Tuesday, October 2, 2018

Izzam Ilyas 3 bulan

assalam

update izzam untuk bulan ke 3.tapi hari ni genap izzam 100 hari usianya..appointment untuk cucuk 3 bulan hari ni. everything went well. biasa la klinik kesihatan kt KL/selangor dan kawasan bandar ni.penuh umat manusia..sama dengan ibu mengandung dan baby kecil.biasa la menunggu giliran sejam tu..selalu lebih..


hari ni lepas hantar tok ayah dan atok naik bas pulang ke kampung, papa dropkan kami di klinik sg sekamat tu.atirah tak sekolah agama selama dua minggu bermula hari ni sebab sekolah agama beliau dijadikan tempat exam utk UPKK.ada sekolah tumpang katanya..so budak2 yg tak terlibat akan diberi cuti..

kakak atirah excited sikit. sebab dia kata takpernah dapat ikut pergi klinik...

Izzam tidur je sejak sampai hingga giliran dia dipanggil.tidor peluk mama dalam Boba4g tu, memang sedap..tak terkejut...nyenyak dia tidor...sampai turn dia, lepas je timbang tak lama dia boleh stay.start nangis nk minum susu.ye la dah lama tidor awalnya...masa kena cucuk kt peha tu pun dia meraung gak.sakit la.,..

update terkini tentang Izzam


berat 1 bulan = 4.5kg
berat 2 bulan= 5.6kg
berat 3 bulan= 6.6kg
 (naik 1 kg dari usia 2 bulan)
tinggi/panjang 63cm


tak dapat nk update panjang sangat.pembesaran izzam positif as others, dari segi tindak balas utk usia beliau alhamdulillah ontrack..

 untuk tatapan di masa hadapan, so kita abadikan beberapa keping gambar sekitar hari kejadian.untuk kenangan...

kak long atirah makin gelap.haha.g sekolah ari ari kan...hehe

izzam 3 bulan...geram je tgk dia hari hari

kakngah elisa :)


Wednesday, August 29, 2018

BIRTHDAY ELISA YANG KE 4 TAHUN

assalam

update pantas, baru je lepas celebrate birthday  anak kedua saya, Nur Eryna Elisa yang ke 4 tahun..  simple celebration di Experiment Kitchen , Cheras-Kajang. kami makan set TALAM SPAGETI :).banyak giler ,siap bungkus bawak balik :)

Kek ni tempah dari kawan UTM saya, Syarah Kamal.

seronok tengok reaksi dia dapat hadiah yang dia mintak sendiri.paktam ada tanya nak hadiah apa, dia minta PJ Mask.. bbila buka hadiah memang PJMASK. memang suka sangat la dia...
bila tengok dia happy rasa berbunga bunga hati..

Budak macam tu la kan ..tak perlu mahal beria-ria.. asal dpt apa yg disukai..asalkan berbalut.dah suka sangat dah..sebab tu selalu2 la bagi hadiah pada kanak2..supaya stress level orang dewasa berkurangan.





macam biasa  paktam dan maktam join celebrate birthday elisa :)















Sunday, July 15, 2018

detik kelahiran baby ketiga_Muhammad Izzam Ilyas

assalam..

hari ni baru kesempatan nak update blog. hari ni dah 22 hari usia baby Ilyas dan bermaksud sudah 22 hari mamanya dalam mood berpantang.. biasa la, anak makin bertambah , regim berpantang makin longgar.sendiri makan sendiri tanggung la jawabnya...

okes,  rentetan dari cerita pasal kelahiran bayi ke3 ni..

kesah nya sama jugak dengan anak pertama dan kedua.sama nya part mama dia jenuh menunggu bila la bayi nak keluar.alkesahnya mama dia ni jenis amek cuti awal 2 mggu sebelum due date. kekonon baby akan keluar awal dari due date 40minggu tu..tp tetap non hado!

