{schedule entry}
seperti yang telah diberitahu, kami satu family( saya , suami dan atirah) telah pun pergi bercuti ke Pulau Langkawi,Kedah pada 28 November- 30 Nobember 2012 selama 3 hari 2 malam bersama kedua orang tua saya. saya ajak mak dan ayah sekali untuk ikut serta dalam episod bercuti kami kali ni.walaupun saya berasal dari Kedah, ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke tanah lagenda Mahsuri. manakala suami dan atirah kali pertama jejakkan kaki ke Langkawi. ayah dan mak saya pulak kerap jugak ke Langkawi. tapi banyaknye untuk hadiri kursus Homestay atau perihal kelab/persatuan.
kali ni berbeza. sebabnya motif utama adalah bercuti. menimba pengalaman dan melihat keindahan ciptaan Ilahi. shopping adalah motif yang kecil sahaja.hehe. sebabnya 3 hari 2 malam bagi saya cukup padat! kami bertolak dari Kuala Lumpur selasa malam. dalam jam 2 pagi selepas tidor sekejap. sampai pukul 7 pagi dekat RnR Gurun. kami relax dan tidor dalam kereta je. then siap2 dekat RnR Gurun je dan sekali bersarapan.
kami janji nak jumpa di Jeti Kuala Perlis jam 10 pg.sebab nak naik feri jam 10.45pg. tiket pergi balik untuk orang dewasa adalah RM 36 per person. perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit..
sampai je dekat jeti Kuah, Langkawi, kereta sewa sudah siap menunggu kami di jeti.saya booking kereta kancil je. 4 orang je kan :)..dapat je kereta kami terus ke Hotel Bella Vista. saya booking melalui Agoda sebulan yang lepas.actually pada mulanya plan kami bertiga je.sebab tu booking satu je bilik
lepas hilangkan lenguh2 badan, kami terus ke lokasi pertama percutian indah ke Langkawi ni ::)
Rabu 28/11/2012
(HARI Pertama):
Panorama Langkawi. CABLE CAR, Oriental Village Langkawi)
alhamdulillah cuaca petang rabu ni sangat elok. tidak terlalu panas dan yang penting tak hujan.kami boleh naik cable car. harga naik cable car ni rm30 seorang.tapi untuk wargamalaysia yang ada Mykad, potongan 50%. so harga tiket rm15. mari beratur dan naik cable car.
ini pertama kali kami semua naik cable car. gayat jugak!saya memang takut pada ketinggian.huhu.tapi sebab nak cuba, harus la ok je kan..seronok dapat naik.angin sejuk je.ape lagi.snap gambar sebanyaknya :)
risau bawak atirah.kena kepung.takut ok.kang terjatuh ke apa ke..so better berjaga jaga.. lama jugak kami kt atas tu. dekat 2 jam menikmati keindahan ciptaan Ilahi.bersama insan insan tersayang rasa sangat lah bahagia. :)
cantikkan gambar di atas puncak gunung mat cincang ni kan!
lepas turun dari cable car. kami bergambar di sekitar kawasan Oriental Village,.saya suka bergambar oke!mak ayah turutkan aje.suami pun terpaksa dan rela jadi model dan jadi tukang amek gambar.hehe.. cantik kawasan oriental village ni.
sampai di taman yang ada kolam yang penuh dengan ikan tu, atirah lama sikit.hehe.perhatikan ikan ikan yang rancak merebut makanan.dengan angsa yang cantik tu..sangat indah ciptaan Ilahi.
selain dari kolam yang ada hidupan akuatik tu. kami ke kawasan yang ada pelbagai binatang lain.ada rusa, ada arnab..bolehkasi makanan dengan syarat kasi makanan binatang yang telah dijual.rm5 sepaket. .tapi kami tak masuk sebab tutup pulak kandang rusa tu
lepas penat bergambar sume, bajet nk ke telaga tujuh yang dekat je ngn Cable car tu, tapi da penat sangat, so kami terus balik je,sebelum balik kami singgah dekat pantai chenang dulu,sebab nk booking untuk Island Hopping esoknya..nanti saya update tentang Island Hopping ya...stay tuned untuk part 2 :)
sempat jugak singgah makan laksa Power yang dekat ngn airport tu,sibuk je orang cakap sedap giler.tapi bagi saya tak sedap langsung. rojak dia pun tak sedap,mintak maaf, itu pendapat saya..huhu
stay tunes untuk next day, sangat banyak gambar!!!!
4 comments:
btol...mmg x sedap pn...beriya2 je pergi kt area airport tu cr...hehe
kan..tak sedap pun..huhu
Salam.. Saya nak tanya.. Hotel bella vista tu ok x? Bilik die besar x De prob x klu stay 4 org..? Saya plan nk pergi 20 hb ni.. Mula2 plan nk pergi bertiga. Saya, suami n anak. Saya tempah 1 bilik kat bella vista guna agoda. Tp last minit tambah lg 2 org. Means 4 dewasa, 1 baby.. Tgh fikir nak tambah bilik lg ke x.. Takut x dpt bilik je sbb cuti sekolah..
ikin_whatever@yahoo.com
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment