bulan puasa ni memang rajin pulak update resepi..haha..saja untuj berkongsi dengan korang semua..semalam buat 18 biji karipap sardin..sedap suami cakap..rangup dan intinya sedang elok :)..sedikit kembang kuncup hidung den :)
mari kita lihat resepi..boleh je if korang pun nk cuba
inti sardin
cara memasak:-
1- asingkan isi sardin dan kuahnya..hancur secara kasar isi sardin
2-panaskan minyak, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.masak sampai wangi
3-masukkan 2 sudu besar cili.kalau nak lagi pedas letak la lebih ye.pastikan masak sampai cili betul betul masak
4- masukkan isi sardin, sedikit je kuahnya dan air asam jawa.masukkan terus bawang besar yg dipotong dadu
5- masukkan sedikit garam dan gula.
6-masak lama sikit ye..sampai air kering..kalau basah sangat nnti nak buat karipap susah..legi kering lagi sedap :)
untuk doh karipap yang rangup :)
2 cawan tepung gandum
1 sudu minyak masak
3-4 sudu majerin
air garam
cara-caranya
1- masukkan tepung gandum dalam bekas. buat lubang tengah2..
2-panaskan kuali/nonstick pan dengan minyak masak.agak minyak da panas, masukkan kan majerin.sampai hancur lebur..haha..
3- tuangkan majerin+minyak yg sudah melt tadi dalam adunan tepung. gaul dengan garpu( kan panas..bila da tak panas boleh la guna tangan )
4- masukkan air garam sedikit demi sedikit sampai jadi doh yang tak melekat di jari :)
tips:
1-seeloknya biar inti betul-betul sejuk sebelum anda mengkaripapkan!
tips untuk dapatkan karipap yang cantik dan tahan lama kerangupannya
1- goreng karipap dalam minyak yang banyak
2- caranya panaskan minyak sampai betul-betul panas.kemudian tutup api..selepas tutup api boleh masukkan karipap anda dan boleh bukak api semula..tp api yg sederhana sahaja
3- harus selalu bolak balikkan karipap untuk dapatkan warna kulit yang menawan
4-insyaallah karipap anda akan kembung dan mulus kulitnya..no menggurutu lagi :)
selamat mencuba :)..ini la hasil karipap saya..hanya untuk berbuka puasa 2 orang..masak banyak..haha..puas makan sampai ke sahuur :)
maaf lah..saya kelim karipap ni tak cantik |
selit jap..korang nk cr kad nama tak??
4 comments:
erm...menyelerakan.
tp nad mmg xpandai masak mcm pzah. order kt kdai je la jwb nye. hehehe
waa...lapar la...
nak try la...tp,nad tak suka inti sardin...suka inti kentang dan daging... :)
I am really satisfied with this posting that you have given us. This is really a stupendous work done by you. Thank you and looking for more posts
Kena try ni, nampak best jer
Post a Comment