masa raya aidilfitri 2018 tu, baby da  38w5days dalam perut. bajetnya lepas raya pertama tu, nk beranak beranak lah..sebab da semua benda maknya da makan. tp tetap takde tanda tanda baby nk keluar...mak dia rushing nak baby keluar awal sebab siankan akak sulung, si atirah tu kena masuk sekolah dah/.takot cuti lama sangat....if baby keluar awl boleh la pantang lama sikit kt kampung tu.

kejap, nak selit sikit gambar kami beraya tahun ni,kesah ilyas kita sambung jap lg..janji 1 entry ni je, takkan ada siri 1,2 atau seterusnya,.hahhaha
Foto Norhafiszah Bt Johari.
 gambar bersama anak sulung i..atirah dah 7 tahun..ni je gambar yang nampak baby burmp tu besar sgt.gmbar len tak bape nampak

Foto Syahnon Bin Abdul Rahim.
tahun ni beraya diKedah. memang turn belah family mama... tema kami tahun ni CREAM..
Foto Norhafiszah Bt Johari.
adik adik perempuan ku...
Foto Norhafiszah Bt Johari.
gigirls edition
Foto Norhafiszah Bt Johari.
guys edition..ini barisan abg, suami, abg ipar, adik adik ipar dan anak buah

Foto Norhafiszah Bt Johari.
gambar bersama kakngah elisa.. sudah 4 tahun usianya


okey, berbalik kesah kelahiran,,,.lepas raya pertama until ke3, takde tanda apa2. masih busy beraya ,kunjuung mengunjung,. terima tetamu silih berganti..masih tiada apa apa.. start raya ke 4,da, 5 suami ajak berjalan jalan...kami je berjalan kt aloq staq tu,anak anak tinggal sebab dorang bisy nak main ngn sepupu dorang. so kiranya kami berdating sambil banyakkan berjalan la. nak bagi cepat beranak.hehhe.

tp baby menten berguling dalam perut mak dia... start raya ke 5 tu mak dia dah rajin jalan pusing kampung. ajak la ank ke, anak buah yang rajin nk berjalan sekali...petua suruh squad, makan telur separuh masak dengan kopi pekat sume i buat.hahah.mandi lama lama, dll pun buat jugak..

sampai la raya ke 7.suami dah balik kl sebab  banyak urusan kerja kena buat.tinggalla kami anak beranak kat kampung bersama atok nenek, sabar menunggu detik kelahiran bayi...

skip la raya 8.... sebabnya rutin biasa biasa je..takde yang menarik berlaku..berjalan setiap pagi dan petang je..

ok, masuk raya ke 9.iaitu hari Sabtu..HARI DUE DATE 40 minggu..mula dah rasa contraction..10 minit sekali..rasa mcam nak jadi dah...hehe.tp sabar je sebab boleh tahan. ikut pengalaman terdahulu, kalau masa sakit tu, sy boleh tidor, mean sakit tu belum nk beranak lg...bangun tido je sakit hilang.
tapi pagi sabtu tu dah rasa kuat..10 minit sekali. rasa macam ada bukaan la kot.. time ni apa tanda seperti turun darah atau air takde..hanya sakit contraction je..

so ajak ayah pergi  Hospital Kuala Nerang nk cek bukaan.. Nurse cekkan..dia kata belum ada bukaan. time terbaring kt katil masa nurse cek bukaan tu langsung takde sakit contraction. aduh..main main la..so nurse cakap nk warded tak.sebab katil ada je kosong. sy cakap takpe la, nak balik dulu..lagipun time tu sakit memang takde..


balik rumah buat aktiviti biasa.. petang tu sis jalan jalan keliling kampung.kali ni semua anak buah ikut ..termasuk anak sy ada 6 org budak2 berjalan sekali.. dari umur 4 tahun hingga 11 tahun. so kami berjalan jalan santai petang tu.tp masa berjalan tu sis da rasa kerap dah contraction, masa sakit tu sy berhenti jalan jap.kontrol kesakitan..berjalan samapi 6.30ptg rasanya,..

