Friday, June 22, 2012

resepi ayam masak merah

as-salam

semalam untuk dinner, si isteri tanya suami..mahu makan apa..si suami cakap..masak la ayam masak merah..macam kt kenduri kawen tu..

haha..senang aje..internet dihujung jari..tekan itu tekan ini.kuar la resepi..so boleh masak :)

mari kita tengok resepi mudah yang lazat ni.

resepi ayam masak merah
bahan-bahannya

  • beberapa ketul ayam  yang dicuci bersih
  • garam dan kunyit
  • cili kering*dikisar
  • bawang besar*
  • bawang putih*
  • halia*
  • tomato
  • sos tomato
  • hirisan daun sup 
  • garam dan gula secukupnya
cara memasak
 goreng ayam yang dicuci bersih yang sudah diletakkan garam dan kunyit.
kisar bahan yang berlabel*.
panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar tadi. bila da naik bau, masukkan cili kering yang sudah dikisar..masak sampai betul2 masak..keluar minyak..selepas itu masukkan tomato yang telah dipotong dadu, sos tomato. masukkan gula dan garam secukupnya..akhir sekali masukkan ayam goreng dan hirisan daun sup.

masak sampai naik minyak..sedap..boleh makan :),,nak cantik letak la kacang peas..baru macam kenduri kahwin..hihih..mudah je kan:)

simple je kan makan malam kami ni :)

ini test camera 360 aje..kikiki.tu pun hubby tak mo gambar diambil.

jangan lupa klik link yg menarik ni ye :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;