waktu tu 9 bulan 13 hari..kemungkinan baby nak keluar awal kot..sebelum bulan 5..tu yang tak dapat ujian..heheh...sekiranya lulus ujian, temuduga di UPSI pada 13.05.2011..maybe dalam berpantang time tu..pikir positif aje lah :) ..bukannya saya takde kerja kan..

patut la hubby macam tak bape nak setuju sangat je saya apply (walaupun dia tukang membeli no pin di BSN)..huhu..dia dari awal masih berkira2 sebab bimbang sape nk jaga baby( if lulus masuk dpli kemasukan bulan 7..baby baru 2 bulan)..huhu..ini lah hikmahnya..saya akan jaga baby tanpa ade kekangan lain...kehidupan berjalan seperti biasa..saya seorang yg makan gaji di sektor swasta :)

p/s: terasa seperti teruknya sy ni..nak g exam pon tak lepas :(

Thursday, April 21, 2011

9th check up-36 weeks++

assalamualaikum...

macam biasa kalu saya g check up perut selalu akan update..untuk my record also..hehe..nanti da beranak boleh baca balik camne la kesah pergi check up.

harini ni check up untuk 36weeks ++. hari ni dapat jumpa doktor..temujanji pukul 7.30 pagi dan selesai kira-kiranya 11 pg..tapi mintak time off kat doktor sampai kul 12.30tghari..hehe..so leh masuk opis kul 1.30ptg :).sempat balik umah tdo..hehhe

detail check up:-

usia kandungan: 36 minggu++
berat badan: 63.5kg ( berat tak naik, sama je ngn check up 2 minggu lepas)
tekanan darah: 110/70
gula dalam air kencing : nil
HB: tak amek.
tinggi rahim: 36
jantung baby: OK
bengkak kaki: nil


macam biasa sesi bertemu nurse..dapat kaunseling pasal tanda2 bersalin, perancangan keluarga dan makanan seimbang.. nurse suruh makan makanan yang tambahkan darah,supaya HB maintain atas 11..supaya tak berlaku tumpahan darah..

bila jumpa dengan doktor, doktor tanya mahu bersalin dimana..saya cakap kt kg..hujung bulan baru balik..die cakap selamat berjuang dan berhati2 la ye..sebab da cukup bulan dan baby da matang sangat..rs nerves dan takot plak dengar dia cakap camtu..ikutkan due date lagi dua minggu..banyak baca blog org bersalin anak sulung selalunya dekat 40 miggu..selalunye lebih la...tu yg berani nk blik kg one da 38weeks++..tak tau la si"along" ni sudah ready untuk keluar awal..wait and see...

Wednesday, April 20, 2011

36 weeks & 3 days

assalamualaikum...

since hubby cuti hari ni, kami menyempatkan diri pergi scan baby. ( kt klinik kesihatan ibu anak yg saya buat checkp up takde buat scan2 ni). so kami pergi klinik Putrijaya, Bandar Sri Permaisuri,cheras. depan umah je..
Dr Zainati tu baik and soft je..lagipun rate die murah..hubby pernah amek MC pun tak mahal macam klinik lain.

buat scan ni sebab rasa bimbang lepas baca entry ASNA Cute..pasal uri kat bawah tu..tu yang ajak si suami g scan baby. update sikit:-

kedudukan uri: berada di atas- tak halang laluan baby
kedudukan  kepala baby: sudah di bawah.masih belum masuk laluan kata doktor..
air ketuban: cukup..
berat baby: 2.607kg
jantina: insyaallah perempuan

doktor advice, dah cukup 37 minggu get ready la..36 minggu ni border line..elok baby kuar lepas 37minggu..suweet2 je katanya...saya tanya pasal berat baby..doktor cakap ok la berat camtu..jgn besar2 sgt die kata..nnti susah nk kuar plak..hehe..ade lg 3 mggu lebih..tak tau la berat baby nak naik lg berapa...

lepas tu jenguk kejap butik anakku...cuci2 mata sambil grab sebarang dua item baby :)

Tuesday, April 19, 2011

Dilema 1 May

assalamualaikum...

ada apa dengan 1 MAY 2011???