balik rumah rest tertidor pulak. lepas tu terjaga bila anak kejut,cakap tok ayah ajak makan mee rebus..tq ayah belikan MEE REBUS ISA tu. da lama teringin nak makan. kedai dia tutup sebab  raya kan...aritu tu ayah nampak kedai tu buka, terus ayah blikan..so dapat la makan mee rebus yang teringin sangat tu...

lepas makan tu terus nk g mandi sebab contraction makin kuat.mandi lama lama sambil tahan contraction.time tu makin kuat dah rasa,tp still boleh tahan so tak gtau ayah lg. tp dah  inform suami  pasal sakit tu.so suami cakap dia balik malam ni jugak. naik bas jam 10mlm dr kajang ke kuala nerang. memang tak bagi dia bawak balik kereta kos byk. then nnti bukan terus bawak kami balik Kajang balik.

akak ajak makan nasi goreng mlm tu, dah rasa tak boleh tahan.so tak rasa nak jamah nasi tu.cakap kt mak sakit dah makin kuat. time tu jam 9.30mlm lebih dah...time ni mak dah gelisah sebab ayah tak balik lagi dari surau. kebetulan malam tu ada  tahlil untuk arwah aisyah( anak kawan sy meninggal)..so lama sikit ayah kt surau. mak dah gelisah tengok saya makin sakit... tak lama lepas tu ayah balik terus start enjin  kereta menuju ke hospital.

time tu ayah tanya, kalau tak tahan dah kita pergi hospital kuala nerang je.saya cakap boleh tahan lg..sebab  perjalanan ke hospital sultahan bahiyah kurang2 40 minit gak.. masa dalam kereta tu kuat sangat contractionnya..huhu/memang betahan je la.


sampai hospital lebih kuang 10.45 mlm kot.mak cakap naik kerusi roda la,sy cakap takperlu la, boleh berjalan lagi ke wad bersalin.tak jauh pun.masuk bahagian wad bersalin tu nurse cakap masuk untuk cek bukaan, jam 11mlm lebih kurang time tu..

sakit kemain kuat lagi bila dalam bilik tu.. doktor cek bukaan dah 4cm.so dia cakap dah aktif labor. so nurse suruh tukar baju dan boleh masuk labor room terus,time ni takyah bercakap la, sebab sakit makin kuat. masuk laborom  doktor lain datang cek. dia kata dia pecahkan ketuban ye. ,lepas tu panas je rasa.air ketuban da pecah...rasa sakit sangat dah time tu.. doktor cakap belum lg ni.baru 7cm.. dia suruh tunggu dulu,..

duduk atas katil tu mana la boleh tahan sakit contraction, sy mintak gas kt nurse utk kurangkan sakit.dia ckap takperlu la gas.nanti cik pening lepas bersalin... tak lama lepas nurse ada 3org nurse masuk.dia cakap sakit sangat ke?nk teran tak? sy cakap mmg sakit nk teran dah ni.. dia kata teran la..boleh dah ni..ntah la bukaan da ckup 10cm ke tak..banyak kali gak la teran.. teran sepenuh hati sangat dah tu.. alhamdullillah jam 12.30 pagi dah beranak.

rasa macam 30minit je masuk dalam labor room tu..alhamdulillah da selamat keluar baby boy...terus nurse letak atas dada.siap tunjuk kemaluan baby. nurse tanya baby apa, walaupun nampak bibird dia, mulut ni laju je cakap girl.adoi la....ini boy ni puan...nurse gtau..hehe.

baby boy terbaru berat die 2.92kg..dilahirkan pada usia kandungan 40minggu 1 hari. kira overdua 1 hari je la..proses keluarkan uri dll berlansung..time tu tak rasa apa dah,anak da keluar sume rasa ok dah..bermacam macam proses yang nurse buat..yang saya tau kami dipindahkan ke wad jam 2.30pagi..


mak ayah saya kt luar tu tak tau apa cerita anak dia.. tunggu tunggu je..takde list keluar kt digital board pun .tahu2 nurse panggil waris  je..alhamdulillah semuanya selamat.lepas ayah saya azan kan bby, dorang balik ke rumah.biarkan saya berehat bersama bby dlm wad..

