Wednesday, March 4, 2020

Stress punca lambat period

first entry for 2020

lama nya tak menaip dalam blog ni...password pun da lupa...banyak sangat nak story dalam blog ni.kekangan masa adalah alasan terbesar.

cerita tentang period ni memang isu agak besar untuk wanita berkeluarga terutamanya.. sama ada nak tambah bilangan anak atau tak mahu menambah lagi ahli keluarga..

sebelum ni banyak je artikel share pasal pelbagai masalah penyumbang kepada masalah period ni.. 
sis tak aware sangat sebenarnya sebelum ni sebab sis takde isu lambat period ni.plus minus 1-2 hari tu biasa la...

tapi sejak 3-4 bulan lepas, sis perasan  lewat benar period datang.. kadang seminggu lambat, kadang 10 hari lambat..iye la bila da lambat memang risau bab "mengandung" lagi...Izzam baru nak masuk 2 tahun bulan 6 ni, so kalau boleh biar la Izzam jadi anak bongsu lama sikit….even sis konfiden je tak pregnant, bila dah lambat lama sangat, sis memang risau...

kawan opis cakap stress kot…. 


Betul la tu!!!

stress di tempat kerja memang penyumbang terbesar sebenarnya. pluss kurang minum air putih.so system dalaman kurang bertindak secara efision. dipendekkan cerita, sejak isu COVID19 ni, company kami buat split operation. so sis kena based luar KL,crucial unit je kena based luar KL....so kami stay dekat Cyberjaya...

kat sana suasana berbeza sangat. iye la sebelum ni office dalam MALL kot! makanan bersepah. hari hari TEALIVE aje..macam mana tak gemuk..kuih pun banyak….air kosong minum skit je..
Bila dekat Cyberjaya ni, tempat makan susah… strict operation. Air kosong pun tak disediakan lagi. sis bawak setiap hari sebotol besar air kosong dari rumah..dan surprisingly sis habeskan air tu dalam tempoh bekerja..


stress pun minimal sangat….sebab kerja jauh dari opismate dan suasana opis kan...jauh dari bos...tp beban keja macam biasa je...tp stress yg lain2 tu takde..so free mind sikit sis kt opis baru tu....dan kekurangan stress tu membuatkan cycle period sis kembali normal.....alirannya pun bagus… 

betullah, ape artikel selalu share tu... avoid stress dan minum air kosong banyak banyak...walaupun begitu, berat sis masih tak turun lg.....bila nak kurus balik ni…...huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;