assalam
Hari ni pergi klinik kerajaan untuk monthly check up..apa yang bagusnya kehamilan ke dua ni, perkhidmatan sangat memuaskan. kehamilan kali ni saya under jagaan Jururawat Zazila.. mungkin setiap jururawat ada orang list tertentu dan hanya akan monitor ibu ibu bawah jagaan diorang je..
Kehamilan kedua kali ni sangat mudah dan cepat prosesnya..tak macam kehamilan pertama dahulu.dulu paling awal pun 2 jam setengah baru setel kat klinik kerajaan.kali ni sejam je..sejam tu kira cepat tau..sebab proses nya amek masa...
Step step di klinik Kerajaan Ibu Anak
1- sampai klinik ambil no giliran. masukkan buku pink di dalam bakul yang disediakan
2-terus buat sampel air kencing dan uji sendiri..nurse akan tengok hasilnya
3-Nurse akan panggil dan terus timbang berat badan, periksa HB, periksa perut, jika perlu cucuk dos tertentu seperti cucuk kancing gigi, terus je buat
4-sesi consultansi bersama nurse.
5-jika perlu akan bertemu doktor( selalu kes bermasalah)
bawah jagaan Nurse Zazila ni mudah je..cepat pulak tu.sampai jam 8pg, 9 pagi da setel semua. lambat bila nurse kena buat 2 salinan buku pink..dalam buku pink tu banyak ruang yang perlu ditanda, digrafkan, dikarangkan ulasan.. dan sebab tu makan masa..sambil nurse menulis, dia akan bertanya tentang kesihatan ibu mengandung.
macam biasa dia akan tengok graf kesihatan kehamilan kita.. macam mana dengan HB, macam mana dengan berat badan, macam mana dengan tekanan darah, macam mana dengan tinggi perut..selain tu topik biasa dia akan nasihatkan jaga pemakanan.makan makanan yg tinggi iron, banyakkan makan sayur.sebolehnya minum susu 2 kali sehari , jaga kebersihan dan bla bla bla
hari ni punya check up dirumuskan seperti berikut:-
USIA KANDUNGAN; 29 minggu
BERAT BADAN: 59.4kg
TINGGI RAHIM/PERUT: 26 Minggu ( nurse cakap perut kecik.maybe anak kecik kot)
HB: 11.3 ( sudah naik sikit, last month 10.5..paras MERAH)
TEKANAN DARAH; 90/60
SUNTIKAN : dos untuk elakkan kancing gigi
Antara topik yang dibualkan adalah berkenaan pemakanan seimbang...masuk bulan ke 7 ni, topik yang ditekankan berkenaan penyusuan ibu.memandangkan saya masih lagi menyusukan , so nurse cakap memang saya pandai la bab penyusuan ibu ni.. so tak banyak dibincangkan.. selain itu, topik MERANCANG KELUARGA.. nurse tanya apa plan selepas ni?saya cakap maybe menggunakan kaedah semula jadi kot.since selepas kehamilan pertama, saya dan suami memang merancang secara semula jadi. saya kira waktu subur..
till then ya...bye bye..
ini pic terbaru.masa weddign ainun.tapi tak jelas.hehe
tahniah..
ReplyDelete