suami??dia dalam bas dalam perjalanan balik ke kedah. kali ni dia terlepas detik kelahiran...tak macam sebelum sebelum ni. sebab sebelum ni proses kelahiran tu lama sangat . so dia bajet if sakit tu, belum nk beranak awal lg..sempat dia sampai.rupanya tak sempat langsung..suami datang dengan anak anak pagi Ahad tu. tapi tak boleh masuk sebab bukan waktu lawatan lagi,so diorang tunggu jam 12 tgh hari ...time pagi tu doktor ada dtg tanya perkhabaran bayi dan ibu,since takde masalah dia kata boleh balik dah... so tunggu surat doktor siap boleh discharge/.so suami dan anak anak tunggu la sampai kami semua boleh keluar.kami discharge lebih kurg jam 3-4ptg..


Dah bosan baca panjang2? ok la ye..sampai situ je..

Muhammad Izzam Ilyas pada hari  kelahirannya..24/06/2018  AHAD ( 10 SYAWAL 1439)...

First day bukak mata melihat DUNIA...selamat datang sayang.

Izzam Ilyas DAY 1.. dah balik ke rumah tok ayah dah...


next entry entah bila pulak..sekarang Izzam dah 22 hari dah ,rambut pun da dah botak seusia 10 hari...nanti plak ya kita sambung. tajuk apa tak pasti...tunggu je la mood menaip mak dia sampai

Wednesday, May 23, 2018

cirit birit di usia kandungan 35 minggu

assalam

hari ni  genap 36 minggu kehamilan bayi ke3 ni. alhamdulillah sihat sejahtera hari ni..sudah 7 Ramadan kan...dan sy belum berjaya puasa lagi.

last week 2 hari sebelum genap 35 minggu, saya tak sihat. selera makan takde.tidu teganggu sebab rasa sakit perut.bila kurang makan badan rasa lemah giler.perut rasa mengeras dan sakit.macam CONTRACTION. ,maybe tu Braxton Hicks kot..

sejak lemah tu saya kena cirit birit.berlangsung 4 hari secara total nya. masa sakit tu rajin google tentang cirit birit ni.ada kata bila da cirit birit ni hampir sangat nak bersalin dah.saya da pikir macam macam dah.memang rasa akan bersalin awal.

suami belikan air 100plus, ubat cirit tu. tp selera makan tak naik even paksa. suami paksa jugak makan.dia cakap jgn banyak google..nanti terpengaruh benda bukan bukan..so, masuk ramadan, suam cakap jangan puasa,,kena makan banyak. sakit perut tp baby masih bergerak gerak.sakit mcm contraction.mengeras...huhu


cirit birit saya tu tak bejangkit ngn ahli keluarga yang lain..memang punca dari angin dalam badan rasanya. bila selera makan dah bagus, cirit birit pun hilang..perut pun tak mengeras lagi...dan 36minggu  berlangsung dengan baik sekali..tiada tanda tanda mahu bersalin lagi..

oh, masa cirit birit belangsung 2 hari, saya pegi hospital risau takot efek bayi/lepas scan dan cek darah alhamdulillah semua ok. doktor pesan minum air banyak banyak..dok cakap tunggu la 37 minggu biar semua organ baby matang sepenuhnya..

ikutkan hati sy prefer beranak awal.so nanti raya tak kelam kabut nak bersalin.ikut kan tarikh hari raya tu kandungan dan 39weeks lebih..ikut history anak pertama dan kedua, diorang dilahirkan pada 40w dan 41w pluss...tak tau la anak ketiga ni nak follow akak akak atau nk keluar awal.

doakan semuanya ok ok sahaja ya :)


Thursday, April 12, 2018

CUTI SEKOLAH: jalan jalan PULAU PANGKOR

assalam,

entry agak basi sebab da lama cuti sekolah penggal pertama selesai..baru sempat nak update pasal percutian ringkas kami sekeluarga ke Pulau Pangkor..untuk bacaan di hari hari mendatang supaya kenangan sentiasa terpahat :)

cuti sekolah bermula kami terus pulang ke kampung halaman..bersama adik kakak yang balik kampung memeriahkan suasana..macam macam aktiviti kami buat, sambutan hari jadi Mariam dan Izzad, makan kenduri sepupu terdekat, Maisarah dan Syauqi...