  • planned nak balik Kuala Nerang, Kedah (sebab planned nak balik beranak dan berpantang di kg)
  • our first anniversary
  • adik ipar bertunang di Palong, Neg 9
3 benda diatas berlaku pada 1 May 2011.. di mana usia kandungan sudah mencapai 38 weeks.  atau kata lain 9 bulan 14 hari.. dilema nya sebab tak tau lagi kondisi macam mana..kalau balik Palong leh celebrate sekali anniversary + tgk adik ipar bertunang.. tup2 terberanak kat neg 9..takkan lepas tu nak cabut balik kedah untuk pantang pulak???? kalau boleh tak nk berpantang di Neg 9 sebab tak nk menyusahkan mertua..ada adik kecik nak sekolah lagi..nanti mana nk tengok saya mana nk setelkan hal rumah.

if kt umah saya di Kedah, memang ada mak ayah je..adik bongsu pon dah abes SPM..boleh la dorang tolong layan "mengada-ngada" kami anak beranak..waaa...dilema betol la..belum pun berbincang dengan hubby lagi camne..sebab baru je tau adik dia nk bertunang..tu pun chat via FB ngn adik ipar td. kebarangkalian balik palong agk tinggi sebab si suami asyik cakap saya ni mengandung 10 bulan..hahah.maybe lom terberanak lagi kot time tu..

satu hal, nak elakkan rasa berbelah bagi, kena banyak cakap ngn baby mintak dia kasi kerjasama, soh get ready untuk keluar melihat dunia lebih awal dari 1 May 2011...

haahhahhahahahahha...nanti berbincang dulu ngn suami.. dan tengok keadaan cam ne..ade 2 minggu lagi untuk 1 May,


yg benar,
gadis dilema...

Monday, April 18, 2011

chilis crab with egg...:)

assalamualaikum..

iye2 je tajuk kan..omputih habes..ditranslate kan jadi ketam sambal bertelur..telur ayam daaaa..hari ni gatal sket nk masukkan entry masakan plak..time masak telur dadar tak nak plak ambil  gambar publish kt blog..hahah..(maafkan lah si penulis ye)

semalam shopping barang dapur dekat pasaraya Hero..so beli la stok lauk pauk dan sayur2..menu malam ni ialah Ketam sambal..takleh simpan dalam freezer lama2..dikhuatiri kemanisan ketam akan hilang :(..


resepi sambal ketam simple :)
bahan-bahan
  • 2 ekor ketam yang di belah dua
  • cili kering secukupnya ( saya buat stok banyak..(cili kering dimasak, then di blender, then di masak lagi) so bila nak masak amek je dalam peti..so tak tau bape biji cili kering)*
  • seulas bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 biji telur
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit air
  • garam dan gula
  • minyak utk menumis
  • saya letak daun limau purut-(ini je yg ada kt umah--tp bagus sebab sambal saya jadi wangi )

Cara-cara:
  1. Blend bhn yg bertanda *.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan blend tadi hingga cili masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa. Gaulkan.
  4. Masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. sesekali balik2kan yer.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.masukkan daun limau purut
  6. Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kocok2kan.
  7. Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas ketam. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap sahaja. dan tutup api.

Pureen Clearance Stok ~ 23&24 april 2011

dear all mommy to be, mommy dan semua para ibu bapa atau sesiapa saja..

sekadar ingin berkongsi info..please check this advertisement below:-


p/s: kepada geng2 mommy to be yang masih mencari kelengkapan untuk si baby boleh la jalan2 exercise tengok barang baby... do enjoy your hunting..

selulit = strecth mark...

assalamualaikum..

saya mahukan tips daripada sesiapa yang berpengalaman mengenai masalah ini...selulit aka strecth mark antara yang paling ditakuti oleh para wanita..waa...saya tegolong dalam kumpulan yang takotkan akan terjadinya selulit..huhu

so masa awal2 mengandung, mak dah pesan, sapu minyak awal2 dekat perut supaya tak jadi selulit..

ini bukan perut saya..contoh perut yg mengalami strecth mark..
ehsan dari google..
macam gambar kat atas ni, kira tak la banyak sangat selulitnya..alhadulilllah berkat dari awal sapu minyak baby kt perut yang makin membulat ni, so far belum ada strecth mark di perut..

