update untuk last 2 week punya jalan jalan..kalau yang ada baca pasal entry hormon tu, tau la yang kami ada pergi bercuti. since kerja sendiri ni, kami pilih untuk berjalan pada hari orang bekeja.kami pegi Selasa Rabu...kejap je bercuti pun...
asalnya nk ke Lost World OF TAMBUN, Perak tu je.. kami pilih Selasa dan bajet akan tidor semalam di Cameron Highland.. tp bertukar venue dan date pulak. Lost World of Tambun tu TUTUP setiap hari SELASA... nasib baik baca tiket betul betul.. so kami terus ke Cameron Highland je..
oleh sebab hanya 1 malam, kami pegi tempat yang belum kami singgah je..
Dari Kuala Lumpur, exit Tapah untuk ke Cameron Highland. biasa la jalan bengkang bengkok tu..naik pening. tapi oleh sebab tak banyak kenderaan jadi laju jugak sampai nya..kami singgah sebentar di Lata Iskandar...banyak kali naik Cameron Highland, tapi tak pernah singgah pun ,,sebab Lata Iskandar ni tepi selekoh, jarang nak berhenti sebab susah parking. since tak ramai sangat orang, kami singgah sekejap..
Ya Ampun!!!! sejuk giler air dia..rasa nk mandi je kt situ..tp masa kami datang tu tak nmpak langsung orang mandi...semua singgah untuk begambar.Lata Iskandar tu airnya laju...cantik,, sejuk dan yang penting sekali BERSIH...oh ya, kali ni kami becuti bawak adik ipar sekali, Sakinah.adik suami i..
sebab tu la banyak gambar kami berempat..sebabnya Sakinah la jurugambarnya :)
selesai begambar , kami naik terus ke Cameron Highland.masa kami kesana sudah mula musim hujan kot, di KL memang hujan awal pagi nya. sampai tengah hari ni Cameron da rasa sejuk..angin pun kuat...
lepas singgah lunch di Tanah Rata, kami terus ke Brincang. setelkan urusan Check In..sebelum datang jangan lupa check TRIVAGO ya..kenapa pilih yang mahal sedangkan ada yang murah untuk hotel yang sama???,.hehhe...
Setel letak barang dan baring kejap je kami terus keluar nak berjalan jalan. mungkin bukan musim strawberi, banyak tempat " Pick your OWN strawbery" TUTUP... penjual strawberi cakap sekarang bukan musim. so buah tak banyak..
kami terus ke Lavender Garden atas dari Brinchang. sebelum ni kami tak pernah pegi tempat tu..tapi sempat la google dulu harga nya berapa.
HARGA TIKET LAVENDER GARDEN 2017
RM10 utk dewasa
RM7 utk kanak kanak * tak ingat
cantik tempatnya .banyak port menarik untuk bergambar....
P/s: Gambar mmg banyak...heheh.mls nk pilih,i tempek semua
lama kami kt lavender ni, sampai dorang tutup Tutup jam 6 petang.
balik dari Lavender garden, singgah jam Pasar Kea Farm tu. beli strawberi cicah coklat :)
start 6 petang ni, Cameron sangat sejuk.angin dia kuat menerpa nerpa pipi..memang sejuk...balik hotel untuk panaskan badan dlu sebelum keluar dinner...nak sentuh air pun rasa sejuk..Brinchang kan tinggi dari Tanah Rata, memang suasana sedikit sejuk..saya pulak tak bawak baju sejuk..kena bertabah la.huhu..
lepas solat jamak untuk magrib dan Isyak, kami keluar dinner kawasan yang berhampiran..tak banyak kedai yang best..so kami makan di Medan Selera dekat Brinchang tu.cepat dan sedap...waktu ni mmg berpeluk tubuh je la..atau peluk anak2..sebab sejuk..kang peluk laki orang tengok lain macam plak kan.serius malam tu sejuk sangat!...
balik dari dinner Elisa tetap la nak makan strawberi. beli paket besar tu 70% dia abeskan sorang, siap cicah coklat bagai..abes strawberi, mintak epal plak,sume orang nk tdo dah, dia sibuk mintak epal.. masalah nya kalau makan sendiri takpe, tp nak mama tolong buatkan. kena gigit then kasi dia.sampai abes sebiji tu..nasib sebiji je!
sebelum tido dah pesan kt anak-anak, esok kena bangun awal, sebab nk pergi breakfast makan kek strawberi..
awal pagi tu, jam 7 atirah da bangun.siap mandi even guna air panas pun tetap sejuk bila melangkah keluar dari bilik air...elisa masih enak dibuai mimpi..semua orang dah siap baru kejutkan dia..Elisa ngelat.tak nak mandi nagis2 sebab sejuk sangat..basuh muka dan XXX then tukar baju baru...,memang sejuk! tak tipu..
terus kami ke BOH Sg Palas.. sebelum ni takpernah pergi tau..sebab nya tak jumpa...masalah Signboard sebenarnya...huhu.bertentangan dgn BEE FARM..orang tak expect kena masuk simpang atas bukit tu..mcm Cameron Valley, ladang tehnya tepi jalan je... tp BOH Sg Palas ni kena masuk simpang kecil tepi jalan...korang nk pergi jgn lupa tgk signboard betul betul
sejuk time ni.nyaman je rasa. English Breakfast..Elisa pilih kk strawberi, Atira pilih Cheese cake,,,
jom layan gambar yang banyak ni
sebelum terus ke Lost World Of Tambun, singgah lagi ke pasar Kea tu. beli strawberi jagung, bunga rose. teh, ubi manis, cendeahati dan bemacam lagi..lepas tu terus shoot ke Ipoh untuk mandi manda..
sebelum mandi mandi, lunch dulu di restoran berhampiran... kami sampai dalam jam 1.30 kot..ya ampun panas giler!! nak bukak mata pun tak leh...lepas shoot berapa keping pic, terus kami mandi manda .. tak amek pic dah lepas tu..
Lost World of tambun best tak? bagi saya SO SO je..boleh lah... tak banyak game sangat...tp just nice..maybe sbb dorang ada lokasi air panas, tempat air panas dia cantik sangat....tp panas la..hehe...leh la berendam mencari ketenangan....
hospitality nya bagus, Toilet tempat salin pakaian pun terbaik banyak, luas dan bersih..makan pun tak la mahal sangat.affordable lagi....
ok, malas dah nak menaip..jumpa lagi di next vacay entry
No comments:
Post a Comment
thanks kerana sudi memberi komen :)