Assalam,
Terima kasih kerana masih sudi menjengah blog yang tak seberapa ni.masih ada yang sudi menjadi follower baru.terima kasih ya...
Istimewa buat follower blog saya, Jika nak beli set Bersalin TANAMERA dengan saya, mohon inform yang korang salah sorang followe blog saya k, saya akan kan diskaun lagi RM5 untuk korang..hehe :)
bercerita tentang kehamilan kedua.alhamdulillah masih bertenaga dan kuat bergerak kesana kesini tak hengat yang perut makin membesar..masih lagi menunggang motor ke Office..pernah try bawak kereta ke office, maybe timing tak kena, jammed sangat teruk dan sampai lambat ke office, bayar pakarking rm17 kot sehari!!pengsan mak kalu hari hari macam tu..naik moto parking 50sen je.hehe.. iye sayang,saya bukan pembonceng..saya penunggang moto.hehe.laki jauh....jangan risaukan saya..saya minta doa yang baik baik je ye :)... nak naik LRT? tak nak jugak.sebab alasan tak larat berdiri dan bersesak sesak dengan manusia manusia yang tengah rushing.so saya slow slow bawak moto..Cheras ke Bangsar rasanya tak jauh sangat pun kan?? 20 minit bawak slow slow..hehe
siang kemain lagi aktif bawak moto.time weekend kemain aktif tawaf kedai2..datang malam mula la sakit sana sakit sini..haha.mujur ada atirah.pendengar setia.dia la tolong mama urut perut even tak rasa apa.tapi ok la kan..perut membesar tak boleh sebarang urut.sekadar sapu minyak kelapa dara tu dengan gosokan lembut tangan si kecil 3 tahun memang mendamaikan...kaki yang lenguh lenguh or tumit yang sakit sakit, itu saya sendiri yang sapu dan urut guna HERBAL MASSAGE OIL by TANAMERA. bau dia sangat relax dan terasa kesannya herbal dia menyerap..lega aje..
saya masih setia kunjungi Klinik Kesihatan Ibu Anak di Cheras tu.ye la nak bersalin di Hospital kerajaan, kena lengkap buku pink tu ye..nak bersalin di hospital swasta bukan option terbaik untuk saya even company cover unlimited utk ceaser(Kerja Etiqa syarikat Insurans kan!!)...sebabnya plan nk bersalin di kampung.kedudukan hospital swasta adalah jauh.nanti meyusahkan ahli keluarga untuk membantu atau melawat.so serahkan diri di Hospital Kuala Nerang atau Hospital Alor Setar je..tak plan nak bersalin kt KL sebab suami risau keadaan ibu bersalin dan baby yang sangat kecil untuk berjalan jauh balik ke kedah.6 -8 jam perjalanan bukan suatu benda yang mudah..so better belum beranak da stanby kat kampung..so kalau belum beranak 38 week, plan nak start cuti bila 39 weeks.wallahualam..tak tau la mcm mana.sebab atirah dlu keluar genap genap 40weeks.
terkini perihal kesihatan kandungan dan ibu:-
usia kandungan: 32 minggu
HB: 11.6
Tekanan darah: 90/60
Kandungan gula :NIL
ukur perut:30 weeks( nurse kata kecik)
kedudukan baby: nurse kata kepala dah kebawah
so Ini gambar terbaru kami dua beranak di FLORIA Putrajaya 2014. sebenarnya kami ke majlis hari jadi anak kawan. so lepas majlis kami terus ke PUTRAJAYA. kalau berdua konfem la takde pic kan.gambar banyak sebab Adik bongsu dan kawan beliau join skali.alang alang dia ada harus lah boleh tolong snap pic kami. baju kami sedondon sebab saya beli kain dan mak saya buatkan .so memang request nak dress..hehe
kami sampai di FLORIA Putrajaya jam 5.30ptg. waktu ni panas terik lagi.nasib baik dapat parking dekat.itu pun puas pusing..tahun ni masuk kena bayar. RM3 per person.kanak kanak percuma . cantik cantik dan kreatif betul para peserta..kagum tengok inovasi dan kekreatifan mereka. saya pertama kali datang FLORIA sebenarnya..hehe..
Atirah suka..sempat bermain main.berpeluh peluh dia..sian.petang tu kami naik perahu Dondang Sayang. ada diskaun 50%..
balik da lepas magrib...penat..
p/s:
Nak ORDER SET BERSALIN TANAMERA< Refer Entry ni ye
Instagram: setbersalin_tanamera
Nak ORDER STICKER
fbpage: fissticker
Instagram: Fissticker
No comments:
Post a Comment
thanks kerana sudi memberi komen :)