yang menjadi kesakitan pada otak ni, tempat lain yang tak letak /sapu2 minyak pulak yang terjadinya selulit..iaitu di peha..huhu..waaaa..tekanan beb..even tak la worse, nampak kulit yg meregang tu..mula mula kemerahan..lepas tu menjadi gelap..takkan den nk tepek gambar peha den plak..mau kene kejar ngn laki kang...aduh..rasa tak best la..tak sabar nak tunggu baby lahir dan memulakann sesi mengurut..dengan harapan selulit di peha akan hilang..huhu


kawan2 yang ada pengalaman, korang ada tak losyen atau petua2 yang korang rasa mujarab untuk atasi masalah ni? boleh dikongsi2kan bersama...

p/s: sekarang ni mode merawat..bukan mencegah lagi dah..once da terjadi strech mark takkan nk undo kan..sekarang mencari jalan untuk atasi..tolong..helps..need helps..mana tau losyen,petua korang tu berguna dan sangat berkesan, leh awal2 prepare cari barang2 tu...

Sunday, April 17, 2011

perut tegang...

assalamualaikum

sekarang sudah jam 1 pagi..perut tegang..sakit plak rasanya..ini la akibatnya bila tawaf sebahagian Tesco Extra kat Taman Midah  dan makan satay di Satay Station.

ye betol..tawaf sebahagian je dari tesco tu..sebab perut dah tegang..jalan dah makin tak larat..so tak pergi langsung bahagian basah( bajet nak bli lauk2 sayur2 untuk stok).ikutkan perut saya tak la besar sangat..even daj masuk 9 bulan..orang kata cam 7 bulan je baru....

lepas je beli barang baby dan beli toilettries, saya ajak hubby cepat2 bayar..rasa tak larat dah nk berdiri.huhu..memang mengeras je baby..jd senak plak berjalan...nak jalan slow2 kang orang belakang tak larat nk tggu..

untuk stok makanan, lauk dan sayur akan diteruskan esok pulak. nak g Hero je..sebab dekat dan kecik skit..semua ada tak perlu nak tawaf2..sekarang ni masih lagi tegang perut ni..ke sebab perut kecik, baby dah takde ruang..tu yang rs tak sedap je..huhu..ntah pukul bape nk tdo ni...naisb baik sok cuti :)

Friday, April 15, 2011

tip untuk merawat tumit merekah/kematu.

assalamualaikum..

harini saya nak kongsi dengan korang semua pasal tumit kaki..tak perlu tengok pada orang lain, saya referkan kepada tumit saya sendiri..tumit tak la merekah..tapi rasa kesat je..cam tak best je..so selepas googl tengok petua, mari kita lihat.

Punca punca tumit kematu/keras/merekah:-
  • berdiri terlalu lama di permukaan yang kasar
  • berat badan yang berlebihan
  • mengabaikan kebersihan kaki
  • aktiviti lasak
  • memakai kasut yang terlalu ketat
Cara merawat tumit yang bermasalah ini:-

*Merendamkan kaki dalam air suam selama 10 - 15 minit. Selepas itu , gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan.Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci.


* Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.

* Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.

* Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.

* Boleh juga menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya menanpakkan hasilnya.

 
so untuk hari ni saya nk mulakan dengan petua  seperti dibawah:-
ini petua dari Mak Dara
 
  1. masak air panas atau masak air agak-agak suam kuku. Abil air suam kuku tu masukkan kedalam besen sepenuh agak-agak lepas paras buku lali kaki. Campurkan segengam atau dua gengam garam. Ambil saja garam kat dapur tu. Kacau biar rata dan rendam kaki ke dalam besen yang berisi air bercampur garam tu selama 20 minit.. Semasa merendam kaki tu gosok-gosoklah mana-mana bahagian kakui yang kita nampak kurang menyenangkan hati.
  2.  Untuk menghilangkan rekahan tumit kaki ambil asam jawa campur air sedikit dan gosok keseluruhan tumit kaki. Lakukan seminggu sekali kalau tak berkesempatan. Kalau lagi kerap lagi baik, tumit akan menjadi merah.
  3. Jika rajin ambil sireh tumbuk lumat-lumat kemudian sapukan pada tumit kaki. lakukan seminggu sekali. Bertujuan melembutkan dan memerahkan semula tumit kaki. ( tak de pulak sireh kt rumah. :( )

ehsan dari google..
p/s: kalu malas jugak, sediakan duit dan pergi je ke Spa..hulur kaki, dan diorang akan tolong sentalkan untuk korang...

