entry agak basi sebab da lama cuti sekolah penggal pertama selesai..baru sempat nak update pasal percutian ringkas kami sekeluarga ke Pulau Pangkor..untuk bacaan di hari hari mendatang supaya kenangan sentiasa terpahat :)
cuti sekolah bermula kami terus pulang ke kampung halaman..bersama adik kakak yang balik kampung memeriahkan suasana..macam macam aktiviti kami buat, sambutan hari jadi Mariam dan Izzad, makan kenduri sepupu terdekat, Maisarah dan Syauqi...
Percutian di Pulau Pangkor hanya 2 hari 1 malam sahaja bermula 20.03.2018.
bertolak seawal 7 pagi dari Kuala Nerang,Kedah. kami sampai dalam jam 1petang di Jeti Lumut.
Parking bertingkat di Jeti Lumut dengan hargaRM0.60/HOUR.
Bagus parking kat sini, selamat dan kereta tak PANAS!
kami terus mencari tiket di Jeti Lumut, akan ada beberapa orang ejen yang syorkan aktiviti pantai di Pulau Pangkor. terserah pada kalian untuk beli pakej tu dekat diorang atau boleh terus walkin di pantai Bogak atau Teluk NIPAH. paling happening di Teluk Nipah la.buat yang belum pernah pergi ke Pulau Pangkor ni, untuk makluman korang, Pulau Pangkor ni KECIK je..jalan 1 hari pun dah cukup sebenarnya ..hihi
oleh sebab tak pernah datang ke Pulau Pangkor ni, kami decide amek pakej je kt Jeti Lumut ni. Pakej Snorkeling di Teluk Nipah RM110 .Pakej ni termasuk BOT, alat snorkeling, kasut. kami berempat tak share pun bot dengan orang lain.
Tiket Feri ke Pulau Pangkor RM14/person/Pergi Balik
untuk kanak kanak separuh harga
perjalanan rasanya 30-45 minit je..tak terlalu jauh pun. oh ya, kami dapat kontek no dari ejen di Jeti lumut tu untuk KERETA SEWA. kami decide amek kereta sewa supaya senang berjalan. ye la bawak anak kecik 7 tahun dan 4 tahun..untuk keselesaan kami sewa kereta.untuk yang pergi berdua tu,sewa moto dah bermadai..atau naik je TEKSI PINK//teksi PINK saya tak pasti rate nya berapa..kalau datang beramai-ramai sesuai la.. tokey kereta sewa tu cakap isi RM10 je..tp kami isi RM15 untuk minyak kereta.
Kami check in di Kejora Garden Resort di Pasir Bogak..Pasir Bogak dekat sangat ngn town Pulau Pangkor.bagi saya penempatan strategik di Pulau Pangkor adalah Pasir Bogak. sebab nak ke Teluk nipah lebih kurang 5-10 minit je naik kereta..tak jauh pun. Pasir Bogak ada banyak hotel besar dan kemudahan kedai runcit nya bagus. tak Padat macam Teluk nipah, Resort dan hotel di Teluk nipah padat...
...lepas selesai check in kami terus ke Teluk Nipah untuk sesi snorkeling. sempat isi perut di warung warung tepi jalan kat situ.. pakej snorkeling ni termasuk island hoping la. tp tempat dilawati tu kecik je..tengok beberapa batu yang unik, seperti ada Kalimah ALLLAH, bentuk buaya, dan bermacam lagi, lepas tu terus g pulau kecik (PULAU GIAM) untuk sesi snorkeling kat situ..jarak nya tak jauh pun dari teluk nipah..siap boleh nampak dari tempat snorkeling tu.. pakej snorkeling kt Pulau Pangkor SIMPLE...tak sama macam pakej dekat PULAU LANGKAWI atau pulau REDANG dan seangkatan dengan nya...tp just enjoy de VACATion..setiap tempat ada keunikan tersendiri..so pergi la Cuti Cuti Malaysia...
kakak atirah 7 tahun |
set lengkat untuk snorkeling.ada kasut untuk precent dari luka terkena batu batu yg tajam tu |
papa dan elisa just enjoy the wave! |
tempat snorkeling di Pulau Giam |
cuba korang tengok map ni.
kami pusing satu pulau tu naik kereta..serius tak rasa lama sebab kecik je pulau ni...cuma jalan nya agak sempit biasa la tu..tambahan dekat Pangkor Hill tu..sempit dan cerunnya pun leh tahan scary.tp takde masalah sangat :)
hasil pusing pusing time tu, kami dah tau lokasi kilang proses makanan laut, kilang satay, kedudukan kota belanda dll.. oleh sebab ingkar cakap pemilik kereta sewa tu, dia suruh isi RM10, kami isi RM15, so banyak lagi minyak uols!!! pusing dua kali pun tak gerak gerak minyak nya..
balik hotel anak anak teruskan aktiviti dorang kt Pool hotel plak..sampai penat,then kami rest je tunggu solat magrib di hotel tu..plannya malam nk g makan makan kt luar..lepas solat magrib kami k kawasan kota belanda lagi. terus ke hujung Pulau Pangkor..ada Masjid yang cantik kat situ. Terapung di lautan gitu.masa sampai situ, Azan Isyak da berkumandang, si suami terus join sekali solat kt situ, dan kami bertiga selfie sekeping dua gambar :)
kami makan kt Pasir Bogak je.. kt hotel kami hanya berjalan kaki je/;banyak je kedai makan. toksah risau K. abes makan kami bergambar di signature of Pulau Pangkor. sebelah hotel kami stay ni je :),jalan kaki juge!
keesokkan paginya, kami bersiap siap nak check out dah. saja check out awal sebab nk berjalan ke Kota Belanda pulak.selesai breakfast terus check out.
selfie dengan elisa sebelum check out |
sempat suami pusing pusing lagi Pulau Pangkor tu.. kami singgah lagi Teluk Nipah untuk bergambar.:) panas giler time amek gambar ni tau :)
kami singgah kilang satay dan kilang proses makanan laut kt Pulau Pangkor ni...
selesai shopping sikit ikan bilis Mata Biru tu, kami terus ke Kota Belanda.time ni dah hampir jam 11-12 tengahari.ya ampun panas giler..seb baik pakai topi besar ni./anak anak takde mood dah..
kota belanda ni just amek amek gambar je...sama jugak dengan batu bersurat..tak jauh pun dari kota belanda tu. nak jalan kaki pun boleh. tp kami naik kereta.tak kuasa mak buyung nk bejalan lenggang kangkong tengah panas tu
settel jalan jalan pulau Pangkor ni, kami pun terus la balik.siap lunch di Pasir Bogak juge..setel serah kereta terus naik Feri balik ke Lumut...setel percutian ke Pulau Pangkor :)
time balik ke lumut ni suami cakap jom open air plak, seronok juge awal awalnya lepas tu rasa panas.hhaha.baik la stay kt dalam perut feri tu, ada aircond...hahhaha |
selamat bercuti kawan kawan ke Pulau Pangkor:)..kecik atau simple mana pun kita kena enjoy our vacation!!!!!
bersama orang tersayang semuanya Indah indah belaka :)
lepas ni nak beranak dah, ntah bila nak becuti lagi..kena amek kira lebih lagi sebab ada bayi kecik kan..kos pun makin naik....tp suami cakap tunggu baby kurang kurang 1 year baru berjalan lagi :)
No comments:
Post a Comment
thanks kerana sudi memberi komen :)