Percutian di Pulau Pangkor hanya 2 hari 1 malam sahaja bermula 20.03.2018.

bertolak seawal 7 pagi dari Kuala Nerang,Kedah. kami sampai dalam jam 1petang di Jeti Lumut.

Parking bertingkat di Jeti Lumut dengan hargaRM0.60/HOUR.

Bagus parking kat sini, selamat dan kereta tak PANAS!


kami  terus mencari tiket di Jeti Lumut, akan ada beberapa orang ejen yang syorkan aktiviti pantai di Pulau Pangkor. terserah pada kalian untuk beli pakej tu dekat diorang atau boleh terus walkin di pantai Bogak atau Teluk NIPAH. paling happening di Teluk Nipah la.buat yang belum pernah pergi ke Pulau Pangkor ni, untuk makluman korang, Pulau Pangkor ni KECIK je..jalan 1 hari pun dah cukup sebenarnya ..hihi

oleh sebab tak pernah datang ke Pulau Pangkor ni, kami decide amek pakej je kt Jeti Lumut ni. Pakej Snorkeling di Teluk Nipah RM110 .Pakej ni termasuk BOT, alat snorkeling, kasut. kami berempat tak share pun bot dengan orang lain. 

Tiket Feri ke Pulau Pangkor RM14/person/Pergi Balik
untuk kanak kanak separuh harga

perjalanan rasanya 30-45 minit je..tak terlalu jauh pun. oh ya, kami dapat kontek no dari ejen di Jeti lumut tu untuk KERETA SEWA. kami decide amek kereta sewa supaya senang berjalan. ye la bawak anak kecik 7 tahun dan 4 tahun..untuk keselesaan kami sewa kereta.untuk yang pergi berdua tu,sewa moto dah bermadai..atau naik je TEKSI PINK//teksi PINK saya tak pasti rate nya berapa..kalau datang beramai-ramai sesuai la.. tokey kereta sewa tu cakap isi RM10 je..tp kami isi RM15 untuk minyak kereta.

Kami check in di Kejora Garden Resort di Pasir Bogak..Pasir Bogak dekat sangat ngn town Pulau Pangkor.bagi saya  penempatan strategik di Pulau Pangkor adalah Pasir Bogak. sebab nak ke Teluk nipah lebih kurang 5-10 minit je naik kereta..tak jauh pun. Pasir Bogak ada banyak hotel besar dan kemudahan kedai runcit nya bagus. tak Padat macam Teluk nipah, Resort dan hotel di Teluk nipah padat...

...lepas selesai check in kami terus ke Teluk Nipah untuk sesi snorkeling. sempat isi perut di warung warung tepi jalan kat situ.. pakej snorkeling ni termasuk island hoping la. tp tempat dilawati tu kecik je..tengok beberapa batu yang unik, seperti ada Kalimah ALLLAH, bentuk buaya, dan bermacam lagi, lepas tu terus g pulau kecik (PULAU GIAM) untuk sesi snorkeling  kat situ..jarak nya tak jauh pun dari teluk nipah..siap boleh nampak dari tempat snorkeling tu.. pakej snorkeling kt Pulau Pangkor SIMPLE...tak sama macam pakej dekat PULAU LANGKAWI atau pulau REDANG dan seangkatan dengan nya...tp just enjoy de VACATion..setiap tempat ada keunikan tersendiri..so pergi la Cuti Cuti Malaysia...