Thursday, April 14, 2011

Promosi 3 layers shawl(SELENDANG UJE)..sangat cantik :)

assalamualaikum..

hari ni saya ada nak share ngn kawan- kawan yang berminat mencuba selendang/shawl baru..trend terbaru dari Indonesia..kawan saya dari Indonesia ada jual selendang ini..so pre-order la ye..mari kita tengok gambar gambar di bawah..



panjang = 170cm x 200cm
material = chiffon cerruti
 rm38
rm33


sangat cantik..


model2 selendang ini..cantik kan..cuba la :)

mari la cuba selendang ini :)
email saya  : norhafiszah@gmail.com
atau sms/kol : 0136323715


sorry kawan2..saya dah tak jual shawl ni..huhuhu..sory for the inconvinience
harga pos : rm 4 ye kawan-kawan...

sudah terpikir2...adakah akan bersalin awal???

assalamualaikum..

betul la orang cakap, otak memainkan peranan yang sangat penting dalam apa jua perbuatan yg akan dan bakal dilakukan..semalam saya MC lagi..heheh..banyak betol kumpul MC..pity me..

sudah masuk 36 minggu= 9 bulan.. bermakna bulan terakhir membawa perut yng membulat ni..tangan plak makin gatal menggoogle tanda2 bersalin.. so bila dah cam agak hafal simptom2 nak bersalin ni, pantang sakit sikit laju je kata "eh, dah nak bersalin dah kot"..hahhahhaa...

ini antara tanda2 dah dekat nak bersalin...saya himpunkan dari bahan bacaan dari google je(tapi tak lengkap ye) :-

Tanda # 1 – Bayi anda ‘menurun’


Sekiranya anda mengandung buat kali pertama, anda akan merasai bebanan di bahagian pelviks beberapa minggu sebelum melahirkan. Anda akan mengesan tekanan yang kuat di bahagian pelviks.
(saya dah mula rasa..tambah2 kalau bangun berjalan..kadang2 masa tidur pun rs tekanan tu :(...  )


Tanda # 2 – Kontraksi Braxton Hicks

Kekerapan kontraksi Braxton Hicks boleh juga memberi amaran pra kelahiran. Kontraksi kelahiran sebenar ditandakan melalui kematangan pangkal rahim dan kepala bayi mulai turun menandakan kelahiran sebenar akan berlaku.
 Semasa ia berlaku, sesetengah wanita akan mengalami kekejangan, ia seakan sakit senggugut
Ada kalanya, kontraksi Braxton Hicks seakan kontraksi sebenar, ia menjadi sangat sakit dan kekejangan berlaku setiap 10 hingga 20 minit. Keadaan itu membuatkan anda tertanya-tanya adakah ia kontraksi sebenar yang dirasai semasa hendak bersalin. Bagaimanapun, sekiranya kontraksi yang dialami tidak terlalu panjang, lebih kuat dan kadar kecutan dan kembang pangkal rahim tidak secara progresif, maka ia hanyalah kontraksi palsu yang dinamakan ‘false labor’
.( perut saya selalu keras..dan sakit..tapi bukan braxton hick lagi rasanya..sebab kekerapan tu langsung tak sekata...ke ini boleh dikategorikan sebagai petanda jugak?


Tanda # 3 – Kematangan pangkal rahim

Beberapa hari dan minggu sebelum melahirkan, Braxton Hicks mungkin menjalankan kerja-kerja saringan seperti melembutkan, menipiskan dan mungkin membuka sedikit pangkal rahim. Sekiranya anda pernah melahirkan, pangkal rahim anda mungkin mengembang satu atau dua sentimeter sebelum proses bersalin – tetapi perlu diingatkan, kelahiran tidak semestinya berlaku, sungguhpun waktu itu kandungan pertama anda telah memasuki 40 minggu dan pangkal rahim mengembang satu sentimeter. Sekiranya anda menghampiri tarikh bersalin, doktor sakit puan akan memeriksa faraj semasa lawatan prenatal. Ia bertujuan untuk melihat sama ada pangkal rahim telah berubah atau sebaliknya


Tanda # 4 – Anda mengalami mucus plug atau ‘bloody show’

