assalam
sambungan kesah rumah SF.
alang alang dah ambil cuti untuk orientasi atirah di Sekolah KEMAS 30/12/2015,
saya setelkan hal rumah sekali
sejak second reimbursement sudah berjaya, tuan rumah lama sudah potong semua bekalan air dan api..TNB pun da datang cabut semua hak dia after wang cagaran owner lama da dapat.so tiada bekalan air dan api..
untuk pemasangan semula bekalan air dan api ini procedure nya
PEMASANGAN SEMULA BEKALAN ELEKTRIK
- Rumah jenis 2 tingkat-
wang cagaran= RM500 (berlainan ikut jenis kediaman)
stamp duty=RM10
semua kos ini dibayar secara tunai di kaunter TNB
saya buat di TNB Cheras, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras,Selangor
Dokument yang penting:-
_Salinan SNP rumah baru
_IC pemilik (untuk tukar nama bil)
_borang TNB(isi di TNB je)
kejap je dah setel.dalam tempoh 3 hari bekerja pihak TNB akan datang pasang meter dan buat penyambungan semula.
PEMASANGAN/PENYAMBUNGAN SEMULA BEKALAN AIR
- Rumah jenis 2 tingkat-
wang cagaran= RM100 (berlainan ikut jenis kediaman)
stamp duty=RM20
Cas pemasangan semula=RM42.20
Cas perkhidmatan+gst rasanya= rm2.2
TOTAL =RM164.4
semua kos ini dibayar secara tunai di kaunter SYABAS,kajang,selangor
Dokument yang penting:-
_Salinan SNP rumah baru
_IC pemilik (untuk tukar nama bil)
_borang Syabas + surat perjanjian isi di SYABAS je
kejap je dah setel.dalam tempoh 3 hari bekerja pihak SYABAS datang pasang meter dan buat penyambungan semula.
okes..bab bekalan air dan elektrik setel..
sempat g snap pic reno rumah semalam .aish..macam lama je lg nk setel ni..huhuhu
Nice
ReplyDelete