Foto Norhafiszah Bt Johari.
kakak atirah  7 tahun

Foto Norhafiszah Bt Johari.
set lengkat untuk snorkeling.ada kasut untuk precent dari luka terkena batu batu yg tajam tu

Foto Norhafiszah Bt Johari.
papa dan elisa just enjoy the wave!
Foto Norhafiszah Bt Johari.
tempat snorkeling di Pulau Giam

Foto Norhafiszah Bt Johari.
elisa tak berapa suka sesi snorkeling ni sebab dia tak suka air masin...selesai snorkeling ni kami balik dengan pakaian basah ni. malas nak tukar baju...hahha.sebab anak anak nak mandi Pool kt hotel tu.  bila baju separuh nak kering, kami terus naik kereta pusing pusing pulau pangkor...kereta sewa tu seatnya full leather.so takde masalah sangat la kot :)..kami tak singgah mana pun, just nak round pulau nak cari tempat tempat menarik untuk perjalanan seterusnya..


cuba korang tengok map ni.



kami pusing satu pulau tu naik kereta..serius tak rasa lama sebab kecik je pulau ni...cuma jalan nya agak sempit biasa la tu..tambahan  dekat Pangkor Hill tu..sempit dan cerunnya pun leh tahan scary.tp takde masalah sangat :)

hasil pusing pusing time tu, kami dah tau lokasi kilang  proses makanan laut, kilang satay, kedudukan  kota belanda dll.. oleh sebab ingkar cakap pemilik kereta sewa tu, dia suruh isi RM10, kami isi RM15, so banyak lagi minyak uols!!! pusing dua kali pun tak gerak gerak minyak nya..

balik hotel anak anak teruskan aktiviti dorang kt Pool  hotel plak..sampai penat,then kami rest je tunggu solat magrib di hotel tu..plannya malam nk g makan makan kt luar..lepas solat magrib kami k kawasan kota belanda lagi. terus ke hujung Pulau Pangkor..ada Masjid yang cantik kat situ. Terapung di lautan gitu.masa sampai situ, Azan Isyak da berkumandang, si suami terus join sekali solat kt situ, dan kami bertiga selfie sekeping dua gambar :)







kami makan kt Pasir Bogak je.. kt hotel kami hanya berjalan kaki je/;banyak je kedai makan. toksah risau K. abes makan kami bergambar di signature of Pulau Pangkor. sebelah hotel kami stay ni je :),jalan kaki juge!













keesokkan paginya, kami bersiap siap nak check out dah.   saja check out awal  sebab nk berjalan ke Kota Belanda pulak.selesai breakfast terus check out.

selfie dengan elisa sebelum check out



 sempat suami pusing pusing lagi Pulau Pangkor tu.. kami singgah lagi Teluk Nipah untuk bergambar.:) panas giler time amek gambar ni tau :)




kami singgah kilang satay dan kilang proses makanan laut kt Pulau Pangkor ni...




selesai shopping sikit ikan bilis Mata Biru tu, kami terus ke Kota Belanda.time ni dah hampir jam 11-12 tengahari.ya ampun panas giler..seb baik pakai topi besar ni./anak anak takde mood dah..


















kota belanda ni just amek amek gambar je...sama jugak  dengan batu bersurat..tak jauh pun dari kota belanda tu. nak jalan kaki pun boleh. tp kami naik kereta.tak kuasa mak  buyung nk bejalan lenggang kangkong tengah panas tu







settel jalan jalan pulau Pangkor ni, kami pun terus la balik.siap lunch di Pasir Bogak juge..setel serah kereta terus naik Feri balik ke Lumut...setel percutian ke Pulau Pangkor :)


time balik ke lumut ni suami cakap jom open air plak, seronok juge awal awalnya lepas tu rasa panas.hhaha.baik la stay kt dalam perut feri tu, ada aircond...hahhaha




selamat bercuti kawan kawan ke Pulau Pangkor:)..kecik atau simple mana pun kita kena enjoy our  vacation!!!!!
bersama orang tersayang semuanya Indah indah belaka :)

lepas ni nak beranak dah, ntah bila nak becuti lagi..kena amek kira lebih lagi sebab ada bayi kecik kan..kos pun makin naik....tp  suami cakap tunggu baby kurang kurang 1 year baru berjalan lagi :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;