Anda mungkin mengalami mucus plug – sejumlah kecil lendir pekat yang jernih yang menyelubungi saluran pangkal rahim semasa kandungan memasuki usia 9 bulan. sekiranya pangkal rahim mulai mengembang, ia menandakan anda semakin menghampiri saat bersalin. Lendir-lendir itu akan keluar bersama dalam bentuk gumpalan. Lendir itu mungkin bercampur dengan darah yang menyebabkan ia berwarna coklat, merah jambu atau merah. Maka itulah yang dinamakan ‘bloody show’. Hubungan seks dan pemeriksaan faraj boleh mengganggu mucus plug dan menyebabkan pendarahan sebelum tiba waktu anda melahirkan. Dalam sesetengah kes, jika anda menyedari terdapat tompok-tompok darah, segeralah hubungi atau berjumpa dengan pakar sakit puan ( ini boleh dikatakan sedikit saja mkus itu..tapi belum bloody snow lagi..so bukan dalam masa minggu yangterdekat kot)

Tanda # 5 – Air ketuban pecah

Apabila air ketuban dalam kantung di sekeliling bayi terpecah, cecair itu akan bocor dan keluar melalui faraj. Sama ada ia keluar sekaligus atau sedikit demi sedikit, anda perlu segera menghubungi pakar sakit puan. Kebanyakan wanita biasanya mengalami kontraksi terlebih dahulu, kemudian barulah pecah air ketuban. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, air ketuban boleh keluar dahulu. Sekiranya ia berlaku, kelahiran pasti akan menyusul tidak lama selepas itu. Sekiranya anda tidak mengalami kontraksi dalam tempoh waktu yang tertentu, anda perlu di ‘induce’ (masuk ubat) untuk menggalakkan pembukaan pintu rahim bagi menyegerakan kelahiran. Hal ini kerana tanpa air ketuban, bayi lebih mudah terdedah dengan jangkitan kuman dan mungkin lemas akibat kekurangan air ketuban. (harus lah belum lagi?)

p/s: perut dah makin penuh dan sakit2..terasa seperti  mahu bersalin awal..tapi risau ,seram. nerves semuanya ada..sempat tak nak balik kg hujung bulan ni???kalu tak sempat baby KL jugak la..bajet mahu baby Kedah..wallahualam...bila masanya tak dapat langsung nak predict..kalu awal bagus jugak :) ,mana tau baby nak sama ngn tarikh anniversary mama & papa...

Tuesday, April 12, 2011

EMOSI terganggu

harini sensitif dan sedikit emosi....:( dan terasa mahu menangis je..

Monday, April 11, 2011

panas dan berpeluh di hujung kehamilan

assalamualaikum

info:
Ketika hamil si ibu mendapati bahawa mereka labih mudah berpeluh dalam cuaca lembab dan apabila panas, mereka akan berasa panas tidak terhingga. Kadang-kadang si ibu juga akan berpeluh pada waktu malam.



Peluh yang berlebihan ini berpunca daripada salur darah yang terbuka kerana hamil. Tidak ada rawatan yang khusus untuknya dan apa yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung ialah mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan, selalu berehat dan kerap mandi dengan air sejuk. Ibu yang mengandung perlu lebih banyak mengambil bendalir kerana berpeluh lebih banyak mengeluarkan bendalir.
 
p/s: melalui pengalaman yang saya sedang lalui sekarang, memang panas.even balik kerja petang nya dah mandi, tengah2 malam boleh berpeluh lagi..kalu tak tahan panas& tak selesa tu saya bantai je mandi lagi..tapi tengah malam mandi sikit2 je la..rambut pun tak basahkan..lepas mandi baru rasa selesa nak tidur..
 
tapi ada kerisauan sikit..kan orang kata mandi malam tak elok..nanti peparu masuk air.huh..bahaya kan?????

