Friday, December 19, 2014

NAK PILIH KASUT SUKAN~

Assalam..
Selepas melahirkan baby ke dua ni, badan ada sidikit naik dan perut buncit.haha.realiti yang tidak mahu diakui.tapi memang buncit pun ada sesekali try la bersenam kt rumah..lebih kepada tak sempat..banyak betul alasan kan T_T…
Kt Ofis ni ada kelas Zumba detiap Rabu.macam best je menari nari sambil keluar peluh.Nak bersukan harus la ada sepatu yang selesa..tak gitu??? Nak pulak perempuan ni kan..nak yang style2..nak yang cantik2..hehe..bila da ada keinginan nak bersenam, mula la timbul masalah nak cari kasut kan..nak pilih brand la..nak pilih yang  fungsinya bagus la..nak pilih yang selesa la..jenuh menggoogle cari forum dan pendapat kt web.. ok, kali ni kita cerita tentang brand NIKE pulak…

NIKE

Tak perlu susah payah cerita pun memang tau branded item ni kan..jenama setanding kualiti… cantik gojes serta menawan.dan harga pun masih ditahap berpatutan..

So ini ada tips nak beli ORGINAL NIKE SHOES>>>>>

Tips Membeli Nike Shoes
Nike bukanlah suatu nama yang asing bagi para penggemar sukan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mementingkan kualiti dan fleksbiliti, Nike pastinya merupakan jenama yang ideal. Selain menawarkan koleksi pakaian sukan, Nike turut dikenali dengan barisan koleksi Nike shoes yang juga mempunyai pengikut tegar sejak dahulu lagi. Menyentuh mengenai koleksi Nike shoes for men, di sini kita akan berkongsi sedikit tips bagi mereka yang baru ingin memiliki sepasang Nike shoes. Untuk pengetahuan semua, Nike shoes price Malaysia bermula daripada RM 150 ke atas.
1.      Pengedar yang SAH

Pertama sekali, jika anda ingin memiliki sepasang kasut sukan Nike, anda disarankan untuk membuat pembelian daripada pengedar-pengedar yang sah.  Buat pembelian anda di Nike boutique atau anda juga boleh memiliki sepasang Nike shoes online di ZALORA Malaysia.


2.      Original

Ini kerana, pengedar-pengedar sah tersebut dijamin hanya menawarkan anda koleksi kasut Nike yang original. Jadi, belilah yang original!


3.      Pilih Model Kasut

Seterusnya, pilih model kasut yang anda inginkan. Ini kerana, Nike menawarkan pelbagai model kasut sukan dan kasut kasual yang berkualiti.


4.      Fungsi Kasut
Sebelum itu, harus diingatkan bahawa, anda haruslah memilih model kasut yang bersesuaian dengan tujuan anda memakai kasut tersebut. Sebagai contoh, anda haruslah memakai sepasang Nike running shoes untuk aktiviti larian dan Nike training shoes pula untuk aktiviti di gym.
            
5.      Saiz yang Tepat

Selepas memilih model dan memadankan dengan aktiviti yang ingin anda lakukan, tips yang terakhir adalah dengan memilih saiz yang tepat. Penting untuk anda memakai kasut dengan saiz yang tepat agar anda dapat menjalani sebarang aktiviti dengan lancar.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;