Sunday, April 10, 2011

maternity Photoshoot..thanks sis

assalamualaikum..

mula mula nak minta maaf dekat Hafizudin hamdan..sebab terpaksa cancel maternity photoshoot dengan dia..huhu..dah lama plan nak guna khidmat dia( korang klik kat nama die tu;;leh tgk hasilnya yg superb)..tapi terpaksa cancel sebab tarikh yg saya booking, hubby ajak balik Palong..bapak mertua balik dari Umrah aritu. so hubby memang nak balik Palong jumpa orang tua dia..pulak tu ahad sebelum tu die kena kerja so die minta saya cancelkan dengan Hafiz sebab ahad tu je die dapat cuti..maaf ye hafiz..jgn marah..huhu..

agak frust bila terpaksa cancel..cam punah harapan nk ada pics cantik2..nak dijadikan cerita,
kebetulan my sis yg stay kt putrajaya tu baru dapat hadiah dari hubby tersayang kamera DSLR canon..so beliau tengah excited mengexplore gajet terbaru tu..so apa lagi, kami dapat peluang la menggedik2 ala2 photoshoot depan kamera beliau..haha..excited lebih kan( sedangkan ramai dah orang memiliki DSLR)hehe..

so pics ni kami ambil hari sabtu lepas..lepas balik dari kenduri Aiman+ Che in di Gombak..

lokasi : PULLMAN, Putrajaya
model: Puan norhafiszah & Encik Syahnon
usia kandungan: sudah 35 minggu
p/s: gambar2 ni diedit sendiri oleh saya guna Photoscape..hahhakelakor je..tak reti nk edit..ini la hasilnya









Thursday, April 7, 2011

cara solat duduk atas kerusi...

assalamualaikum...

hai kawan2..tadi buat entry, saya ada sebut pasal sembahyang duduk atas kerusi..saja nk berkongsi dengan kawan2..yang sudah tahu, alhamdulillah...yang masih was2..boleh rujuk kaedah dibawah..saya kasi link dari laman web ni..untuk lebih detail pasal solat cara lain korang boleh rujuk ye..

http://www.scribd.com/doc/15432050/Panduan-Solat-Bagi-Pesakit-dari-JAKIM

oleh sebab perut dah makin memboyot..kaki sengal2 sikit..saya rasa kurang selesa kalu sembahyang duduk dilantai..tekanan pada paha dan  lutut menyebabkan sangat lenguh...kalu berdiri untuk solat subuh dam magrib tak terasa sangat..kalau solat 4 rakaat rasa lenguh sikit nak bangun..(tapi andai korang kuat dan larat buat la berdiri..ajaran Islam tak menyusahkan penganutnya..ada cara yang lebih mudah mengikut kemampuan)

p/s: saya tak boleh copy paste..sebab hakcipta terpelihara..kang kena saman tak pasal2..korang rujuk je terus kt link tu
tapi ini ada satu link, die ada cerita sikit pasal sah atau tidak soalt ats kerusi..korang baca ye :)

http://hady-83.blogspot.com/2010/12/solat-duduk-atas-kerusi.html

8th check up- 34 minggu++

assalamualaikum..

sudah lebih 8 bulan usia kandungan..so melawat  klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) adalah menjadi kwajipan setiap 2 minggu sekali..everything is fine..macam selalu jugak datang pukul 8.30 pagi, menunggu jumpa nurse 2-3 jam..huhu..setle pukul 12tengah hari..sempat la saya tertidur..haha

update:
usia kandungan = 34minggu ++
tinggi rahim= 34
HB= 11.5
tekanan darah=90/70
berat=63.5kg (naik 2 kg dalam masa 2 minggu..nurse kata OK)
kandungan gula dalam darah= nil
bengkak kaki= yes




tak de apa nak update sangat..sebab nothing was so strange..sekarang lebih cepat penat...solat pun kalu yang 4 waktu tak larat nak berdiri lama.sembahyang duduk atas kerusi. kalu waktu subuh dan magrib masih berdiri seperti biasa..perut tak besar mana..tapi rasa senak..huhu.baby aktif menendang tapi tak mengganggu tidur..she was so good gurl..alhamdullillah tiada sebarang konflik untuk kandungan kali pertama ni..hopefully she will  behave as good as she can before and after delivery...

cuma lately, hubby mula mempersoalkan ke"ready"an saya nk bergelar mama..
suami:" ayang dah ready ke nak jadi mama?''
isteri: " ready atau tak kena ready jugak"
suami: " betol2 la..abg tanya serius ni"
isteri: " nape tanya macam tu??????"

bermula la episod ceramah free..beliau memang suka berceramah kt saya..haha..tambah2 pasal pendidikan anak ni..dia cakap jangan ikut sangat baby..kena train baby dari kecik..bak kata pepatah   " melentur buluh biar dari rebungnya"..sebab dia kadang2 risau tengok cara sy manjakan anak2 buah..hubby risau anak2 kami nanti terlebih manja sebab mamanya tak "keras"..huhu..saya cakap la.."ape nak risau, abg kan ada..papa kan garang..papa la ajar"..hahhha...dan dia mula berimaginasi yg bukan2.hehe

tapi masih ada riak kerisauan di muka beliau..dan beliau tak sudah2 ingatkan saya pasal pendidikan anak ni..harus dimulakan dari kecik..oooooooo..pening ok..baby belum pun kuar..dah kuar nanti pandai2 la mama papa ajar sikit2..takkan kuar2 je nak anak jadi good gurl aje..manusia boleh berubah...

p/s: tak terlebih panjang pulak..:p

Tuesday, April 5, 2011

ABPBH 2010: Seri Ibu mengandung..Rita Rudaini sgt cantik!

assalamualaikum...

saya menggoogle pasal Rita Rudaini selepas terpegun tengok jelita betol beliau masa sampaikan anugerah ABPBH hari Ahad haritu..berseri2 Rita..tambah pulak maternity dress ngn net kt rambut die tu..waa..sangat kena dan meletop dengan Rita yang memang sedia cun..inikah namanya seri ibu mengandung????..nak jadi macam die boleh tak???

lagi sweet Rita gtau yang suami die si Aidil jaga anak mereka Rayyan di hotel..so sweet ok!..ye la mana ada orang bawak baby kt ke majlis tu kan..mau menangis kot.dah la lama majlis tu..tak pasti waktu ABPBH ni Rita dah mengandung berapa bulan..dengar gosip, Rita tengah menghitung hari je..siap ada ambulans standby untuk dia..

maybe kali ni Rita preggy anak perempuan kot..sebab nampak perut die ke bawah jugak..wallualamm.apa pun mari kita doakan supaya semuanya selamat..Rita dan baby selamat..sama seperti saya jugak..hehe

cantik betol Rita Rudaini..sweet abes!

menjelang 35 minggu usia kehamilan..

assalamualaikum W.B.T..

lakaran dari yang pakar:-
beginilah kedudukan bayi dalam kandungan di usia 35 minggu
info dari pakar:-

~Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.~


hari ni saja nak berkongsi rasa dengan kawan-kawan..

sudah menjejaki usia 35 minggu kehamilan..tidak lebih 40 hari lagi menjelang due date..apa yang saya rasa setakat ini???? :-
  • bila malam terasa panas aje..panas dan berpeluh ye kawan2..dah mandi malam pun berpeluh je lagi..kipas on dah laju dah..~ sampai kadang2 tidor pun tak nak pakai baju..sensor di situ..hahha..sila jangan pikir lebih2 ye..selimut rasa tidak diperlukan..kaki memang tak bertutup la.sebab panas..hehe..
  • perut terasa makin tegang..sampai rasa tak boleh ada sebarang beban diatasnya..hubby letak lengan die pon terasa tak selesa..~sampai kadang2 si hubby tak tau nak peluk di mana..
  • maybe baby dah engage kot..ini tak bape pasti sebab belum scan lepas 8  bulan..tunggu hari khamis ni jumpa doktor.. saya rasa baby dah engage sebab terasa sakit di bahagain bawah pelvik.~ macam bila bangun berjalan rasa cam sengal2 aje kt pundi kencing..tapi belum rasa ringan lagi perut..orang kata if terasa ringan mean baby dah memang dalam laluan..sy masih belum 9 bulan kot..so belum terasa ringan lagi perut tu..
  • pernafasan sedikit terganggu..macam tak bape nk clear sangat.simpton apa tak pasti
  • belum ada susu lagi..sebab ada a few frens asking, dah ada susu ke???sesetengah orang dah mula kuar susu dari niple dia..saya rasa saya belum :)
  • kaki memang dah kembang.sandle tak muat..tapi pakai je..nak beli len takot lepas beranak kecut kaki ni..tak best plak pakai sandle besar2..
  • baby kicking adalah seperti biasa..
~ini semua pengalaman saya seorang je..sebab masing2 ada pengalaman mengandung tersendiri kan..tak sama setiap individu..
\

Monday, April 4, 2011

barang baby sudah dalam boot kereta...

assalamualaikum..


ada 41 hari lagi menjelang hari due date..rasa cam geram je tengok barang baby dalam bilik sebelah tu..so saya ajak suami angkut barang2 tu sikit2 bawak masuk dalam kereta..ikutkan perancangan mahu balik bersalin di kampung- Kuala NErang KEdah.

cantik tersusun barang barang baby dan mama dalam boot kereta..tinggal baju2  mama dan papa aje.(barang tak banyak mana pun..muat sangat la kete tu).tunggu masa yang sesuai untuk balik kampung..tapi tak tau bila masa yang sesuai nya..if tak sempat balik kampung, saya mungkin akan bersalin di Hospital Kuala Lumpur.(incase baby kuar awal sebelum 38 minggu).. kalu boleh tak nak amek cuti awal sangat..cian pulak tinggal suami sorang2 kt KL..dia asyek cakap sunyi kalu sorang2..

tapi kalu amek cuti awal takot baby kuar lepas 40 miggu..dah la cuti bersalin 60 hari je..nanti kena masuk kerja awal..huhuh..tapi wallahualam..kita hanya merancang..Allah yang tentukan..rasanya by 1 of May saya dah nak start cuti bersalin..on that date dah masuk 38 minggu dah..so rasanya elok la kot balik kampung..alangkah bagusnya once dah sampai kampung, dah rasa nk bersalin..mean 1-2 hari sampai kampung je terus beranak..kan senang..hahasempat suami ada di sisi( cheewah...ehhhe) bukan senang nk balik selalu KL-kuala nerang..jauh  betol..

merancang dan terus merancang selagi si baby tak kuar..ketentuannya berserah dan tawakal aje kepada Pencipta....

Sunday, April 3, 2011

lunch di hari Ahad...

assalamualaikum...

hari ahad yang tenang..tak kuar mana2 pun since suami kerja..oleh sebab die balik lunch dekat rumah, memang masak lunch..

masa nk tunggu dia sampai rumah, sempat menggedik snap picture..haha..(orang lain masak lagi ok..takde pon nk update blog) tapi saya gatal sikit hari ahad ni..hahhaha

cuba teka ada apa bawah tudung saji tu???
kobis goreng +telur, gulai ikan,ikan goreng , ulam dan sambal belacan
air kelapa muda..

orang kedah memang suka makan gulai..hehe..saya buat gulai
ikan jenahak..si suami suka makan ulam Raja..
kenyang betul..bertambah2 nasi..perut pon makin tegang..sekali sekala aje masak lunch..hari cuti je la..sebab kan masing2 kerja...hehe..ini antara set lunch yang selalu dimasak oleh saya.kira makanan standard la..orang kedah suka makan GULAI...hehe.,kami jarang panggil Kari..

Friday, April 1, 2011

dinner at Tony Roma's

assalamualaikum..

sekarang tengah tengok Maharaja Lawak..baru balik dinner dekat midvaley.

sebenarnya unplanned dinner..sebab lepas g Leisure Mall beli barang hubby, kami plan nk makan dekat Sekinchan Ikan Bakar, dekat cawangan baru di Bandar Tun Razak. jalan jammed pulak..lepas tu boleh pulak tersalah masuk jalan..memang tak leh u-turn..so kami terus je la ke Midvaley.

mulanya nak makan kt Manhattan Fish Market. tapi sampai je ramai orang beratur tunggu turn..hari ni sempena 1 April, ade promosi..rm 6.90 untuk fish n chip..tapi oleh sebab panjang pulak line orang beratur,  so tak jadi la..perut dah lapar...tak larat nak tggu2 lagi..

since si suami nk makan steak, saya ajak g Tony Roma's. sedap makanan die..sedap dan mahal..heheh..takpe la sekali sekala je kan..klu selalu memang tak boleh..tak padan dengan poket kot...


shrimp pasta



ribeye steak 
pic amek dari FB je..so kecik..takleh besar.harga nya memang mahal la bgi kami :P...

lepas kenyang2 kami pun  nak balik je terus. sebab nak tengok Maharaja Lawak. tapi mencari kereta dekat parking punya la lama..mula2 sampai memang si suami  snap location kereta tu..tp oleh sebab snap pic byk BB suami habes bateri.huhu..aduh sakit kaki mencari kereta..bukan kecik parking tu,,naik hangen jadinya,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;